10 Senarai Idea Post Paling Popular

Assalamua'laikum..

Hi..!

Masih tertanya-tanya apakah jenis post yang anda ingin publish hari ini? Berikut adalah 10 senarai idea post paling popular yang anda boleh gunakan. Dengan idea yang banyak ini, anda tentu tidak akan kekurangan idea lagi untuk post!

10 Senarai Idea Post Paling Popular


1. A-Z Post
Tulis post dari A-Z. Contohnya, Senarai A-Z tips untuk membersihkan rumah, A-Z tips makeup, A-Z tips memasak, A-Z resepi masakan mudah dan sebagainya.

2. Senarai Post
Contohnya seperti 10 senarai buku yang wajib dibaca, 5 senarai tempat perlancongan yang ingin anda jejak, 3 senarai resepi yang patut dicuba dan sebagainya.

3. Profile/Blog
Post tentang seseorang yang anda kenal, blogger yang anda minat, tokoh yang anda minat dan sebagainya.

4. Kebaikan Dan Kekurangan
Pilih topic kemudian kaji tentang kebaikan dan kekurangan pada perkara yang anda pilih.

5. Perbandingan
Bandingkan dua jenis perkara yang anda pilih contohnya perbandingan antara make A dan B, kedai A dan B dan sebagainya.

6. Tutorials
Adakah anda mempunyai skill untuk edit HTML serta blog template? Post dan kongsi dengan rakan anda yang lain.

7. Sebelum Dan Selepas
Contohnya seperti keadaan bilik tidur anda sebelum dan selepas kemas, almari anda sebelum dan selepas kemas, tanaman anda sebelum dan selepas ia membesar dan sebagainya.

8. Panduan
Anda juga boleh post berkenaan panduan seperti panduan untuk ke Pulau Perhentian, panduan sekiranya berada di luar negara, panduan untuk jawab soalan peperiksaan dan sebagainya.

9. Post Paling Popular
Contohnya 5 senarai post paling popular dalam blog anda, 2 senarai post paling popular minggu ini dan sebagainya.

10. Giveaway/Contest
Salah satu post paling popular dalam bloggers lebih-lebih lagi untuk menaikkan traffic blog. 

Selamat berposting! 

10 comments:

  1. terima kasih bg idea kak. boleh update entry baru nii. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sama-sama dik.. lepas ni boleh buat banyak entry. :p

      Delete
  2. Replies
    1. Harap dengan info ni ada idea untuk next entry.

      Delete
  3. kkdg nk menulis je keje tp de je yg mnghalang so aptb.Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HHahaa biasa tu. Kadang otak tiba2 jadi tepu :p

      Delete
  4. waa.. memang hujung2 bulan kakak siapkan list untuk entri bulan berikutnya.. thanx tau untuk idea ni.. boleh tambah mana kurang.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Rajinnya kak. Bagus cara akak sediakan awal2 list utk post. Salah satu cara blogger yang berjaya.. Keep it up kak! 💪

      Delete