Pada malam minggu lepas, Reen dan suami dating di lokasi yang agak popular iaitu Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park yang terletak bersebelahan dengan Avanue K dan KLCC. Dalam entry ini Reen akan ceritakan pengalaman Reen semasa dinner di Tapak Urban Street Dining.


Sebelum ke Tapak Urban Street Dining, Reen ikut suami ke KLCC terlebih dahulu sebab suami ada perbincangan dengan staff. Dari Ampang untuk ke KLCC, sudah semestinya kami akan lalu di jalan Ampang.
Sementara tunggu suami habis perbincangan, Reen pun jalan-jalan dalam KLCC. Puas juga fikir kemana Reen nak jalan-jalan dalam KLCC yang tak membosankan? Dan waktu itu barulah Reen ingat kat atas sekali ada kedai buku Kinokuniya.
Puas juga berjalan dalam Kinokuniya, tengok buku itu. Tengok buku ini. Suami habis perbincangan lebih kurang pukul 7:30 malam, kami pun terus gerak ke Tapak Urban Street Dining. Kalau dari KLCC memang dekat sangat. Jalan kaki lebih kurang 5 minit.
Parking kat sini, sejujurnya agak limited. Jadi yang naik kereta tu, mungkin akan agak sukar untuk cari parking. Kalau tak jumpa parking, korang kena park dalam Avanue K atau Hotel Corus.

Kawasan Tapak Urban Street Dining membentuk bulatan dimana, lori akan perking style bulatan dan ditengah-tengah adalah tempat duduk untuk pengunjung.
Nampak meriah kan? Suasana disini lepak waktu malam just nice. Reen suka tengok lampu-lampu yang tergantung tu. Waktu ni masih tak ramai lagi, ye lah. Baru lebih kurang jam 8 malam.. Dan waktu ni hujan rintik-rintik. Alhamdulillah sekejap je.
Tempat duduk yang Reen pilih tidak berpayung. Kalau hujan tu, berlarilah kami suami isteri cari tempat berteduh.

Reen just beli air manga dan suami pula beli satey kambing disebabkan kami berdua masih kenyang makan kat KLCC sebelum ke sini.
Di Tapak Urban Street Dining, mereka menerapkan makan dan kemas. Selesai makan, kita kena kemas sendiri dan buang didalam tong sampah yang disediakan. Pada pendapat Reen, amalan ni sepatutnya kita terapkan dari dulu lagi. Barulah Malaysia ni nampak bersih.
Jangan terlalu MANJA dengan mengharapkan ada orang lain yang akan bersihkan sampah sarap yang diri sendiri buang kat tempat yang tidak sepatutnya.
Sampai sini saja review Reen tentang Tapak Urban Street Dining. Korang dah pernah pergi? Ada buat entry berkenaan Tapak Urban Street Dining? Moh share link, Reen nak baca.. :D
tiap-tiap minggu lalu depan KLCC tu tapi akak baru tahu pasal tempat ni. ketinggalan bas betul,heheh.
ReplyDeleteMungkin akak lalu waktu siang.. Tempat ni buka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.. :)
Deletemcm havoc je tmpt ni,
ReplyDeletesepatutnya amalam dah makan,bersihkan sendiri tu terapkan dr dulu lg kan, org lain nak makan pun tempat dah clean, tak pyh tggu org dtg bersihkan meja..huhu
Aa Zie.. Orang Malaysia terlalu mengharapkan pada tukang bersih untuk buat kerja2 pembersihan ni..
DeleteSesuai untuk warga kota, lebih banyak pilihan tempat untuk makan-makan dengan cara berbeza.
ReplyDeleteAnyway thank you for sharing Reen.
Kat KL ni macam2 tempat mknan dan environment ada kan kak Mrs. A. :D
Deletebestnya kak reen. sedap tak akak makanan disini? makanan foodtruck ni selalnya sedap!
ReplyDeleteAkak makan satey kambing dengan air manga je dik.. Xsedap. Hahahaaa salah pilih menu..
DeleteFood truck macam ni tengah trending kan sekarang. Kena cuba juga lah nanti
ReplyDeleteBetul.. Trending. Mudah pun mudah untuk mereka yang berniaga..
Deletewahh baru tahu pasal tempat ni reen!..huhu...even laluan tu..kiki..btw irda tag reen satu giveaway,join ya babeh..good luck dear
ReplyDeleteTerima kasih dear! Akan Reen terjah lihat giveaway yang Irda tag
DeleteMai pernah pergi food truck dekat Dataran Merdeka last year je, hahaha, best sebab meriah tp harga boleh tahan juga la :P
ReplyDeleteDataran merdeka pun ada ya Mai. Akak dah lama tak lepak sana.. Kui kui kui. Sana ramai orang lepak kan lebih2 lagi waktu malam minggu..
Deleteooo ada tempat baru eh.. lama pula tak jejalan malam dkt klcc ni.. haha..
ReplyDeletetp ari tu balik tak sempat nak makan abc durian dkt klcc kedai makan penang tu little penang ke nama dia dpn booth faber castle tu -.- sedap ooo..
Depan booth faber castle.. Dalam KLCC ya? Alamak. Reen xigt ada booth faber castle. Maklum lah.. Nenek a. K. A Reen dah tua ;p
Deletetingkat atas sekali tu sebelah stadium tu.. aah dalam klcc..
DeleteBetul tu reen. Amalan kemas sendiri selepas makan patut diterapkan dari dulu lagi. Okay jugak food truck ni. Boleh cuba kalau siqah ke area sana nanti :)
ReplyDeleteBarulah Malaysia ni kemas dan bersih kan kan.
Deletedekat area umah sy pun dah ada tapak mcm ni...tiap2 mlm meriah esp sabtu ahad...
ReplyDeleteWah. Malam minggu ya anies.. Senang untuk anies. Agak2 malam lapar, leh lepak sana sambil mamam :)
Deletebaru tahu wujud tempat mkn ni.. KL mu tgu aku dtg..hahahahaha
ReplyDeleteDatang kl jangan lupa singgah sini :D
Deletebest best. kat ipoh pun ada tp lom sempat nak terjah lg.
ReplyDeleteHihihi nanti singgah, boleh snap gambar dan up dalam blog
Deletetak pernah pergi lagi.
ReplyDeleteAlang2 pergi KL nanti boleh singgah.. Cuba environment kat sini :D
DeleteFood truck galore la nampaknya tu.. mesti sedap2 semua makanan.. memang betul pupuk rakyat malaysia macam jepun kemas dan bersih ..
ReplyDeleteReen rasa satey kambing.. Biasa je. Lagi sedap lamp chop yang grill tu dari satey. Uhuhu
DeleteKalau Reen tak bagi tahu mmg hakak tak tau Reen.... Yelah hakak ni mmg makcik makcik sangatkan haha.... jarang sangatlah pergi KLCC tu. Hakak pergi hala belah belah Putrajaya jer selalunya.
ReplyDeleteHahhaaa kak.. Reen pun sama je macam akak.. Ni tau pun sebab suami bawa. Kalau tidak.. Tak tahulah bila akan tahu :p
DeleteRitu pun jenjalan di klcc jumpa kedai buku yg reen cakap tu, tapi lalu sebelah sambil jeling je haha.
ReplyDeleteOrg bujang, pasangan muda sukalah tmpt2 camni, bg akk yg dah tuo ni pi mkn kt gerai tepi jalan pun ok je.
Tapi nmpk menarik juga tmpt tu. Lebih2 lagi konsep kemas sendiri tu. Nak tau reen, tuan guru akk ajar supaya kami susun pinggan supaya senang orang kedai nak kemas, dia kata memudahkan kerja orang tu berpahala dan kita mengembirakan orang juga sebenarnya.
Betul kak.. Cara ni juga Reen sangat sokong dan sangat setuju. Kita permudahkan orang.. In sya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita pula.
DeleteHaaa. Bleh try ni. Tp time mek nk pegi tu ade lg ke tak benda ni. Hahah
ReplyDeleteAde kot.. Hihihi rasanya kalau byk sambutan.. In sya Allah lama TAPAK ni akan bertapak :D
DeleteReeen, wow banyak entri Reen update. Last nadia baca masa tue Reen share pasal kfc chezzy onion tue . Ke nadia yang dah lama tak terjah sini ? Hihi
ReplyDeleteHaaa~ kawasan food truck nie nadia ada perasan gak everytime singgah klcc tapi tak kesampaian nak try makan . Kawasan food truck yang Nadia pernah singgah makan dkt Shah alam je . Hihi
Kat shah alam pun xpe.. Yang penting pernah merasa juga hihihihi
DeleteTerima kasih Reen kerana sudi luangkan masa utk tulis tentang TAPAK. Kami mengharapkan support yg berterusan. Dan terima kasih jugak kerana mempromosikan budaya jaga kebersihan di TAPAK. We need more Malaysian like YOU. Sila datang lagi yer.
ReplyDeleteIn sya Allah.. Terima kasih juga. :)
Delete