Plan Xpax Turbo Dari Celcom

Assalamua'laikum..

Hi..!

Reen adalah salah satu pengguna Celcom. Sebelum ni Reen guna Maxis, masalah utama bila guna Maxis ialah line internet tiada dirumah mertua.

Reen pula seorang yang sukar untuk hidup tanpa internet. Kerap kali diri ni jadi menggelabah bila internet dah habis dan tak reniew.

Plan Xpax Turbo Dari Celcom

Sebab itulah Reen tukar ke Celcom. Kebetulan pula waktu tu jumpa no Celcom yang sedap. Reen beli no Celcom ni dengan harga RM60.

Reen beli je sebab fikir waktu tu Reen akan guna no ni dalam jangka masa yang panjang.

Sebelum ni Reen langgan plan Magic Sim, keistimewaan plan Magic Sim boleh langgan internet paling tinggi pun dengan harga RM68, dapat internet 7GB.

Kemudian ada unlimited call untuk rangkaian Celcom, 60 minit free call untuk rangkaian lain dan free wifi Celcom (free wifi ni tak semua tempat ada, di Ampang lokasi paling dekat Reen boleh langgan free di Ampang Point)

Internet sebanyak 7GB? Seriously, tak cukup untuk Reen. Dalam masa seminggu lebih dah habis 7GB. Kemudian Reen akan beli internet tambahan sebanyak RM50 untuk 5GB. Pun tetap tak cukup.

Internet tamat tempoh dalam masa sebulan, Reen habiskan quota internet dalam masa 2 minggu lebih.

Dan unlimited call tu rugi untuk Reen sebab sekarang dah ada kemudahan chat. Boleh voice chat. Dulu zaman cinta monyet boleh la bergayut, sekarang ni tidok le.

Inilah sebab kenapa Reen putuskan hubungan Reen dengan Magix Sim dan beralih ke Xpax Turbo. Keistimewaan Xpax Turbo, Reen akan dapat free internet burung hantu sebanyak 10GB tapi Reen boleh guna cuma 333MB per day (dari jam 1 - 7 pagi).

Selain daripada itu, Reen dapat free 500MB untuk social chat. Ada lagi yang lain, tapi tak penting untuk Reen.

Dan pagi ni Reen berjaya tukar ke plan Xpax Turbo. Yang bestnya, internet yang Reen beli lagi murah iaitu RM80 untuk 9GB internet, 3GB Youtube dan 3GB Facebook.

Reen ada juga jumpa plan lagi murah dari telco lain, cuma satu masalah adalah line internet tiada di rumah mertua.

Berikut adalah butir-butir data yang ditawarkan dalam Xpax Turbo;

• RM5 untuk 3 hari (Internet 200MB, FB 100MB, Tempoh Sah 3 Hari)
• RM10 mingguan (Internet 600MB, FB 600MB, Utube 300MB, Tempoh Sah 7 Hari)
• RM30 bulanan (Internet 2GB, FB 1GB, YouTube 1GB, Tempoh Sah 30 Hari)
• RM50 bulanan (Internet 5GB, FB 2GB, YouTube 2GB, Tempoh Sah 30 Hari)
• RM80 bulanan (Internet 9GB, FB 3GB, YouTube 3GB, Tempoh Sah 30 Hari)

Jadi.. Selamat menggunakan Xpax Turbo..! Klik sini untuk cara langgan plan Xpax Turbo.

29 comments:

  1. mek pun nk tukar plan dah. yg skrang byr rm50 dpt 1gb je --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk... Mek.. Sikitnya rm50 utk 1GB. Mek nak tukar plan pe lepas ni?

      Delete
  2. Kita mmg pkai celcom postpaid yg gold tu...rm80 utk 10g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaa RM80 untuk 10GB. Cukup 10GB untuk sebulan?

      Delete
  3. Replies
    1. Hihii Kalau umobile ada line kat kampung mertua, lama dah Reen promote.

      Delete
  4. yeyy, lepas bace entry ni saye dah beli and pakai pun xpax turbo haha. jemput bace new entry jum http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2016/09/sayang-dia-hanya-aku-yang-rasa.html :)

    ReplyDelete
  5. kalau top up 1g pas tew dapat 1g pcuma tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di bahagian komen link ni.

      https://www.reenri.com/2016/09/cara-untuk-tukar-ke-plan-xpax-turbo.html

      Delete
  6. Mai pun guna xpax turbo untuk internet, untuk bergayut pakai celcom tentera sbb cik abg askar, kekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celcom tentera dpt free ya untuk call? Hihi

      Delete
  7. nk tanya xpax turbo ni kita blh beli ke yg rm5 10GB Internet burung hantu tu...
    atau hanya blh guna 333mb allday yg tu je?
    sape dah guna blh bagi penjelasan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mimi,

      Internet burung hantu untuk plan Xpax Turbo tak boleh dibeli.. Ianya memang di bagi oleh pihak Celcom secara percuma.

      Tapi itu lah, hanya boleh guna 333mb per night.

      Delete
  8. ada tak plan untuk free fb? maam mana dan berapa rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti dear.. Call 1111 celcom center utk mklumat lanjut ya

      Delete
  9. ummm eh xpax turbo ni takde free call to all network macam magic sim ke? habis ada apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde free call.. Ianya lebih kpda internet shja..

      Delete
  10. Basic internet xpax turbo ni laju tak?

    ReplyDelete
  11. Nak tanya sikit sis,utk semua langganan d xpax turbo ni masih ada tak yonder music yg sblm ni free dkt magic sim bila melanggan internet rm10/keatas?

    ReplyDelete
  12. Nak tanya sikit sis,utk semua langganan d xpax turbo ni masih ada tak yonder music yg sblm ni free dkt magic sim bila melanggan internet rm10/keatas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak ada.. Saya tak pernah dapat sms dari Celcom mengatakan ttg free Yonder Music.

      Delete
  13. Nak info boleh.....😊
    Saye nak celcom yang unlimited coll bajet Rm50 Ade X,
    Thanks infonye.....😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unlimited call tak pasti.. Tapi budget rm50 memang ada. Mulai bulan depan.. Turbo dah tak ada. Akan bertukar ke plan terbaru yang lebih jimat. Nantikan entry terbaru dari Reen ya.

      Reen kena buat confirmation dari pihak celcom dulu sebelum reen post entry tentang plan terbaru ni.

      Delete
  14. dah cuba xpax turbo..rasanya lagi berbaloi guna magic sim dari turbo ni..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... Nak tanye xpax turbo ade x free internet burung hantu setiap hari??

    ReplyDelete