Pengumuman : Penukaran Gmail

Assalamua'laikum.. Hi!

Sejak dua menjak ni makin jarang Reen update blog kan? Minta maaf ya. Sebenarnya.. Reen rasa Reen kena Insomnia.

Susah sangat nak tidur. Guling sana.. Guling sini masih tetap tidak tidur. Sekarang ni Reen tengah menaip jam menunjukkan pukul 5:40 pagi. Walaupun mata Reen terasa mengantuk, masih tetap tidak mahu tidur.

Mata pun dah jadi macam panda, cuma.. Panda lagi comel dari Reen. Natural beauty ;p

Reen sukar tidur sejak mata Reen mula kabur. Mudah pening kepala. Lepas tu mata mula silau. Mungkin telah tiba masanya Reen buat spec mata? Atau mula makan lobak merah sebanyak yang mungkin?


Idea yang Reen nak post banyak juga. Cuma bila otak dan badan tidak cukup rehat, membuatkan Reen susah untuk mengarang. Reen hilang focus.

In sya Allah bila segalanya dah ok, Reen akan mula mengiatkan diri untuk active up entry. Buat masa ni,  Reen hanya jalan-jalan, singgah dan komen blog bloggers. :)

Dan.. Reen telah tukar gmail baru. Gmail yang lama Reen kongsi dengan En. Suami. Ianya membuatkan Reen agak keliru bila email blog bercampur aduk dengan email En. Suami.

Reen akan follow blog yang active ya. Supaya senang untuk Reen blogwalking nanti. Mana yang Reen dah follow menggunakan gmail lama, Reen tidak akan unfollow.

Sejujurnya, walaupun Reen tengah menaip, tetapi akal fikiran Reen hanya focus bila nak tidur dan please tidur.

42 comments:

  1. Semoga reen dapat tidur yang cukup selepas ni.

    ReplyDelete
  2. semoga reen kembali seperti sediakala..tidur yang nyenyak ye dear...take care..jangan banyak fikir...sangat..insyaAllah semua akan ok..irda doakan reen ya...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau2 je salah satu factor reen xleh tidur sebab terlalu banyak berfikir. Malunya hehee in sya Allah Irda. Terima kasih ya. Syg irda!

      Delete
  3. semoga tidur kembali normal... minum susu la sebelum tidur... :D
    ooo lagi satu boleh setup email guna mail zoho guna domain sendiri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak! Ada juga eh setting free utk email domain? Uiyoo. Heheee in sya Allah, bila nak buat nanti saya hello2 awak minta tunjuk ajar ya. Terima kasih awak! :)

      Delete
  4. ala siannya ssh tido...ce gugel tips atasi imsomnia? hihi kot la berkesan kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah.. Hihihi blh praktik nanti. Cuma Reen ada thyrodism.. Salah satu faktor juga xleh tidur. Sebelum ni memang ada masa susah tidur.. Cuma tak teruk macam sekarang..

      Papepun, terima kasih! :)

      Delete
  5. bab update blog nie saya pun dah lama kelaut.....cuma ada la kadang2 tu terasa nak up entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah biasa yang dihadapi oleh semua bloggers.. Termasuk Reen. Heeeeee :D

      Delete
  6. Salam singgah sini, dan salam kenal,, :))))) dah jadi penyakit tu reen bahaya insomnia nih,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam singgah dan salam kenal juga.. :) harap tidak berlarutan insomnia ni. Caiyok! Terima kasih dear!

      Delete
  7. sangal betul bila kena insomnia. sy pernah tak tido 2 hari sebab tak dpt nak pejam mata. pukul 2 pagi kemas rumah sbb dh taktau nak buat apa. harap insomnia reen tak berlarutan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 hari tak tidur? Ya Allah lamanya. Reen rasa boleh jadi zombie ni kalau xckup tdo. Heheeee

      Reen skrg tidur hanya tidur 2 3 jam.. Lepas tu bangun. Kadang2 kerap terjaga. Tidur tak lena.. Kesabaran.

      Terima kasih awak! :)

      Delete
    2. Tengok tu.. Typing pun dah tak betul. Berapa kali nak sebut tidur daaaaa.. Otak tengah mengong. Kui kui kui ;p

      Delete
  8. Kira bintang ke, hihi ada ke bintang skrg ni kan.
    Amik wudhu, pastu bwk ngaji, tak pun baca kitab agama, sure ngantuk punya, pastu sbl lena tu selawat bebanyak, tak pun baca surah2 yg dah hafal, cepat je ngantuk nnti, haha.
    Rasanya mmg kena buat spek tu.

    ReplyDelete
  9. Kira bintang ke, hihi ada ke bintang skrg ni kan.
    Amik wudhu, pastu bwk ngaji, tak pun baca kitab agama, sure ngantuk punya, pastu sbl lena tu selawat bebanyak, tak pun baca surah2 yg dah hafal, cepat je ngantuk nnti, haha.
    Rasanya mmg kena buat spek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi xmenjadi kak kira bintang.. Solat pun dah xkusyuk sejak tak cukup tidur. Otak tak focus :(

      Tentang mengaji, Reen akan buat. Terima kasih kak 💋

      Delete
  10. salam..kita pun sekarang susah nak tidur,gara2 layan movie hantu dkt tv.. bila dah mengantuk ,tak mahu tidur terus susah nak tidur.huhu.. berminggu2 jga la macam ni.. bahaya juga kalau tak cukup tidur/time tidur tak tentu ni sebenarnya.. huhu

    bila kita berkongsi ni memang macam serabut sikit.. huhu..
    dah ada email sendiri tersusun la juga..

    kalau memang dah tak selesa mata kabur,cepat2 buat spek,utk kesenangan kita juga.. hihi
    saya dulu masa form4 baru sibuk nak buat spek ,sebelum2 ni dah tahu rabun tapi mcm tak bersedia lagi.. kononnya..

    kita kalau rasa entri yg bakal kita nak publishkan tu berbaloi/berilmu utk orang lain,cepat2 taip dalam phone nanti email terus ,kalau tak penting kita biasanya abaikan/memang malas nak buka blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi kesabaran kan. Memang agak berserabut.. Typing pun mengarut. Hahahaa Ada masa sampai typing dua kali perkataan yang sama. ;p

      Delete
  11. Assalamualaikum Reen,
    Thanks for dropping by my blog ^_^
    Eh samalah kita, masalah sukar nak tidur kan.
    Insomnia. Sampai effect our brain on how to work effectively.
    Idoklah sampai jadi gila, cuma nak mengatur kerja dan masa tu jadi bercelaru.
    Jadi, saya faham sangat2lah situasi Reen ni.

    Jangan kerap ambil minuman berkafein ye dan kurangkan pengambilan gula.
    InshaAllah dapat kurangkan effect dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam.. Terima kasih juga singgah blog Reen dan nasihat awak.. Hihi

      Reen memang tak minum minuman berkafein.. Tapi kalau gula tu memang banyak. Gula pun ada effect eh dear? Baru tau heeeee :D

      Nampaknya kena biasakan minum air suam la ni. Adeh. Tapi kan.. Yang peliknya, waktu siang Reen boleh pula tidur. Pelik..

      Delete
  12. reen jangan mcm tueee...tak elok untuk kesihatan. Nadia nie selalu je tido lambat . Dalam kul 2 - 3am baru tido . Tapi tak ada lah lmbt mcm Reen . If pukul 5:40am mcm tue pening pale Reen . Hihihi ... maybe reen boleh amalkan minum green tea 1 jam before tido . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cadangan nadia untuk ninum green tea. 💋 Reen akan buat juga tips ni. Memang sangat pening kepala. :(

      Delete
  13. ya allah reen . sama macam anis , anis pun insomnia sekrang ni .
    stress jugak dengan insomnia ni, bukan buat apa pon
    just baring atas katil tapi tak boleh tido
    awak pun cantik reen !
    happy blogging ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Baring, guling, tgk hp, main game, baca novel. Hahahaa sangat stress. Tapi Reen pelik sikit sebab reen boleh tidur waktu siang.. Rasa macam jadi burung hantu pula.

      Anis macam mana..? Siang boleh tidur? Thanks dear. 😳

      Ramai juga ahli blog kena insomnia ya. Sebab faktor panas ke eh? (berfikir sambil gosok dagu)

      Delete
  14. Pernah kena jugak penyakit tak boleh tido ni...memang betui..time tu nk update blog pun x de idea nk mengarang.sudahnya termenung atas katil sambil mengharap boleh tido tapi sampai ke subuh pun mata dok segar bugar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang paling xbest.. Lagi2 kalau esok paginya hari bekerja. Mau ambil AL atau MC.. Kalau dtg pun tentu akan ada kesalahan masa buat kerja.. Sebab kepala tak dapat focus.

      Delete
  15. Kelip mata cepat2..nti tidur la..hehe

    ReplyDelete
  16. Alahai...kesian Reen.
    Apa sebab-musabab susah tidur (insomnia) tu?
    Mrs. A pulak pantang baring pasti tertidur, macam malam AF akhir & Super Spontan tu sedar-sedar dah pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya mudah tidur.. Aih.. Jeles reen.. Hihihi tak pasti sebab insomnia.. :(

      Delete
  17. tak suka betul kalau kena insomnia macam ni. penat jadi badan. kalau lela nak elok balik, p joging ka apa, bgi badan penat berpeluh, malam tu konfem boleh tidur. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata badan.. Otak ni pun penat hahahaaa akak kurang rajin nak buat macam lela.. Mueheheee bontot ni ha besau ;p

      Delete
  18. sakit kan kalau tak boleh tidur? saya faham tu...kalau mata kabur, jumpa doktor mata lah sis, tengok sakit apa...mungkin dah kena pakai cermin mata? kalau rabun, tak boleh tangguh-tangguh, nanti susah nak pulih...sekadar nasihat ye sis ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa.. Sakit. Tertekan. Hihihi terima kasih untuk nasihat. Kalau jumpa doc mata, tidak kot. Tapi kalau pergi kedai spec check mata, in sya Allah pergi..

      Delete
  19. Siqah sekarang mengalaminya.. huhu. KAdang2 pukul 4 pagi tidur. esok bangun g kerja, rasa ting tong. Huhu. Harap kita boleh elak daripada insomnia ni. Siqah minum susu malam2. Berkesanlah jugak untuk tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah tak berterusan dear. Alhamdulillah.. Reen dah mula boleh tidur malam. Tengah mengantuk.. Tapi nak lepaskan blogwalking dulu..

      Sejak insomnia, Reen tak dapat blogwalking.. Otak tak focus. Risau type mengarut-ngarut..

      Semoga Siqah tabah untuk menghadapi hari bekerja.. Reen tak boleh kalau tak cukup tidur pada hari bekerja.. Serius akan ada je kesalahan yang reen buat. :(

      Delete
  20. buat cermin mata sis..klo mkn lobak agak too late la kott..haha..kesian sis x dpt tido..smoga dipermudahkn sis utk tidur

    ReplyDelete