Anak Angkat, Bukan Rezeki Kami Lagi

Semalam.. Ada seorang hamba Allah Whatsapp Reen tanya berkenaan dengan anak angkat. Waktu itu terasa perasaan Reen berdebar-debar.. Adakah kali ini rezeki Reen dan suami? Bisik hati Reen.

Hamba Allah ini adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai anak. Sekarang dia mengandung dan due date dijangka pada bulan 7 ini dan tinggal di Gombak.


Gombak dan Ampang, tidaklah jauh. Kalau rezeki kami suami isteri, mudah untuk kami melawat dan mengikuti perkembangan baby. Dan.. Reen teringin nak tengok suami Reen azan anak angkat kami sewaktu baru lahir. Tentu syahdu..

Kemudian, dia info Reen beberapa syarat yang dia tetapkan.. Antaranya;

  • Boleh buat perjanjian
  • Pendahuluan RM3k
  • Baki RM2k selepas bersalin atau dah dapat baby
  • Checkup dan kelahiran ditanggung kami

Nampaknya, bukan rezeki kami.. Sebab dari awal lagi Reen pernah berbincang dengan suami. Suami Reen tak setuju sekiranya ada bayaran. 

Tidak mengapa, ianya adalah rezeki pasangan suami isteri lain yang lebih berkemampuan dari Reen dan suami. Reen faham.. Bukan niat si ibu meletakkan syarat duit untuk menjual anak. Mungkin si ibu terdesak, ada masalah tersendiri. 

Siapalah kita untuk menghakimi si ibu? Lain orang.. lain masalahnya. Reen doakan agar di permudahkan urusan si ibu untuk mencari keluarga bakal baby yang akan dilahirkan nanti.

Sebelum ni.. Reen dapat chat dari seorang hamba Allah. Kakak ni wakil pihak ke tiga. Tolong si ibu yang telah mengandung 7 bulan. Tetapi.. si ibu ini bukan warganegara. 

Jadi.. Suami Reen tidak setuju. Risau tentang masa depan bakal anak kami.. tentang proses masuk sekolah nanti dan banyak lagi.

Baru-baru ni ada juga dapat satu komen dari hamba Allah ni meminta untuk call. Tapi.. nombor yang diberi tidak valid. Terasa nak menangis pun ada sebenarnya..

Bila agaknya tiba masa untuk Reen dan suami menimang cahaya mata.. tidak kisah anak sendiri atau anak orang lain.. Reen cuma nak menumpang kasih dari seorang anak.. Reen dan suami cuma ingin memberi kasih sayang kami sebagai ummi dan walid kepada bakal anak kami..

Reen teringin nak bangun pagi peluk, cium, ngomol anak Reen.. Reen teringin nak masak untuk anak Reen.. Cerita tentang masak, Reen teringat waktu Reen masak sayur untuk anak buah Reen.

Anak buah Reen panggil Reen dengan panggilan "Ummi". Waktu Reen bagi Eyya rasa masakan Reen, mata dia terbeliak.. Muka Eyya sangat happy. Lepas tu Eyya cakap "Ummi! Sedap..!"

Ya Allah.. waktu tu Reen rasa terharu sangat. Rasa nak menangis.. Pastu Reen terbayang, kalau masak untuk anak-anak Reen.. Tentu mereka suka juga kan? Tentu mereka puji Ummi mereka masak sedap.. Walaupun masak telur goreng makan dengan kicap dan nasi putih. Hehehee

Rindunya nak merasai kehadiran zuriat dalam rumahtangga kami. Walaubagaimanapun.. Reen percaya pada ketentuan Allah. Allah tahu masa yang terbaik untuk Reen dan suami memiliki zuriat. Doakan Reen ya..

Kepada wanita di luar sana yang mengandung, tetapi tak nak anak yang dikandung.. Tolong jangan gugur atau buang di dalam tong sampah.. Ramai sebenarnya pasangan di luar sana yang memerlukan anak awak untuk tumpang kasih sayang seperti Reen dan suami.

Mungkin awak takut.. sehingga membuatkan awak terfikir untuk buat perkara-perkara pelik. Salah satu sebab mungkin juga kerana cemuhan masyarakat. Tidak dinafikah.. Masyarakat Melayu ni pandai menghina.. pandai mengeji.. pandai mengutuk.. Membuatkan perasaan ibu mengandung lebih down. Sepatutnya, masyarakat kita beri semangat.. beri pertolongan mana yang mampu.

Ni nombor Reen +6019-925 5599.. Reen tinggal di Ampang. Anything, boleh whatsapp, call, sms atau tinggalkan nombor awak dalam ruangan komen di bawah dan Reen akan call awak ya.

42 comments:

  1. Mulianya hati kak reen. Mai doakan impian kak Reen dan suami cepat jadi kenyataan. Mungkin dua kali gagal untuk anak angkat ni cuma ujian Allah sebelum dia beri zuriat sendiri.

    Semoga semuanya baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberi rezeki anak suatu hari nanti pada Reen dan suami.

    ReplyDelete
  3. Terharu sungguh hati akk dgn entri reen ni. Terasa kalo akklah di tmpat reen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian ini mengajar Reen untuk lebih bersabar dan lebih kuat serta tabah :)

      Delete
  4. Terkesan sebab pernah terjadi dalam keluarga kakak sebenarnya Reen (kakak ipar kakaklah).
    Bukan sekali bahkan berkali-kali tapi kalau bukan rezeki kita memang tak dpt juga. Sampai pernah kakak ipar kakak tanggung wanita itu dari pregnant 4 ke 5 bulan sehingga melahirkan. Bagi makan yg baik-baik, bayar semua kos tapi bila lahir tak jadi - mungkin dah sayang.

    Ada juga dah ambil budak tu ke rumah 3 hari kena pulang semula pun pernah (akak ada buat entri kisah ini) tak ingat tahun bila. Mak-ayah dia bagi kami siap lagi kami bagi duit ribuan jugalah sebab kesian dia org susah. Tapi tup-tup malam-malam nenek dia nangis-nangis telefon nak ambil balik. Tak sampai hati pulangkan. Masa tu dlm bilik kakak ipar kakak tu dah penuh hadiah/buai/baju/permainan bayangkan. Sedih kan..

    Tapi last dpt juga. Sekarang dan 7 tahun dah budak tu. Sebab masa ambil dah besar.

    Insya-Allah adalah rezeki Reen mungkin anak zuriat sendiri - Reen masih muda. Sabar dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga ya kak.. Dah besar anak angkat kak ipar akak.. :D

      Delete
  5. Allahu.. Alhamdulillah reen, InsyaAllah ada rezeki reen dan suami. Doa, sabar, solat. InsyaAllah.. Akak doakan reen.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, semoga akak dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. Sesungguhnya perancangan Allah tu yang terbaik. Entry yang penuh emosi saya rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik :)

      Setuju.. Perancangan Allah terbaik untuk hambaNya

      Delete
  7. hmm.. sabar ye kak. busyra sntiasa doakan akak. InshaAllah apa yg diimpikan kak reen akan termakbul one day. Allah pasti mendengar doa hambaNYA. :)

    ReplyDelete
  8. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
    Sha doakan semoga impian Reen Allah tunaikan.. Semoga Reen kuat melalui ujian Allah..

    ReplyDelete
  9. Semoga impian Reen ditunaikan-NYa, faham sgt perasaan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah alami juga ya.. In sya Allah. Amiin.. :)

      Delete
  10. insyaAllah reen, Allah dengar doa kita, sentiasa berdoa & mohon kepadaNya, satu hari nanti Allah makbulkan doa kita, zie sentisa support Reen

    ReplyDelete
  11. Sabar yer reen. Inshaallah ada rezeki nanti. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain dlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu.. Banyak sebenarnya rezeki lain yang Allah bagi..alhamdulillah.. :)

      Delete
  12. insyallah akan diberikan rezeki untuk mendapat cahaya mata tu nanti reen.. :)

    ReplyDelete
  13. insyaAllah kak..usaha tngga kejayaan..Allah akan bg bila tiba masanya..^_^ Have faith and be patience ..fightingg!

    ReplyDelete
  14. Saya doakan semoga akak dengan husband akan dikurniakan zuriat yer. Sesungguhnya Allah tuh maha adil..Bila tiba masanya InshaAllah doa akak dimakbulkan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  15. allah...touching betul saya bc entri ni. moga keluarga sis diberikan rezki yg melimpah ruah. amin

    ReplyDelete
  16. I can’t imagine what you must be feeling right now, but I want you to know that my doa is sentiasa for good friends and you.

    ReplyDelete
  17. InsyaaAllah reen kalau ada rezeki tak ke mana... allah takkan menzalimi hambaNya... Dia suruh reen sabar tu...

    ReplyDelete
  18. kalu si ibu bkn warganegara, pasti ada masalah kelak yg menunggu... x pe reen, rezeki reen akan dtg mungkin lbh baik... sy cuba tanya2 kn kwn2 andai ada yg boleh membantu... insya allah

    ReplyDelete
  19. InshaAllah reen satu hari nanti reen akan dikurniakan cahaya mata

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah reen nnt dapat rzeki tu. Allah maha mengetahui. Cuma mek kurang stuju dgn syarat yg ibu tu letak. Bg mek tkde reason untuk dia letak hrga ank dia. Ank pricless ok. Ape pon mslh dia, ank bukan mgsa ntuk dia sttle mslh dia. Entah, bg mek memang tkde ruang lgsung ntuk letak hrga pada ank.

    ReplyDelete
  21. Allahu.. Sabar yerr Reen, maybe rezeki belum tiba, bnyak kan berdoa.. Allah x beri apa yng kita mahu tapi Allah akan beri apa yang kita perlukan.. ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. tpi sedih org tu nk letak bayaran kat anak dia, bnyk kes kat sini, lepas da byar nnti minta duit lagi ada y bulan2 nk duit.. Maybe Allah x beri rezeki anak angkat tp Allah beri rezeki dari zuriat reen sndri.. in sha Allah

    ReplyDelete
  22. Sabar ya Reen bersangka baik pada Allah.
    Mana tahu esok lusa Reen pregnant.
    Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal.
    In Sha Allah

    ReplyDelete
  23. Reen...
    Siqah mengalami masalah yang sama dengan Reen jugak. masih belum dikurniakan rezeki anak. Dah 3 tahun kahwin. Tak dinafikan kita mesti sedih kan bila tengok orang lain ada anak sendiri, manja dengan anak. HUhu. Lagi sedih bila orang asyik bertanya bila nak dapat anak :(

    Insyallah. Moga ada rezeki anak buat Reen nanti. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ada sebabnya kenapa kita masih tak dikurniakan anak. Reen doakan untuk siqah juga ye :)

    ReplyDelete
  24. Dalam keadaan begitu setiap orang yg mengalaminya mesti rasa sedih. Saya turut simpati.

    Kalau kita perhatikan ada lagi orang yg bersedih. Yang belum ada rezki diijab kabul. Mereka lagi tak ada tempat nak mengadu melainkan kepada NYA.

    Ada orang sedih tak ada kasut tetapi bagaimana pula dgn mereka yang tidak ada kaki?

    ReplyDelete
  25. Takpe Reen. Sabar.. In shaa Allah nanti ada rezeki Reen dan suami :) Allah sebaik-baik perancang.

    ReplyDelete
  26. semoga dipermudahkan buat reen dan suami untuk menimang anak nanti...semoga Allah permudah segalanya

    ReplyDelete
  27. Tak pe slow slow Reen, sampai masanya nanti, insyaallah Allah akakn permudahkan urusan anak ni. Setuju jugak dengan cadangan husband Reen tu, kalau anak bukan warga negara, susah jugak nak menguruskan persekolahannya nanti.


    ReplyDelete
  28. Lama x nampak Reen ni singgah blog kita.. sihat ke ? Pasal anak tu, insyaallah ada rezeki Reen nanti .sabar k. Dan yg penting Reen tak putus asa. Zhi doakan Reen dan suami dikurniakan zuriat sendiri suatu hari nanti. Banyakkan berdoa.


    Pasal anak angkat ni, ada org senang je dapat. Mungkin sebab rezeki.
    Takpe, bersabarlah.

    Moga dipermudahkan semua urusan Reen dan suami.

    xoxo hugs~

    ReplyDelete
  29. terkesan dengan entry reen ni. in sha Allah, ada rezeki nanti Allah pasti kurniakan reen anak-anak yang soleh dan solehah. Ameen

    ReplyDelete