Senja Bay Resort Review, Pulau Perhentian Kecil

Entry ini Reen ingin kongsikan kepada anda tentang Senja Bay Resort Review , Pulau Perhentian Kecil. Reen check in pada 22 September 2016 hanya untuk 1 malam dengan harga RM190 dan sen sen (termasuk gst). Baru je 3 hari berlalu, tapi dah lupa harga tepat untuk satu malam. Aiyaaaa.

Mulanya Reen minta tolong tunjukkan dulu view bilik yang mereka offer dan sekiranya Reen berkenan, Reen akan terus check-in. Lepas tengok bilik, Reen pun setuju.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Selamat datang ke Senja Bay Resort! Boleh nampak reception dan cafe. Simple but nice.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

View di reception Senja Bay Resort. Staff disini peramah.. Sabar layan kerenah pelanggan. Reen ambil sekali package snorkeling. Murah! 5 point hanya RM30!

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Tangga untuk ke bilik Reen. Fuh! Jarak tangga ni agak tinggi. Buat Reen terasa cepat penat. Kui kui kui. Reen snap gambar tangga dari atas.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Naik je tangga tadi, belah kiri akan jumpa view chalet seperti gambar diatas. Amacam? Cantikkan. ;p Ala-ala kampung gitu.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Bilik Reen di tingkat dua, ada lagi bilik di tingkat 3. Jenuh nak naik tangga lagi. Nasib baik Reen dapat tingkat dua. Siapa yang gagah perkasa, boleh la request bilik paling tinggi.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Dari tangga tadi, kalau belah kenan menghala ke bilik Reen. Nampak tak bilik paling hujung sekali. Yang ada seluar hitam tersidai tu. Muehehee Reen snap gambar ni waktu selepas bermalam di Senja Bay Resort.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Abaikan muka Reen. Haahahaaa Ni view bilik dengan lebih dekat. Baguskan chalet ni siap sediakan tempat untuk sidai pakaian basah.

Haaaa.. Tak perlu nak bawak balik baju yang masih basah. Lepas mandi, sidai dan keesokkan harinya dah kering. Sekiranya menginap disini lebih dari satu malam, boleh guna pakaian yang sama untuk mandi laut lagi!

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Inilah bilik sepanjang satu malam Reen tidur di Senja Bay Resort. Masuk je bilik, ermmmm baunya. Fuh... sungguh tak menyenangkan sebab bau hapak. Lepas hidupkan aircond barulah sedap bau bilik.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Dua cup putih tu Reen ambil air dari cafe Senja Bay Resort. Ni salah satu yang bagus tentang Senja Bay Resort, mereka bagi bawa air dari cafe masuk bilik. Mungkin sebab guna cup recycle.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Almari pakaian memang boleh tutup, Reen saja biar buka (sebenarnya malas nak tutup. Muahahahaa) Gambar bilik air Reen tak snap, rasa macam tak ada mood.

Hmmm.. Heater tak hidup, pancutan air kat heater tu pun tak sedap. Reen mandi guna paip biasa. Yang paip biasa ni airnya laju! Memang terbaik untuk mandi.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Ini view luar bilik. Siap ada kerusi dan meja untuk lepak sambil tengok pemandangan laut dihadapan dengan bunyi deruan ombak. Fuh! Feeling habis.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Nampak tak mamat pakai baju hitam tu, hensem tu. Hahahaaaaa View hadapan memang dah cantik, cuma bumbung depan ni je kacaw daun. Tapi tak apa, masih tetap nampak keindahan laut.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

View tepi bilik Reen. chalet betul-betul bawah pokok. Mesti sejuk bilik tu. Reen suka tengok pemandangan tepi bilik, kehijauan. Tenang je.. Dengan bunyi burung.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

View laut depan bilik. Ok.. Dah habis bahagian atas. Kita beralih pula bahagian bawah.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

View laut depan Senja Bay Resort. Boleh nampak kesibukkan boat menghantar dan mengambil pelancong.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Nak masuk cafe, kena tinggalkan kasut atau seliper kat tepi tangga kemudian bersihkan pasir kat kaki, dan masuk berkaki ayam. Majority manu breakfast yang sama. Kalau bertukar pun satu atau dua jenis gitu.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil



Pasangan newlyweds yang sangat sweet. Hehehee Perkenalan Reen dengan mereka waktu pergi snorkeling.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Reen pilih chalet ni sebab ada rupa chalet dan harga Reen masih mampu untuk bayar. Ada chalet lagi cantik, tapi tak mampu. 

Chalet yang lagi murah pun ada, tapi rupa Reen tak berapa berkenan.. Sebab macam rumah setinggan. 

Jom lihat view waktu malam yang sempat Reen snap.

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Review Senja Bay Resort, Pulau Perhentian Kecil

Ni waktu nak balik, sempat peluk tiang tu. Hahahaa Kenangan. Sampai disini sahaja cerita tentang Senja Bay Resort. Next entry Reen akan update tentang perjalanan ke Pulau Perhentian. 

14 comments:

  1. Tapi agak hebat juga harga RM190 hanya untuk semalam kan. Hehe. Takpe. Sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa ini je chalet yang Reen nampak selesa dan mampu untuk tidur semalaman.

      Delete
  2. short vacay mcm ni kira okey la, nak stay pun tak lama..
    mesti sejuk je angin pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Zie.. Tak berani stay lama. Muka orang pulau perhentian agak menakutkan Reen, mungkin sebab pergi sorg. Uhuhuhu

      Delete
  3. Bestnya Reen.
    Reen p sorg ka?mak aih beraninyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang.. Mulanya berani. Tapi bila dah sampai, jadi tak berani. Hahaha Sebab tu tidur semalaman. Muka lelaki orang pulau agak menakutkan Reen..

      Delete
  4. comelnya tempat ni! walaupun tak nampak fancy, tapi cozy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Hihihi Erin tak tengok chalet lain.. Ada fancy, tapi harga.. Boleh pengsan Reen. Kena tunggu gaji rm6k sebulan baru boleh check in tempat yang fancy kat Perhentian.. Hihi

      Delete
  5. Senja Bay !!! Suka . Bilik kitaorang stay last time gie ... nadia and siqah gie bilik atas hujung . View mmg cantik dari atas . Rm190 termasuk mkn package semua kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik atas sekali ke? Kalau atas skali, tak larat Reen. Hahahaaa termasuk breakfast je. Reen datang sini gamble.. Tak buat tempahan papepun. Heeeee

      Delete
  6. berbaloi la kak reen, bilik lawa, view lawa. seronok kann sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahmdulillah.. Hihihi View lawa.. Tapi sayang sebab akak tak menghayati view depan bilik. Duduk perap dalam bilik je dik.. Sejuk. Hihihihi

      Bila buka pintu, boleh rasa bahang udara kat luar walaupun waktu malam..

      Delete
  7. Dah hampir 10 tahun bagi I pergi bercuti di Pulau Perhentian dulu. Nampak gambar macam banyak yang telah berubah. Tapi lautan masih kelihatan cantiknya.
    eratuku

    ReplyDelete
  8. Pulau Perhentian, nak ambil lisen diving dekat sana, rasa syok juga.
    harga ayam sekilo

    ReplyDelete