Pengalaman Reen Jatuh Motor

Assalamua'laikum..

Hi..!

Beberapa hari sudah Reen sunyi tanpa kabar berita. Baru sampai Ampang pagi tadi lebih kurang jam 2 pagi. Keletihan teramat sangat sehinggakan sampai je rumah terus tidur.

Cuma.. entah kenapa sejak 2 hari ni badan Reen kerap kekejangan. Malam tidur.. Banyak kali terjaga sebab kejang peha.. kejap kejang bontot. Nak kata sejuk, tidak juga.

Pengalaman Reen Jatuh Motor

Adakah diri ini mengandung? Wallahua'lam.. Sekiranya iya, aaamiiinnnn kan saja. Sekiranya tidak, berusaha lagi sehingga berjaya. Doakan Reen ya!

Berbalik pada topic, Reen pernah kemalangan jatuh mator yang agak teruk sehinggakan patah tulang lengan kanan Reen.

Pada 19 May 2012, Reen dalam perjalanan ke tempat kerja di Bukit Indah. Waktu itu Reen bekerja sebagai admin di salah satu pusat tusyen di Bukit Indah.

Kejadian kemalangan ni berlaku berhampiran rumah keluarga Reen lebih kurang dalam 5 minit jaraknya. Ceritanya begini.. Ada satu motor dari arah bertentangan sedang memotong lori dihadapannya.

Waktu dia potong lori tersebut, dia masuk line jalan yang Reen lalu. Nasib tidak baik, Reen bertembung dengan dia. Depan moto kami bercumbuan la jawabnya.

Lepas tu Reen berguling agaknya. Sebab waktu Reen sedar, Reen terbaring di tepi jalan sambil muka menghadap jalan. Apa yang Reen nampak selepas buka mata, jalan dah mula sesak. Moto Reen ada orang tengah angkat untuk letak di tepi jalan.

Kemudian ada yang sedang mengawal lalu lintas. Waktu tu, helmet Reen entah kemana. Padanlah muka dengan diri ini. Sebab tak ikat helmet MS yang Reen guna. Sejak kemalangan, memang Reen akan pastikan sentiasa ikat dulu sebelum gerak.

Masa Reen nak bangun, lengan Reen sakit sangat sampaikan Reen mengerang. Dengan pantas orang yang langgar Reen tahan teksi kemudian angkat Reen masuk dalam teksi bahagian tempat duduk belakang.

Masa baring, perlahan-lahan terasa bisa kemalangan. Masa tu Reen nampak ibu jari kaki Reen berdarah akibat luka bergeser dengan jalan raya. Muka Reen berdenyut-deyut. Waktu tu dalam fikiran Reen dah pasrah dengan muka yang hodoh.

Sampai je di wad kecemasan Hospital Ampang, terus abang nurse kat situ angkat Reen dan baring atas katil yang nurse boleh tolak-tolak tu. Ermmmmm.. Apa eh nama katil tolak-tolak tu? Agak menjerit juga Reen waktu dorang angkat. Sakit!

Then sampai je di wad katil, ada abang nurse ni tolong bersihkan luka kat muka Reen. Ya Allah.. Tak gentle! Tahan je lah walaupun kejap-kejap aww.. awww sakit! Then ada nurse yang tolong pasangkan satu sarung sementara untuk lengan yang patah.

Pengalaman Reen Jatuh Motor

Lepas dah pergi X-ray, masa tengah berehat.. Ada satu pasangan datang melawat Reen. Rupanya pasangan tu adalah abang dan kakak ipar kepada lelaki yang berlanggar dengan Reen. Mereka minta jasa baik Reen untuk settlekan kat wad tu supaya Reen lupakan tentang kejadian ni, maksudnya mereka tak bagi Reen buat report polis dan maafkan adik dia.

Waktu tu otak Reen tak berapa stabil, malas nak fikir. Reen suruh bincang dengan parents Reen. Sejak pengalaman kemalangan ni, baru Reen tahu rupanya di depan wad kecemasan akan ada beberapa orang dari syarikat guaman mencari mangsa kemalangan yang tidak bersalah untuk dapatkan duit.

Maksud Reen.. Mereka akan tunggu di depan wad kecemasan, kemudian bila mereka nampak orang yang cedera sebab kemalangan, mereka akan dapatkan details orang tersebut seperti katil no berapa. Kemudian mereka akan melawat orang tersebut, tanya apa yang berlaku sewaktu kemalangan.

Sekiranya orang tersebut dipihak yang benar, tidak bersalah. Mereka akan bagitahu yang mereka dari syarikat guaman yang uruskan kemalangan untuk claim dari pihak lawan (pihak yang bersalah). Sekiranya orang yang kemalangan ni menggunakan khidmat guaman tersebut, pihak guaman akan dapat keuntungan.

Contoh begini, adik Reen pernah kemalangan dan dapat gantirugi sebanyak RM90,000. RM40,000 pihak guaman ambil dan RM50,000 adik Reen ambil. Pihak guaman dengan senangnya dapat RM40,000 untuk satu kes tetapi terpulang pada nilai harga gantirugi juga sebenarnya.

Adik Reen dapat gantirugi sebanyak RM90k sebab banyak anggota badan adik Reen yang patah. Untuk pengetahuan juga, setiap anggota badan kita mempunyai harga tersendiri. Harga yang paling mahal seingat Reen iaitu ibu jari tangan!

Bayangkan sekiranya ibu jari tangan kita tiada, bagaimana nak menulis? Nak makan? dan lain-lain lagi. Sebab tu ianya mahal!

Cuma sayangnya, orang yang langgar Reen ni lari. Tiba-tiba senyap. Bila cari tak jumpa.. Takut. Rupanya sebab dia tak ada lesen dan dia juga bukan warganegara.

Nasihat Reen kalau ada keluarga yang terlibat dalam kemalangan dan dia dipihak yang benar, pilih pihak guaman yang tidak mempunyai rekod yang buruk sebab ada kes Reen dengar pihak guaman, atau pekerjanya menipu.

Dan.. didalam surat agreement, pihak guaman tidak jujur 100%! Sebab? Dalam agreement, mereka cuma info yang mereka akan ambil 21% dari jumlah yang diterima oleh mangsa. Tetapi sebenarnya, ada hidden charge!

Selepas duit dah diterima, baru mereka akan terus terang rupanya mereka akan ambil duit 21% serta duit untuk kos-kos yang lain. Seperti kos upah polis, upah peguam, upah untuk betulkan kenderaan, upah untuk duit minyak ke sana ke sini untuk selesaikan document si mangsa.

Haaaaaa time tu memang terperanjat. Banyak pula tu mereka markup. Kuang ajaq! Sebab kesian si mangsa, dia yang tanggung sakit tapi dapat sikit. Ada je sebenarnya pihak guaman yang ambil duit mangsa agak banyak.

Berbalik kepada cerita tentang patah lengan, alhamdulillah makin beransur pulih. Cuma Reen tak boleh angkat berat nanti lengan Reen akan rasa nyilu. Tulang lengan Reen pun dah tak normal, ianya bengkok sikit. Bila tekan boleh rasa tulang lengan ni timbul lain macam.

Parut luka di muka pun alhamdulillah.. sejujurnya tak ada kesan sikit pun. Bersyukur sangat. Selepas pengalaman Reen jatuh motor, setiap kali Reen nampak lori di jalan bertentangan, Reen akan pastikan untuk perhati belakang lori tersebut. Kot ada motor atau kereta nak pecut dan Reen akan jauhkan jarak motor dengan lori tersebut sejauh yang boleh.

Gambar diatas Reen edit jadi lah gitu. Hahahaaaa Macam ada janggut. ;p Cantikkan muka Reen lepas kemalangan? Erkkkkkkkkkk.

10 comments:

  1. teruknya accident tu Reen.. kadang kiat erhati-hati, tapi oarng pulak yang tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yunk.. Kadang kita dah berhati-hati.. Tp orang nak juga langgar kita.

      Delete
  2. Alahai kesian Reen.
    Syukur alhamdulillah tak teruk sangatkan.
    Bila accidentnya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 19 May 2012.. Kali ke dua pun ada juga kemalangan dan patah di tempat yang sama. Kali ke 2 next time baru Reen cerita.. Heeeeeee

      Delete
  3. allahuuuu, alhamdulillah selamat reen :) pengajaran untuk mek jugak ni. biasa ambik mudah je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Kadang terbayang juga kalau lah waktu tu ajal tiba, kena gilis kereta ke.. Tak tau la nak cakap. Amal ibadah masih terkapai-kapai..

      Kalau suami Reen tak ikat tali helmet, Reen terus ikatkan. Risau.. Kadang benda macam ni berlaku tanpa diduga..

      Delete
  4. fuh sy yg baca ni un terasa seriau nye sebab penah patah kaki oo.. azabnye la rasa.. awat la depa ni suka potong2 pastu masuk lorong lain.. haish.. semoga diberikan kesihatan yang baik ye reen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hasif.. Alhamdulillah. Sebelum kahwin dah bagi warning kat suami awal-awal yang lengan Reen ni cacat sikit.

      Alhamdulillah dia dapat terima.. Heeee. Awak patah kaki kena masuk besi ke..? Ermmm... Kaki lagi best. Nak berak.. Macam mana? Aduh. Nak tidur lagi susah tu.

      Reen ni lengan je. Tidur samaada menegak atau mengereng ke kiri.. Dulu sebelum accident, selalu juga tidur mengereng ke kanan.. Nak ikut sunnah Nabi.

      Lepas excident sampai la sekarang, memang tidur mengereng kiri.. Sebab kalau mengereng ke kanan, masih terasa tulang yang bengkok seolah-olah kena himpap..

      Delete
  5. alhmdulilah da ok... Terkenang pulak kisah jatuh motor jgk.. Moga lepas ni kita sentiasa berhati-hati n tak ambik mudah semua perkara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup yunk.. Jangan ambil mudah. Harap cerita kemalangan Reen ni dapatlah dijadikan tauladan untuk riders lain..

      Delete