Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Assalamua'laikum.. Hi!

Cerita malam tadi.. Suami bawa Reen ke Neighbours Cafe. Agak surprise sebenarnya masa pergi sini, sebab Reen ingatkan makan kat kedai tomyam. Waktu tu dalam kepala dah terbayang-bayang ikan kembung atau ikan siakap masak stim.

Fuh! Marvelous! Teringin nak makan lauk masak stim kat kedai Hana Tom Yam di Bukit Indah. Tapi.. Sangkaan Reen meleset apabila suami terus masuk lorong sebelum lorong Hana Tom Yam untuk ke Neighbours Cafe.

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Ok juga makan kat Neighbours Cafe sebab mash potatoes Neighbours Cafe ni memang sedap! Selalunya bila kami ke sini, menu yang kami akan order sudah tentu Chicken Chop berkuahkan mushroom. Seriously guys, kuah mushroom Neighbours Cafe memang awesome! Sangat sedap!

Pastu makan sekali dengan mash potatoes bersama dengan kuah mushroom, pergh! Lagi bertambah-tambah sedap! Favorite Reen. Hihihi Rasa mash potatoes Neighbours Cafe ni sangat unik bagi Reen. Lain dari yang lain dah sudah semestinya sedap.

Kalau boleh, nak jadi tamak dan order mash potatoes sahaja untuk take away. Tapi.. Risau membazir. Muahahahahaa Kenyang!

Suasana dan deco Neighbours Cafe pun selesa. Kadang tu kalau dinner, environment rasa macam ala-ala kat luar negara.

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Once dah decide order, terus ke kaunter untuk bayar dan kemudian mereka akan siapkan order. Nanti mereka akan hantar terus ke table.

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Inilah menu kami malam tadi. Reen dah agak lama tak makan mash potatoes di Neighbours Cafe. Jadi.. Bila dapat rasa, emmmmmph! Terasa nikmat! Tak tahulah bahan apa yang mereka letak sampaikan rasanya macam ada something bahan yang membuatkan mash potatoes ni jadi sedap. Macam susu, tapi bukan.

Reen ni tak pandai masak, jadi Reen tak dapat detect bahan apa. Kalau yang pandai masak, chef, atau biasa masak masakan western, tentu dapat detect.

Neighbours Cafe, Taman Bukit Indah, Ampang

Suami menikmati order dia lagi satu. Reen tak pasti namanya. Sedap juga! Kuah macam kuah dal, tapi bukan. Eh. Confuse! Hehee ;p Datang sini mai makan dan rasa sendiri ya.

Lokasi Neighbours Cafe senang je, betul-betul barisan kedai dihadapan Masjid Bukit Indah. Alamatnya : 17, Jalan Medan Bukit Indah 2, Kosas 5 Residence, 68000 Ampang, Selangor. Oh.. sebelum Reen terlupa, Neighbours Cafe adalah restoren orang kita.. Jangan risau, ianya in sya Allah halal belaka.

Dan di Neighbours Cafe juga, selama Reen makan di sini.. Belum pernah lagi Reen jumpa pekerja warga asing. Pekerja disini semuanya orang Melayu, layanan pun memuaskan, tak sombong dan pantas. :) Tandas disini pun bersih..!

12 comments:

  1. Kalau dah chop sedap mmg tak rugi le datang selalu ye Reen hihi...
    Tapi hakak tengok mcm sikit jer hidangan tu Reen. Dasar pelahap haha....

    Habis tu bila pulak nak pekena siakap stim tu. Katanya teringin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi dlu waktu bekerja boleh la kak dtg slalu.. Skrg dh jadi suri rumah.. Banyak berjimat.

      Siakap stim tu.. Kena tggu green light fari encik suami.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. In sya Allah.. Ade rezeki lebih nanti blh dtg merasa.

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau dkt skrg tentu mila dah pergi juga kan kan hihihihi

      Delete
  4. Huhuuu.. kenapa ramai sangat pulak citer pasal Neighbours cafe di taman bukit indah nie..
    boleh la try bila gaji nanti hehehehe// :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak duduk ampang juga ya? Environment kat sini best.. Hihihi

      Delete