Snorkeling Di Pulau Perhentian

Pengalaman snorkeling di Pulau Perhentian. Reen tiba di Pulau Perhentian Kecil lebih kurang jam 7.30 pagi. Kemudian terus cari chalet untuk bermalam dan akhirnya Reen decide untuk pilih Senja Bay Resort. Kebetulan waktu nak check in, ternampak banner RM30 untuk snorkeling 5 point.



Murah! Harga termasuk sekali untuk peralatan snorkeling. Reen pun terus bayar dan terus masuk bilik. Waktu snorkeling tepat jam 10:30 pagi, sempat juga Reen tidur sekejap.

Waktu untuk snorkeling pun tiba, boat dah siap tunggu di depan Senja Bay Resort. Pengalaman Reen tak berapa cantik waktu naik boat. Arus boleh tahan kuat, boat pun kejap kedepan, kejap kebelakang, terhuyung-hayang, tak sempat nak naik boat Reen dah tergolek. Hahahahaaaa

Mat saleh dan minah saleh yang nampak gelakkan Reen. Kurang hasam. Hihihii Bila dah naik, abe boat tu tanya ok tak? Reen pun ok ok. Dalam hati dok berkata aku ni nampak tak ok ke? Malunya.. 

Mulanya kami ke Shark Point. Reen punya la berenang ke hujung sana, hujung sini, satu ikan shark pun tak jumpa. Kecewa.. Baby shark yang abe boat tu kata banyak kat dengan batu-batu pun tak jumpa. 

Tapi Reen jumpa ikan todak. Comel je muncung mulut ikan tu. Nasib baik ikan tu berenang laju, tidak dah kena cium.




Berenang di Shark Point sangat memenatkan, waktu Reen nak berenang ke boat semula.. Semput! Waktu tu berenang perlahan-lahan.. Alih-alih abe boat tu nampak agaknya arus tengah agak kuat, pastu Reen dan dua lagi pasangan pun berenang macam larat tak larat. Hahahhaa

Abe boat tu pun datang ambil kami. Lepas tu pergi ke lokasi yang banyak coral cantik. Reen tak berenang waktu ni, hanya duduk atas boat. Reen pergi snorkeling kat Perhentian sebab nak tengok penyu dan shark je. Heeeeeeee ;D

Coral dah puas tengok masa kat Redang. Lepas tengok coral, kami ke lokasi penyu. Rupanya bukan senang nak jumpa penyu buah hati Reen. Cuaca masa kami snorkeling mendung. Jadi tak berapa nampak penyu yang sedang berehat.

Abe boat tolong cari lokasi penyu, bila nampak je. Terus kami terjun. Excited nak tengok! Reen ni terjun sampai lupa nak pakai jacket keselamatan. Hahahahaa 

Bila nampak je penyu, menjerit dalam air. Hahahaa Seronok sangat. Nak berenang ke bawah memang idok le. Dalam tu.. Memang tak sempat sampai Reen dah tercungap-cungap nak hirup udara. 

Dengan pasrah Reen perhati dari jauh. Lepas tu nampak penyu tu berenang nak naik ambik udara agaknya. Berkejar kami semua. Tapi Reen surrender awal, yang minah dan mat salleh dapat kejar tu. Laju dorang berenang. 

Lepas tu kami ke Kampung Nelayan, isi perut yang kekosongan dan kelaparan. Sedap makanan kat kedai ni. Banyak pun banyak. 

Memang puas hati. Lepas makan, kami gerak ke rumah api pula. Arus kat sini lagi kuat dari Shark Point. Reen dan pasangan pengantin baru sampai hanyut kebelakang.


Abe boat suruh kami berpaut pada boat, dan abe tu akan bawak kami ke lokasi yang boleh nampak coral dan ikan cantik. Ni video yang Reen sempat rakam. 



Kami tak dapat pergi ke romantic beach sebab arus kuat. Jadi kami terus pulang ke chalet. Bagus juga sebab Reen dah tak larat. Rasa nak cepat-cepat balik bilik dan zzzzzzzzz. 


Ini pula video tengok penyu. Tapi tak nampak penyu dalam rakaman, sebab penyu tu duduk betul-betul bawah boat. 

Sampai sini saja pengalaman Reen snorkeling di Pulau Perhentian. Date dalam video mohon abaikan, Reen lupa set. Hihihi

18 comments:

  1. Yeay!!!! Tmpt yang sama nadia and siqah gie perhentian hari tue . Sangat worth it kan stay dk senja bay . =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi kalau lebih dari sorang memang best, kalau untuk sorg lebih-lebih lagi lemah semangat macam Reen.. Kurang best.

      Salah satu sebab kenapa Reen bercuti satu malam je di Pulau Perhentian. Duduk dalam bilik sorang, bila dengar bunyi kayu orang tengah berjalan.. Sedangkan Reen duduk atas katil.

      Oh.. Rupanya orang bilik sebelah. Fuh... Bunyi kuat macam ada orang tengah berjalan dalam bilik Reen. Malam tidur pun tak lena. Hahahaaa

      Padan muka diri sendiri.. Konon berani pergi sorang. Bila dah sampai, dan dan nak balik. ;p

      Delete
    2. Ohhh... masa baca tak terperasan pulak Reen gie sorang .... if stay sorang Nadia pun takot . Sebab bilik dia agak ke atas hujung . Over all semua ok kan , Reen ?

      Delete
    3. Sebenarnya ok je kalau pergi berteman.. Hahahaa tapi reen kurang suka pemandangan kat Long Beach.. Nampak serabut..

      Delete
  2. fuh best nye gi snorkeling yer... shark takde? dia berhijrah tempat lain la tu kot.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de.. Sedih! Baru nak tengok baby shark.. Hihihi mungkin kot berhijrah. Malu nak jumpa Reen agaknya ;p

      Delete
  3. Cantiknya tempat ni. Sesuai sangat untuk release tension, banyak aktiviti yang boleh dibuat. thanks for sharing Maman Reen :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dah pernah datang ke sini..? Yup sesuai untuk relase tention.. :)

      Delete
  4. waaahh sampai jugak ke perhentian. akak pi dengan sape ? time mcm ni memang tak berapa elok pergi pulau. cuaca tak menentu. pulau pun tutup bulan 10. ombak tak lawa sangat. langit pun asyik nak hujan ja nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pergi sorang je dik.. Sebab tu tidur satu malam je. Hihihi waktu akak snorkeling, langit mendung.. Tapi xhujan.

      Waktu boat bergerak untuk ke point yang seterusnya, menggigil akak atas boat. Menyesal tak bawa tuala awal-awal.. Sejuk...!

      Delete
  5. Murah juga tu, bestnya, pandai berenang takpa la, kalau saya terjun tak pakai jaket tu alamatnya selam tak timbul2.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai berenang.. Tapi cepat semput yunk. Serupa macam tak pandai berenang. Hahahaaa nak terapungkan badan tak boleh, ombak kacaw.

      Hihihi better kite dua pakai jacket, lebih selamat. ;)

      Delete
  6. Bestnyaaa...
    x pernah lagi sampai pulau perhentian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun Reen first time. In sya Allah ada rezeki lebih, Nieyl blh pergi..

      Delete
  7. belum pernah snorkelling...bestnya dapat tengok sendiri alam under the sea..berenang bersama ikan-ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak.. Sangat best. Cantik sangat ciptaan Allah. Bila dikelilingi pelbagai jenis dan kaler ikan-ikan comel.. Terasa mcm ikan duyung pula. Muehehe

      Delete