Review Train To Busan

Assalamua'laikum..

Hi..!

Baru je lepas keluar dari pawagam One Cinema yang terletak di Bandar Baru, Ampang. Reen tengok cerita Train To Busan dengan adik perempuan, Ika dan bakal adik ipar iaitu Aina.

Tengok wayang dekat dengan rumah je, dah tua ni tak rajin nak pergi jauh-jauh. 😳

Review Cerita Train To Busan

Cerita ni boleh tahan menarik, bila tengok buatkan kita terasa seperti nak berlari, sedih, geram, marah.

Yang paling buat kita sedih adalah tentang pengorbanan seorang ayah, dan pengorbanan seorang suami inginkan isterinya yang sedang mengandung agar selamat sehingga sanggup berkorban nyawa.

Sweet sangat tengok suami ni layan isteri dia. Penuh caring dan gentle.

Dalam cerita ni juga ada seorang manusia yang mementingkan diri sendiri, sanggup tolak orang sampaikan orang tu kena gigit dengan zombie manakala dia dengan pantas berlari selamatkan diri.

Terasa macam nak piat-piat je telinga orang tu. Huh! Cerita ni tak seram sebenarnya, sebab tu genre dalam kategori thriller/action.

Puas hati tengok cerita Train To Busan. Seriously tak rugi.

20 comments:

  1. hehehe.. ada masa dengan kawan nanti bolehla pegi tengok... macam seronok je baca Reen cerita..

    ReplyDelete
  2. aik reen duk ampang ke?

    cmner pawagam One tu ok ke? selalu tgk je tak pernah terpk lg nk masuk situ tgk wyg.. :D :D

    ooo mcm bez je citer train to busan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak orang Ampang juga? Hahahaa yup! Reen duk kat Taman Kosas. One Cinema ok je kalau jenis tak kesah sound system biasa. Hahahaa

      Dan utk orang yang tak rajin mcm reen. ;p

      Delete
    2. ooo.. aah ampang juga.. oo gitu eh.. boleh la nnti try One Cinema ni.. :D

      Delete
    3. Lahhhhhh.. Sangat dekat la kite ni? Hahahaa nanti boleh la jumpa face to face! In sya Allah.. Kot boleh minta tolong ajarkan tentang seo kan kan kan.. Hihihi

      Delete
  3. Okay! Nak tengok! Next week. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi kelakar tngok gelagat si suami.. Syg btul gn isteri dia yang tengah preg. Sampai sanggup dukung masa nak lari dari zombie..

      Delete
  4. Tak.. Sangat tak seram. Hihihi tak de pun bahagian yang buat kite opocot!

    Paling kuman pun rasa macam nak berlari sekali.. ;p

    ReplyDelete
  5. best nih. nk msuk dlm list la. entah sempat ke tak nk tgk dengan wayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihii kalau tak sempat, mek boleh tengok online. ♥

      Delete
  6. meski seramnya tak melebih-lebih, storytelling tetap best

    ReplyDelete
  7. tengok online je semalam...hehehehhe
    memang sakit hati giler dengan pak cik yang pentingkan diri tu...rasa nak hempuk je dengan batu...sib baik sekadar movie...kalau real life, memang dah lama kena bunuh kot...eh, ter-emo pulak...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa reen dengan adik perempuan pun teremo juga dengan pakcik pentingkan diri tu. Serius.. Memang buat orang geram dengan dia..

      Yang lebih buat geram, dia dah tau kena virus zombie.. Sepatutnya terjun la dari keretapi tu. Ini tidak.. Lagi nak gigit orang. Eeeeee kalau tidak lelaki tu masih hidup..

      Delete
  8. Sama lahhhh!!! Benci dgn CEO yang selfish tue !!!!

    ReplyDelete