Assalamua'laikum.. Hi!
Zaman serba moden sekarang ni ada pelbagai cara untuk kita bersenam lebih-lebih lagi di dalam rumah. Bila tengok orang lain bersenam Zumba, aerobic.. Reen pun teringinlah juga nak join. Tapikan.. Reen kurang berkeyakinan diri untuk senaman Zumba kat luar.
Salah satu sebab, pakaian. Reen tak ada pakaian sesuai untuk senaman yang mengikut adab muslimah. Kalau ada pun, kena pakai sweater atau cardigan. Ermmm.. kurang selesa senaman pakai sweater atau cardigan. Alasan semata-mata. Sebenarnya malas nak keluar rumah. ;p
Lagipun, senaman Zumba ni ada masa gerakan tubuh badan agak nampak seksi dan menggoda. Betul tak?
Lagipun, senaman Zumba ni ada masa gerakan tubuh badan agak nampak seksi dan menggoda. Betul tak?

Ini hanyalah pendapat 10 sen Reen, minta maaf andai ada yang terasa. Mana tau kot ada pembaca yang join Zumba. Ampun ya.
Ok, tips yang Reen nak cerita ni serius mudah sangat.
1. Just Dance Now
Pernah dengar apps tentang Just Dance Now? Ianya adalah satu apps percuma khas untuk menari. Korang boleh menari seorang atau beramai-ramai dengan ahli keluarga, anak-anak, kawan-kawan.
Best juga tau! Layan. Cara nak guna pun mudah. Korang hanya perlu ke website Just Dance Now, masukkan digit no yang diberikan dan taraaaa! Akan keluar paparan lagu-lagu pilihan untuk korang.
Lepas tu, pilih lagu, pilih nak orang mana kalau lagu tu menari lebih dari seorang dan boleh mula menari. Korang kena pegang hp kat tangan kanan sambil menari untuk detect gerakan badan korang. Dari situ akan keluar berapa banyak score korang dapat.
Tarian korang samaada bad, good, perfect.
2. 7 Minute Workout dari Lumowell
Reen suka guna mobile apps dari Lumowell. Gambar jelas, arahan pun jelas dan mudah faham. Bukan hanya workout 7 minit je, ada banyak lagi yang Lumowell offer seperti untuk kempiskan perut, mantapkan punggung dan lain-lain.
3. Video
Ini cara yang Reen kerap guna sekarang. Reen akan download video workout dari YouTube, siap je download. Buka video dan mula senaman.
Korang boleh pilih video senaman mengikut citarasa korang. Mungkin ada yang suka lebih kepada menari dan mungkin ada yang suka lebih kepada senaman biasa.
Antara video workout yang Reen download.
Senaman ni serius baru buat sikit Reen dah tercungap-cungap. Penat! Nampak sangat jenis jarang senaman. Heheheee Sebab tu la walaupun umur ni baru 27 tahun, tapi badan terasa macam 72 tahun!
Antara sebab kenapa Reen prefer senaman di rumah, Reen tak perlu risau kalau nak melompat ke, nak menari gaya seksi ke, menggoda ke, tunggang terbalik ke.. Tak ada yang nak tengok. Kalau ada pun, hanya encik suami.
Dan.. Bila senaman dirumah, pakaian bebas. Horeee! Korang pula, prefer senaman kat rumah atau luar?
sharing yg sgt bagus..
ReplyDeleteTerima kasih zie.. :)
Deletelagi prefer senaman dalam rumah. nak pakai baju pape senang. Cik Renex hari tu pergi zumba,ada pulak lelaki yang join. terus tak datang dah esoknya.
ReplyDeleteHahahaa aa.. Sekarang ramai juga lelaki join Zumba.. Yup. Kat rumah pakaian bebas, kadang kalau Reen buang tebiat. Pakai je ala-ala omputih.
DeleteBerangin je rasa satu badan hahahaa
Selalunya Renex senaman yang macam mana kat rumah? Menggunakan apps juga?
DeleteSalam Jumaat Reen,
ReplyDeleteRamai orang bersenam tapi lebih ramai yg berniat aja. Orang bersenam ingin dpt figure yg comel. Tidak salah tujuan tu tapi saya bersenam bertujuan untuk mendapat berat badan yg sihat. Berat badan yg sihat dapat mengurangkan risiko diserang beberapa penyakit. Senaman memberi tenaga. Senaman mengubah mood.
Sebelum Reen bersenam, tanya dulu diri sendiri, "why do i exercise?"
Jom kita bersenam.
Reen senaman sebab nak sihat juga serta untuk membuang lemak bahagia di bahagian perut. Hehehe :D
DeleteEh lupa. Waa'laikumsalam Jumaat..
DeleteNo 1 tu macam. Kapet dance jak kan.. Rindu pulak time kecik2 g tempat main game.. Main kapet dance. Tapi unni pun suka senaman kat rumah jak. Nk klur memang malas tahap dewa, buat kat umah lantak la nk jadi apa kan.. Janji menari.. Hhahahh
ReplyDeleteHahaha betul unni. Lantak kan aje. Hihi
DeleteKena ada geng Reen baru best hihi...
ReplyDeleteTapi betul boleh buat kat rumah. Tapi kakak ni aduhai entah bilalah nak buat semua ni.
Hahaaa aa kak. Ada geng bertambah best dan meriah kan kak. Hihihi
DeleteGeng bas sekolah.
DeleteKakzakie,
DeleteKalau tak mula bila nak start.
Alia pun banyak je sebenarnya save video cenggini lepastu buatnya kejap je lepastu tinggal hahaha XD
ReplyDeleteHahahaaa sama! Kita geng :p
DeleteHari tu pun download video bukan main banyak, senamannya buat sekali je. Hampeh sungguh.. Hihi
Nice tip reen.
ReplyDeleteIngat lepas bersalin nnt nk join class zumba yg pompuan2 ja...
Sebab ye la tak reti sgt nk zumba sorgw kt umah ni
Hihihi boleh je join.. Zumba rmai2 memang best. Cuma untuk Reen.. Agak mengada. Tak semua style Zumba berdancing yang Reen suka. Tengok jurulatih..
DeleteOo dah ade apps eyh skarang ni? Mek tk tgk lg --' hihi. Tppp, mek suka senamrobik ! Cuma masa je yg tk ckup ntuk pegi. Preg camni pn, klau ade senam robik dkat ofis, mmg mek join :)
ReplyDeleteHihihi senam kat office lagi best.. Ada geng kan mek kan.
DeleteBestnya app no 1 tue. Just dance! Kalau siqah pun prefer di rumah je. Lagi selesa. Cuma kalau senamrobik atau zumba, siqah suka kalau ramai2. Tapi tu lah, masih tak jumpa gym wanita berdekatan rumah.
ReplyDeleteSusah yunk nak jumpa gym wanita.. Kalau g gym, confirm akan ada lelaki..
DeleteMai suka senaman kat rumah, tapi teringin nak pi gym , kadang2 mama ngan abah pun pergi gym tau, tapi tak bawak kitorang,hahahaha.
ReplyDeleteMai suka bersenam sambil menari, sbb tak da la rasa stress sgt senaman tu, pernah konon-konon nak tiru tarian dari youtube, tapi mmg tak dapatlah, kaku gila badan, last2 buat ikut sedap rasa jelah asalkan berpeluh, hahaha.
Kalau mama gn abah mai g, ape lagi.. Selit je pergi sekali. Hahahaa
DeleteBetul juga tu.. Jadi la mai, asalkan berpeluh juga hahaa
dekat rumah memang selesa kalau nak bersenam,tak ada siapa duk perati masa kita tengah terlompat ke lari ke apa2,tapi yang tak best tak ada alat mcm dlm gym melainkan kalau kita mampu.. huhu.. tapi tak ada masalah pun kalau tak pergi gym,buat kerja rumah lain pun dah boleh dikira ersenam asalkan berpeluh.
ReplyDeleteHihihi yup.. Kadang kemas rumah pun berpeluh.. Lagi2 waktu kaw2 mengemas..
DeleteSelalu kemas susun barang, menyapu. Ini kalau kemas kaw2.. Kena mop, lap habuk bagai.
menariknya post ni.. apps yg reen bgtau tu saya tak pernah tau pun.. hehe.. salam perkenalan..
ReplyDeleteSalam perkenalan.. Hihi nanti leh tengok2 apps ni.. :D
DeleteSaya suka kalau tengok video. Lagi bersemangat!
ReplyDeleteSama! Hihi
Deletehaaa...cam best tu app just dance now! tp x bleh buat kat kg la..nnti mak kata buang tebiat plak ..haahaa..kalo kat rumah sewa plak segan lak ngn kwn2 =.=
ReplyDeleteHahaah slumber je..
Deletesy kn penah pasang klip video penyanyi2 korea pastu tiru diorg punya tarian ...fuhhhh konon nk senaman tp pastu semput...bkn menari betul2 pun tu pun dah rs nk patah pinggang heheheheh
ReplyDeleteHahahaa pun boleh juga tu.. Yg penting, layan. Memang penat anies.. Nampak sangat kita jarang senaman. Kantoi. Heh :p
Deleteheheheh..boleh buat kt rmh ni
ReplyDeleteBoleh cuba.. Mane tau leh enjoy senaman gini :p
DeleteKinah pun senam kat rumah depan anak. Itupun kalau rajin la hehe
ReplyDeleteHihi anak ada ikut senaman skali? :p
Deleteadik paling tak suka senaman.. hehe. malas.. tapi cara ni boleh try. tq akak. :)
ReplyDeleteHahahaa tapi nanti kalau dah terasa badan tua, macam akak.. Kne start senam dik..
DeleteMrs.A kalau kat rumah lain senamannya Reen membasuh, memasak ha tu senaman Mrs. A.
ReplyDeleteMrs. A suka outdoor contoh joging kat sekeliling taman ataupun pergi kompleks belia dan sukan Paroi
Yang kat rumah tu memang wajib tu kak.. Tak termasuk lagi senam atas katil. Eh eh.
DeleteReen,
ReplyDeleteNext week i am going to 0saka, Kyoto and Jeju for two weeks. Saja beri tau. Saya rasa u dah tau kan?
Ye Adam.. Tau pergi Japan.. Tapi baru tau pergi kawasan mana.. Hihihi
DeleteBaby girl Adam ikut sekali..?
Ikut sama.
ReplyDeleteJom pergi sama2.
DeleteTemplete ni kita tak boleh buat sendiri ke?
ReplyDeleteMaaf,
ReplyDeleteSaya selalu sangat keluar tajuk. Sorry.
Tak boleh buat sendiri.. Kena beli. Murah je Adam.. RM40 something. Pada Reen, berbaloi guna.. Banyak2 template yang Reen beli, ni paling ngam dengan citarasa Reen. Eceh ceh ceh.. :p
DeleteWah! baby girl ikut sekali.. Comel tengok gambar baby girl. Dengan bulu mata lentik.. Ya Allah. Rasa nak kiss kiss je pipi tembam baby girl Adam.
Uish.. Adam ajak g Japan macam jaraknya dekat. Fuh. Sekarang musim winter kan kat sana? Bestnya dapat tengok salji life depan mata.
Salah satu impian Reen.. Nak tengok salji jatuh macam hujan. Dan.. Bercuti waktu musim luruh. In sya Allah.. Doakan Reen ya agar dimurahkan rezeki untuk ke sana.
Xpe.. Reen faham :)
1. Saya tanya je pasal templete. Nak buat memang tak tau. Entah apa nasib saya dulu, bila create blog biar lembu ni, terus jadi. Saya tak tau pun apa itu templete, seo n lain2.
ReplyDelete2. Saya dah salah guna ruangan entry ni. Sepatutnya saya guna untuk mengulas entry tapi saya 100% terkeluar dari tajuk. Nanti pembaca marah. So, lepas ni saya tak respons kat sini melainkan tujuan mengulas. (Saya reply ni pun sementara tunggu nasi sampai ke meja).
3. Last sekai, walaupun catatan saya ni keluar tajuk tapi minda terasa lapang sebab ulasan yg luar tajuk ni saya tidak menganggap or i take nothing personally.
4. Tak sabar nak komen your new entry. (Kita akan tau seseorang melalui komennya. Betul tak?)
5. Saya mengomen kat mana2 entry pun panjang2 serta berhati2. Berhati hati disebabkan terlalu banyak blogger yang hebat add blog saya ke bloglist mereka. Kalau blogger2 tu hebat, pembaca mereka pun hebat2. So, saya kena cermat bila setiap kali mengulas.
DeletePada Reen.. tidak menjadi masalah asalkan tak de komen yang berunsurkan negative.. Mengumpat perkara yang tidak masuk akal..
DeleteReen , Nadia pun suka workout dkt umah je . On youtubr dan exercise . Tapi sekarang dah malas tue 10kg mission Nadia hari tue failed =(
ReplyDeleteLama tak nampak Reen dkt blog Nadia . Hihi . Sebab blog Nadia loading lambat kan bila masuk ? =( ... tak tahu lah kenapa and how to fix it .
Blog nadia.. Lambat load kt hp je. Tp ada masa laju juga. Rasanya.. Nadia kena tukar template.
DeleteBlog Siqah dah laju lepas tukar template baru..
Reen tak singgah sebab sejak dua menjak ni Reen dah jarang sangat online blog. Otak Reen tengah tepu dear.. ;p
Banyak blog Reen tak blogwalking lg.. In sya Allah dalam masa terdekat ni akan blogwalking..
Nadia rindu kat Reen ya? Hihihi
sukeee!pernah try wat plank kt rumah..sudahnye dua2 ank duk panjat ats..hehe
ReplyDeleteSekarang ni banyak apps yang bolehkan kita workout tanpa perlu keluar rumah kan,..
ReplyDeleteSalam kenal. Done follow sini :)
Keren, itu mah perlu tuk dilakukan setiap hari dirumah
ReplyDeleteagar tubuh jadi molek indah lagi bak anak muda
regards
senam sehat