Ulasan Blog Review Dari Blogger Safirul Amar

Assalamua'laikum.. Hi!

Ulasan blog review dari blogger safirul amar. Pada 16 November 2016, blogger Safirul Amar telah mengadakan satu segmen khas untuk review setiap blog yang berminat untuk mengetahui ulasan berkenaan blog mereka. Andai ulasan yang di berikan positif, alhamdulillah.

Ulasan Blog Review Dari Blogger Safirul Amar

Tetapi, andai negative.. Harus di perbetulkan sekiranya nak menjayakan lagi blog untuk masa akan datang. Kalau nak berblogging sekadar suka-suka dan tidak berminat untuk mendapatkan blog berada dalam google search ranking, tidak menjadi masalah kalau abaikan.

Pilihan telah di beri, korang yang akan menentukan. Eceh ceh ayat. Reen masuk segmen ni sebab Reen nak tahu apakah kelemahan yang ada dalam blog Reen. Reen tau ada banyak yang Reen kena perbetulkan dari masa ke semasa.

Dan alhamdulillah, inilah hasil review dari Safirul Amar untuk blog Reenri.

*****

Segmen Blog Review By Safirul Amar

31) Url Address : http://www.reenri.com

Ulasan terhadap blog Nama pemilik blog ini Reen, manis orangnya, rekabentuk layout bersifat responsive dan menarik, kemas dan tersusun.

Pelbagai kisah dan cerita di kongsikan bersama, antaranya tips tips tentang kesihatan, info blog, kesihatan, resepi dan berbagai bagai lagi kisah. Setakat ini slide gallery ini yang terbaik aku lihat, kemas dan menarik untuk di tatap.

Setiap artikel di susun dalam label label yang berkaitan dan tertentu, mudah untuk mencari artikel yang di mahukan, jika ingin mencari artikel berkaitan makanan, boleh tekan di menu makanan dan minuman.

Mudah akses maklumat, tidak perlu scroll down terlalu panjang, dan blog ini sesuai untuk di tatap oleh pelbagai lapisan umur.

Cadangan aku, bagus agar menambah banner supaya nampak lebih warna warni dan lebih menarik perhatian. Hasil semakan markah di chkme.com, markah seo yang di perolehi ialah 89 %, ok dah, tapi lagi better kalau mencapai 90 % atau 100 %.

Hanya perlu menambah alt dan title pada setiap imej yang di masukkan dalam blog. Sila betulkan dan tambah di Imej anda alt dan title.

http://www.indravedia.com/2016/01/menambahkan-alt-title-text-gambar.html http://www.madamvia.web.id/2015/02/cara-menambahkan-alt-tag-title-tag-padagambar.html

Di blog review 1-7, ada tutorial mudah secara bergambar mengenai pemasangan alt dan title pada imej, sila pastikan gambar yang di masukkan, ada alt dan title. Gunakan target kewords dengan sebaiknya, sebagai contoh anda ingin optimasikan artikel atau entri anda dengan kata carian “Malaysia SEO Services“.

Apa yang anda boleh lakukan cuba untuk bermain dengan kata kunci tersebut sama ada melalui pengulangan keywords tersebut. Menggunakan fungsi headings dengan menyelitkan keywords tersebut, bold dan italic juga boleh digunakan untuk memberi penekanan terhadap kepentingan kata kunci tersebut.

http://www.multees.com/teknik-seo-blog-bagaimana-melaksanakan-seo-secarabetul/

Terima kasih kerana menyertai segmen ini.

*****

Perkara baru yang Reen belajar setelah join segmen ini adalah tentang website chkme.com. Ianya satu website untuk check keputusan SEO dalam blog korang, check tentang alt pada setiap gambar dan banyak lagi.

Reen ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Safirul Amar kerana sudi mengadakan segmen review, singgah serta beri ulasan tentang blog Reen dan bloggers lain yang turut serta. 

60 comments:

  1. Terima kasih, kerana menyertai. All the best and Good luck

    ReplyDelete
  2. Wah dah ada orang review,, bagus jugak sekuarang - kurangnya kita tahu apa kelemahan dalam blog kita dari pandangan orang hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Setuju. Banyak juga nak kena perbetulkan..

      Delete
  3. bila ada review mcm ni baru kita tahu di mn kelemahan kit kan..bgus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Lepas tu betulkan untuk mempertingkatkan lagi mutu blog.

      Delete
  4. Reen, what do you think of these blogs. They are malaysians.

    1. https://kclau.com/

    2. http://www.emilyquak.com/

    3. http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Jangan jawab kalau busy. Saya saja tanya sebab lepas ni nak pergi petik ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ya Adam.. Dengan blog no 1 dan no 2? Reen nak minta pendapat pun.. Xtau macam mana nak explain. Dan.. Pendapat yang macam mana awak maksudkan. Jadi blur pula sejak 1 2 hari ni..

      Sebab tu tak update entry. Untuk no 3.. Reen suka baca blog http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com.

      Blog yang matang.. Banyak info yang boleh dipelajari. :)

      Komen blog Adam.. Serius sangat banyak. Kadang sampai 100 komen. Wah. Bukan senang nak dapat komen banyak macam tu tau.

      Pageview blog awak.. Sehari berapa agaknya kan. Tentu banyak juga.

      Delete
  5. waaa. menarik laaa. nak join jugak boleh ? tapi mmg terok kena komen blog lela kalau dia reviewkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hihihi tak pe lela.. Sekurangnya lela tau apa kelemahan dalam blog lela.. Lepas tu boleh betulkan semula.

      Delete
  6. teknik seo dh lama dengar, tapi masih tk faham...blogging utk suka2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk suka2.. Akak buat tak tahu je tentang seo. Hihihi

      Delete
  7. Nampaknya komen2 ok.
    89%. Tahniah. Kira dh dapat A+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Cuma nak dapat 100% tu yang tak reti..

      Delete
  8. Saya ada reply di komen kamu..
    Di html ..buang coding quickedit..cuba lihat dan klik pada pastebin/ ada coding dalam tu

    ReplyDelete
  9. Mek jugak la yg tk tahu menahu pasal seo --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi belajar mek.. Banyak kan membaca. Tapi memang agak pening belajar tentang seo ni.

      Reen nak up entry tentang beberapa perkara yang reen tau utk seo.. Tapikan, otak Reen dah mula buat hal.

      Jadi tepu 1 2 hari ni.. Itu yang tak de entry terbaru. Sadissss..

      Delete
  10. Menarik ulasan yang diberi.. okay dah blog reen ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Blog Siqah pun dah makin ok dan laju.

      Delete
  11. Bagus dah tu... Bab gambar tu mmg sy main masukje... Sbb byk berblog dari mobile je.. Ssh sikit nak setting itu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna mobile untuk up entry.. Memang susah sikit kak MF.. Tak pe, nanti on guna komp atau lap.. Boleh edit semula entry yang dah publish..

      Delete
  12. reen jenis font untuk posting semua font apa ya? kita suka la tengok font ni jenis bulat2 comel & nampak kemas ja.
    em.. kita berblog saja suka2,tak pandai nak berseo/ambil kesempatan buat duit dgn blog,sayang betul...hihi

    btw,boleh tak reen letak button UP,senang nak naik atas.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen memang nak letak button up.. Tapikan yunk, bila letak.. Template jadi cacat sikit. Nanti tak fix ikut screen hp.

      Sekarang reen fikir macam mana cara untuk mudahkan pembaca supaya tak perlu scroll sampai ke atas untuk ke homepage.

      Ingat nak buat auto new tab... Bila klik je, terus buka tab baru. In sya Allah.. Harap cara ni lebih mudah.

      Reen guna tulisan nama Poppins.. Tapi kena letak code letter-spacing untuk bagi ayat nampak kemas.. Jarak cantik je.

      Delete
  13. Ulasan terbaik dr Tuan Safirul Amar, memang tengah mencari masalah blog saya dan akhirnya ada cara penyelesaian yang terbaik..blog awak pun kemas dan lawa, komen dia mmg bernas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Haah kan.. Awak boleh cuba juga tengok result blog awak.

      Delete
  14. Review Blog saya juga dong .. :D
    http://surindersurisahni.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  15. Bagusnya Reen mintak 3rd party review! Saya x pernah lagi mtk org review. Good effort!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni 3rd party yang offer.. Jadi, kita grab secepat mungkin sementara masih ada peluang. :D

      Delete
  16. tahniah reen! terus semak bila baca ulasan review dah selesai! kipidap ya!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi seronok baca review2 blog lain.. Macam2 perkara dapat blaja dari situ. Terima kasih kak :D

      Delete
  17. Tahniah3x, akk tumpang gembira, siyes, seronoknya dpt markah tinggi,haha, markah..senang istilahkan markah jelah bg org yg tak tahu menahu mcm akk ni. Akk awal blogging dulu try juga nk belaj SEO semua tu, lastnya smp sudah tak hadam, ermmm..
    Blog hya utk suka2 je reen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak :D

      Kalau untuk suka-suka.. Akak abaikan je seo. Hihi tapi kalau nak dapatkan ranking.. Yup. Kena belajar seo.

      Reen pun masih dalam proses belajar. Hanya tau basic je.. Nak share info seo yang reen tau, tapikan kak.. Otak tengah tersekat.

      Tak tertyping walaupun dah ada depan lappy.. Lepas tu pandang je screen, taipnya idok.

      Ish ish ish

      Delete
  18. Nak join hritu tak sempat..i buzy uolss..haha

    ReplyDelete
  19. wahhh betul2 ulasan dari hati ni reen ;-)

    ReplyDelete
  20. baru tahu jgk psl website tu

    tp smpai sekarang x faham SEO tu,...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe.. SEO ni kena belajar slow2.. Banyak sangat tipsnya

      Delete
  21. bestnya ada org review.. aina pun dh lama xde yg review dri yg expert.

    ReplyDelete
  22. BAgus ada yg review..leh tahu ap yg boleh dibaiki...lebih2 lagi seo yg tu penting...bgi pendapat lokman, dlu pernah dpt chkme 100%...tukaq template dh jatuh...sebab ia untuk onpage saja...gudluck reen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Dapat 100. Terbaik. Dah tukar template.. Kena setting lg le tu.

      Delete
  23. meh meh review k.el punya lak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi cuba kak el klik link kat atas tu.. Nanti leh mnx tlg review blog kal el..

      Delete
  24. kakak nebes tunggu giliran sendiri.. hahaha~

    ReplyDelete
  25. semua komen bro safirul sngt berguna. adik pun ada join segmen ni. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..mmg berguna. Ada beberapa perkara baru belajar jgk

      Delete
  26. Anis memang lemah bab SEO ni tau tapi sedang belajar sikit demi sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab SEO memang prefer blaja step by step yunk.. Banyak info ttg seo.. Kadang pening juga. Hihi

      Delete
  27. Syukur sgt, dapat banyak tip utk penambahbaikan berterusan blog dr review ni...cuma belum berkesempatan update pasal review ni...tahniah Reen..

    ReplyDelete
  28. Tahniah Reen Kakashi...Ehhh silap Reen Johari..Kipidap Dongibab yer :)
    Always Happy blogging :)

    ReplyDelete