7 Perkara Mudah Buat Reen Berubah Dari Muka Masam Ke Muka Senyum

Assalamua'laikum.. Hi!

Wah! Panjang pula tajuk topik Reen kali ini. Ianya tajuk paling ringkas yang tiba di benak fikiran Reen buat masa ini.

Setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk gembirakan diri mereka. Ada perkara yang sama dilakukan oleh orang lain dan ada juga perkara yang berbeza.

Hari-hari yang kita lalui tidak semestinya sentiasa di sinari dengan senyuman, tentu akan ada masa kita monyok, sedih, menangis, marah, benci, geram dan banyak lagi!

Perkara Mudah Buat Reen Berubah Dari Muka Masam Ke Muka Senyum

Berikut adalah beberapa perkara yang bagi Reen mudah untuk buat Reen berubah dari muka masam ke muka senyum;


1. Baca Novel

Sejujurnya, Reen tak boleh lupakan punca yang membuatkan Reen bermuka masam bila baca buku motivasi, ilham, ilmiah.

Reen kena baca novel yang boleh buat otak Reen melayang ke dunia khayalan Reen sewaktu baca novel tersebut. Kalau novel yang Reen baca ada unsur kelakar, ianya satu bonus untuk Reen. Bila kita gelak, secara semulajadi otak kita akan rasa lega.

2. Senyum

Yup! Senyum. Perkara yang teramat mudah. Bila kita senyum, otak kita juga menghantar isyarat pada badan untuk lebih cool walaupun senyuman secara paksa. ;p

3. Game

Walaupun Reen dah 27 tahun, Reen tetap sukar untuk tinggalkan satu tabiat ini iaitu main game. Antara game yang Reen suka adalah Death Rising 3.

Fuh! Game ni boleh buat Reen terlebih focus. Kadang suami kat belakang pun Reen tak perasan. Erk.


4. Menyanyi

Walaupun suara Reen bila bernyanyi seperti katak di bawah tempurung dan ada kala seperti suara katon Mickey Mouse, Reen tetap tidak peduli. Nak nyanyi juga.

Tapi lagu pilihan tentulah yang tidak mempunyai unsur-unsur sedih atau yang boleh membuatkan muka Reen dari masam ke cemberut. Hah! Macam mana tu.


5. Video/Filem

Kalau nak menjimatkan data internet hp, Reen akan pergi ke cyber cafe. Haaa lagi murah. RM3.5 untuk dua jam atau yang selalu Reen ambil RM5 untuk 3 jam. Jarak dari rumah ke cyber cafe pun hanya 3 - 5 minit kalau naik Mabam a. k. a scooter kesayangan Reen. Eceh ceh.

Dapat layan YouTube tengok video kelakar. Tengok cerita anime ke, tengok filem latest atau apa-apa filem yang best.

6. Makan atau minum

Bab ini orang perempuan memang suka. Lebih-lebih lagi Reen. Kalau makan, waktu ada duit lebih.. Bolehlah mewahkan diri dengan makan makanan mahal sikit. Pergi Secret Recipes ke.. Mcd ke.. Atau Domino's Pizza perisa Classified Chicken. Fuh. Ini makanan kegemaran Reen.

Kalau tak ada duit lebih, makan sajalah apa yang ada kat rumah. Hehee Kalau bab minuman, sudah tentulah Milo O Ais!!  Minuman kesukaan paling utama sekali. Kalau dulu, Milo O Ais wajib ada. Kadang sehari minum 2 gelas yang 600ml kalau termasuk dengan ais.

Fuh.. Nikmat. Sekarang dah jarang minum. Ye lah, tak elok hari-hari ais. Reen sampai larang suami beli milo gara-gara nak berhenti dari minum setiap hari. Tapi, kalau dah tak tahan sangat.. Reen akan merempit ke rumah ibu ayah, perjalanan lebih kurang 10 - 15 minit.

Ais rumah ibu ayah homemade. Dijamin air bersih. Kui kui kui. Dapatlah Reen minum 1 gelas besar 800 liter. Heh :p

Dan akhir sekali sudah tentulah..

7. Solat atau mengaji

Hah. Ini perkara paling mustajab sekali kalau buat. Tapi solat, kena betul-betul khusyuk. Kalau tidak..

Otak berangan ke tempat lain, kadang sampai berangan ke Kundasang (gara-gara teringin nak rasa cuaca sejuk)  walaupun tengah mendirikan solat. Eh eh.

Kalau mengaji, in sya Allah boleh fokus tanpa bercampur aduk antara personal dan mengaji.

Inilah 7 perkara paling mudah untuk Reen berubah dari muka masam ke muka senyum. Kalau korang, bagaimana pula caranya? Cer cita.

16 comments:

  1. baca novel tu cheq hanie selalu buat rasa terisi masa dari pk perkara-perkara yang membuat mood kita hilang..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat..! Dapat novel yang buat kita syok sendiri, gelak dan senyum sorang-sorang lagi best.

      Delete
  2. kalu zie, coloring
    conteng la sepuas2 nya, mula2 buruk menunjukkan kita marah, benggang. tak lama tu lukisan kita jd cantik sebab tb2 mood jadi ok balik..haaa gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie minat melukis dan mewarna ya. Lama dah Reen tak melukis.

      Zie ada up entry lukisan atau mewarna yang Zie buat sendiri? Moh le share. Tinggalkan link kat sini. Boleh Reen tengok <3

      Delete
  3. Betul tu Reen kalau ngaji dpt fokas sbb nk betulkam tajwidlah dan segala sebutan biar betul tapi tang solat tu kdgkala ada jugak dtg angin melayang2 entah kemana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Pelik kan kak. Kenapa solat kerap susah nak focus.. Tapi bila mengaji, alhamdulillah boleh kusyuk.

      Delete
  4. Dari muka masam ke bersenyum itu perbuatan positif. Tidak salah kita senyum sebab senyuman itu sedekah n manalah kita tau senyuman berikutnya dpt memikat se seorang. Tak pernah kita dengar orang senyum kena bayar kalau begitu kita keraplah senyum mungkin senyuman kita hari itu merupakan senyuman terakhir yg dapat pada se seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin... Betul jugakan awak. Walaupun orang pandang pelik bila kita sedekahkan senyuman, tak pe. Yang penting kita senyum..

      Delete
  5. kalau dengar lagu atau celoteh dj radio mungkin boleh tergelak senyum. tapi mila paling suka dengar lagu hindustan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Hindustan ya. Hihi Kalau Mila duduk kawasan rumah Reen ni, hampir setiap hari Mila akan dengar lagu Hindustan.

      Jiran Reen seberang jalan, pagi bukak lagu Hindustan.. Petang pun buka. Kuat pula tu.. Reen risau esok lusa nanti Reen tak leh tahan, terjoget kang.

      Delete
  6. Samalah kak Reen, mai pun sampai sekarang layan game, sampai tak perasan sekeliling dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi mai kalau sedih sangat Mai tidur je, hehehe... Lepas bangun tidur cari makanan....

      Delete
    2. Hahahaaa Mai selalu main game pe..? Meh nak tau juga. Kot bestkan.. Boleh akak join sekali.

      Mai jenis mudah tidur ya? Best kalau mudah tidur ni.

      Delete
  7. mek suka semua di atas ! cuma yg ke cybercafe tu je blom mek tk buat lg. tp tu jugak la slh satu sbb mek tak beli laptop. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa kenapa..? Sebab Mek nak elak dari main game ya?

      Delete