Pelik Ke?

Rindunyaaaaaaa Reen dengan dunia blogging. Rindunyaaa nak kacaw blog rakan seperjuangan dengan komen-komen Reen. Heheheee Rindunyaaaa nak baca entry rakan seperjuangan! ♥

Entry hari ni topik yang sangat simple iaitu pelik ke? Apa yang pelik agaknya ya? Begini.. Minggu lepas Reen dapat order dari customer yang tinggal di UPM. Selepas pembayaran, customer pun Whatsapp nama dan alamat untuk proses penghantaran.

Pelik Ke?
Reen pun baca dan nampak nama UPM tertera dalam screen hp Reen. Dalam hati Reen dok berfikir.. Ampang dan UPM? Tak adalah jauh sangat. Dari bagi RM8 kat Pos Laju, lebih baik hantar sendiri terus ke customer.

Reen pun tanya customer, nak Reen hantar? Kalau nak, malam Reen sampai dan alhamdulillah.. Customer setuju dan.. customer Reen tambah lagi item.. 😍

Selepas Reen siapkan barang customer, Reen pun gerak ke UPM merempit dengan MABAM iaitu motor scoot Nouvo Reen. Bila dah sampai di location yang customer hantar melalui Whatsapp, Reen pun info.

Rupanya.. location yang cus hantar tu di kawasan lain tetapi dalam UPM juga. Kemudian customer suruh cari nama Flat Ikan. Nama tempat tinggal dalam kampus agaknya. 

Reen pun merempit ke pintu gerbang UPM, kat situ ada pondok. Nampak la abe polis. Reen pun tanya macam mana nak pergi ke flat ikan. Selepas tu Reen pun merempit ke flat ikan. 

Bila dah sampai, customer pula tak cam pintu belakang flat ikan. Agaknya sebab gambar yang Reen hantar waktu Manghrib, kurang jelas sebab nak gelap.

Kemudian customer info Reen untuk berjumpa di Masjid UPM. Reen pun menggunakan aplikasi Maps. Waktu Reen merempit untuk ke masjid, lalu pintu gerbang sekali lagi. Reen ingatkan pintu gerbang lain, rupanya pintu gerbang yang sama.

Abe polis tu nampak Reen terus dia tanya "Dah jumpa?" Reen yang dengar suara abe polis terus berenti tengah jalan. Pastu Reen cakap "Eh?" Dalam hati eh.. pintu gerbang yang sama

Reen pun bagi tau customer nak jumpa kat masjid.. Lebih mudah katanya. Abe polis tu pun cakap masjid depan ni je. Reen pun oooooooo.

Pastu abe polis tanya, ni dari mana? Reen pun cakap dari Ampang. Lepas dengar Reen cakap dari Ampang, bulat mata abe polis tu. Hahaahaa terkejut agaknya. Dia cakap "Dari Ampang datang sini?" Reen pun jawab ha ah.

Muka abe polis tu macam.. tak percaya. Reen pun terfikir, pelik ke perempuan merempit dari Ampang ke UPM? Pastu sempat Reen cakap dalam hati, kalau abe polis ni tau Reen pernah merempit dari Ampang ke Putrajaya hantar barang customer, macam mana agaknya reaksi dia? Mueheheeee

Lepas tu abe polis tu macam nak cakap sesuatu, tapi tak sempat sebab Reen kena gerak. Ada kerete nak lalu belakang. ;p

Sampai je masjid dan jumpa customer, alhamdulillah segalanya settle. Reen pun balik rumah.. Seronok bila baca Whatsapp customer suka dengan service Reen dan puas hati dengan item yang dia beli dari Reen. ♥

Suami tak dapat join penghantaran, kerja.. Reen pun nak hantar sendiri demi RM8. Hahahaaa Sambil hantar barang, sambil jalan-jalan walaupun atas motor je. ;p

Jemput singgah instagram Reen di Reen's Beauty :D ♥

39 comments:

  1. Rindu jgk kat entry reen. 😊☺

    Bagus reen terus COD ngan customer..sbnrnya lagi mudah macam tu kan. Cstmr pun suka terus dpat barang. 😊

    Smga bisnes reen mkin maju.

    ReplyDelete
  2. Lama menyepi sebab business juga ke Reen?
    Tapi kakak rasa lain kali post ajelah Reen.
    Macam bahaya pulak apa lagi malam tu...

    Jaga diri dik. En Abe Reen pun mesti bimbang juga kan.

    ReplyDelete
  3. Hehe dasyatlah kakreen. Untung customer akak. Hihi. Senang berurusan. Akak meniaga kat mana? Insta ke?

    Nak link? Hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh baiknta reen.. moga sentiada di murahkan rezeki.. done follow ig :P

    ReplyDelete
  5. Rajinnya Reen, thumb up.

    Semoga Reen terus maju jaya dalam bisnes.

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Reen! Jauh tu dari Ampang ke upm. Apa pun semoga lebih dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  7. Hebat Reen
    Semuga bisnes semakin meletop

    ReplyDelete
  8. Baguslah KakReen sanggup merempit demi customer. Hehe

    ReplyDelete
  9. rindu dkt kak reen dan blog jgk.. amboi abe polis tu buat pelik pulak ye. hehe. btw akak mmg kuat berbisnes. semoga akak ditambahkan rezeki dariNYA. amin :)

    ReplyDelete
  10. Oooo Reen ada buat bisnes rupanya. Siqah terjah nanti ur IG :)

    ReplyDelete
  11. Wahh gigih reen x pe renn semoga terus sukses....ramai dah ambil peluang berniaga... nanti nak terjah insta reen ... semoga murah rezeki reen

    ReplyDelete
  12. Waaa dasyat la. Merempit malam-malam. Hope reen terus success ye.

    ReplyDelete
  13. Hehe cuci mata tengok kampus orang. Hehe

    ReplyDelete
  14. Tak pelik Dr ampang ke upm tu reen.. Hehe tp kena hati2 la ye lain kali..
    Semoga berjaya dlm bisnes yer

    ReplyDelete
  15. Jauh jugak la reen oii patot la abe polis tu tercengang :) Tapi bgus la reen buat cm tu. Cust lg prcaya and mgkin akan repeat order lg :)

    Nnt blogwalking eyh bile free :)

    ReplyDelete
  16. wahh..service terbaik..kalau saya jd customer pun, mesti gembira..ada personal touch..

    selamat maju jaya dlm bisnes...

    ReplyDelete
  17. tu le.. lama nau reen tak menaip kan.. hee~

    ReplyDelete
  18. Flat ikan tu memang sinonim dengan student UPM. Itulah tempat melapok time study disana dulu

    ReplyDelete
  19. Uisss gigihnye reen.. jauh tuu.. Hati2 ye utk lain kalinye.. Bahaya tau..

    ReplyDelete
  20. hi kak reen..pelik lama x update..sihat kaa

    ReplyDelete
  21. Cerita menarik. MEREMPIT DARI AMPANG KE UPM MELALUI GERBANG DUA KALI.

    ReplyDelete
  22. Cerita menarik. MEREMPIT DARI AMPANG KE UPM MELALUI GERBANG DUA KALI.

    ReplyDelete
  23. IG tak boleh buka. Katanya page doesn't exist la..😯

    ReplyDelete
  24. sebenarnya yang menyeronok dalam bisnes ini adalah apabila kita buat sesuatu dengan hati yang happy

    ReplyDelete
  25. akak paling takut dan paling tak pandai naik dan bawak motor.. seram.

    ReplyDelete
  26. Reen ni mcm anak sedara hakak...dia mmg berani bawak motor. Hakak mmg penakut. Tapi yelahkan....kalau dah biasa mmg tak de hal punya setakat UPM ngan Ampang tu

    ReplyDelete
  27. Semoga lebih maju dan berjaya yer reen =)

    ReplyDelete
  28. wauu.. semoga bisnes smakin maju..

    ReplyDelete
  29. Reen...rindu nk baca reen update dgn tips...rindu tips2 dari reen...
    Reen sehat tak ni

    ReplyDelete
  30. hi Reen. lama tak nampak Reen di blog . Rindu

    ReplyDelete
  31. kalau nak pos tu, nanti posmen pulak yg pelik. dari ampang ke UPM pun nak pos ke. hehehe

    ReplyDelete
  32. Hai reen..lama x update cite baru..sibok ke

    ReplyDelete
  33. Mak aih! Merempit sorang2 tu sbb abe polis tu ‘pelik’ yang merempit plak lawo 😬😬

    ReplyDelete
  34. haiii kak reen long time no see.. <3

    ReplyDelete