Assalamua'laikum.. Hi!



Korang nak tau, baju-baju yang ni semua kita boleh pakai tau! Tapi untuk muslimah, beli dan pakai untuk suami di rumah. Haaa.. Risau tak sempat tunggu malam suami dah ajak menjalankan tanggungjawab bersama.
Pejam celik, pejam celik.. Penghujung tahun hampir tiba. Kemudian, bermulalah tahun baru iaitu tahun 2017. Sungguh cepat masa berlalu kan?
Bercerita tentang tahun baru, bermakna Tahun Baru Cina pun bakal tiba iaitu pada 28 Januari 2017 dan semestinya, warna tema paling popular bagi Tahun Baru Cina adalah merah.
Selain daripada cheongsam, terdapat pelbagai pilihan red dress design untuk wanita yang terbaru dan bergaya moden untuk Tahun Baru Cina di pasaran. Ada masa sampai rambang mata nak pilih! Sebab terlalu banyak pilihan lebih-lebih lagi untuk wanita.
Jom kita tengok antara koleksi baju cantik, menarik, tertarik, bergaya dan fuh! Menawan untuk Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

Reen suka baju ni! Kalau kita kreatif, kita boleh gayakan memenuhi dengan konsep muslimah. Dress Bluesky Love Sweet Escape ini tidak menampakkan bentuk badan. Boleh ditambah dengan inner untuk menutup warna kulit kut kalau tudung terbang kena tiup angin kan.
Lepas tu gayakan sekali dengan tudung berwarna merah dan seluar yang tidak ketat. Kan cun!
Mungkin ada yang di pejabat buat event untuk Tahun Baru Cina dan bertemakan red dress, haaaa. Bolehlah gayakan baju ni!
Bluesky Love Sweet Escape Off Shoulder Dress

Reen suka baju ni! Kalau kita kreatif, kita boleh gayakan memenuhi dengan konsep muslimah. Dress Bluesky Love Sweet Escape ini tidak menampakkan bentuk badan. Boleh ditambah dengan inner untuk menutup warna kulit kut kalau tudung terbang kena tiup angin kan.
Lepas tu gayakan sekali dengan tudung berwarna merah dan seluar yang tidak ketat. Kan cun!
Mungkin ada yang di pejabat buat event untuk Tahun Baru Cina dan bertemakan red dress, haaaa. Bolehlah gayakan baju ni!
Zalora Asymmetrical Hem Off Shoulder Dress

Zalora Lace Pieced Dress

Zalora Crochet Lace Fit & Flare Dress

Korang nak tau, baju-baju yang ni semua kita boleh pakai tau! Tapi untuk muslimah, beli dan pakai untuk suami di rumah. Haaa.. Risau tak sempat tunggu malam suami dah ajak menjalankan tanggungjawab bersama.
yang lace tu cantik, bila pakai merah sebatu boleh nampak hahaha...
ReplyDeleteHahaaha yang lace tu untuk muslimah macam kita, pakai untuk suami lagi bertambah cantik kan Mila.
DeleteSilap haribulan, suami suruh terus masuk bilik. Jalankan tanggungjawab.
ayat last tu paling win reen.. Hahahahaha, Unni xda lagi jubah kaler merah, orang hitam mana sesuai kot
ReplyDeleteUish.... Sesuai Unni. Tak kesah warna kulit apa pun, tetap cantik dan sesuai. Yang penting, keyakinan diri.
DeleteBila kita nampak confident pakai sesuatu pakaian, ianya akan nampak menarik dan cantik.
Saya tak tau kadang2 bila saya send atau jawab komen bila send nmpak mcam tak pergi. Kadang2 lambat. So saya jawab komen reen kat sinilah:
ReplyDeleteDua garisan tu memang sama panjang tapi nmpak tak sama panjang.
Gambar no. 2 dan 3 tu saya nampak orang lidi bersilat. Saya terbalikkan hp, saya masih nampak orang lidi menari di hujung bilik.
Gambar no 4 tu sebelum ni saya nampak memang pembungkus nasik lemak tapi tadi ada bentuk layang2 pulak.
Gambar yg kelima tu mungkin persepsi terletak pada tulisan tu. (Untuk merancang keluarga, kena ikut jslan belakang).
Mungkin kita berbeza tanggapan tapi kita sependapat iaitu kita menghormati pandangan yg berbeza. Insyaalah silaturahim terjaga.
In sya Allah.. Amin.. Tapikan awak. Pandang awak dan pandangan saya ni jauh menyimpang sangat. Hahahaaa saya punya penglihatan nampak lebih kepada bentuk badan wanita.
DeleteAih.. Malu nak cakap. Walaupun dah rotate hp ke kiri, ke kanan, upside down.. Tetap gambaran yang sama.
Hehehee betullah tu. Tak semua mempunyai buah fikiran yang sama.
Anak saya ada tunjuk satu lukisan. Cantik. Saya kata lukisan tu gambar vase tempat orang letak bunga. Anak saya kata itu gambar dua orang berpandangan. Dia pun kata memang ada vase untuk letaknbunga. Sampai sekarang saya tak nampak gambar dua orang berpandangan.
DeleteSaya bukan rabun warna. Lukisan tu memang berwarna warni.
DeleteHahahaa kelakar pula saya baca tentang cerita awak dan anak awak. Comelnya...
DeleteBijak anak awak ni.. Sebab boleh nampak vase dan orang berpandangan.
kat atas tu nanti saya baca. Nampak menarik macam tuan punya entry.
ReplyDeleteMacam mna ada dua komen serupa
ReplyDeleteHahahaa Reen pun tak tahu. Tak pe.. Reen padam satu komen yang terdouble tu ya.
DeleteMerah itu seksi reen hiii.. rasa dah nak dekat dah raya cina
ReplyDeleteYup.. Seksi. Hihihi Cepat je masa berlalu kan Wani. Tahun depan walaupun Reen 28 tahun.. Tapi rasa macam 82 tahun. Ish ish
DeleteBoleh aje digayakan utk muslimah. Yg lengan pendik tu pakai cardigan
ReplyDeletePakai skirt labuh atau seluar panjang dah ok.
Setuju kak.. Wah! Akak pun kreatif!
Deletewarna merah mmg menggoda. hehe cantik!
ReplyDeleteHihihi betul!
DeleteOh! no si baju merah jangan turut serta berdemonstrasi sudah.
ReplyDeleteOooppssss gurau aje Reen.
Mrs. A suka yang last sekali tu kalau pakai dengan white pants cantik bangat seh!
Betul kak! Cantik. Dengan baju yang berdesignkan lace. :D
DeleteXminat pakaian warna merah
ReplyDeleteWP tak minat? Hihihi jarang Reen jumpa yang tak minat pakaian bewarna merah..
Deletetahun 2016 mek sempat sambut raya cina dengan ank mek. mek jahit je cheongsam tu. cheongsam ank mek beli dekat tesco. tahun ni nk beli dress siap dah. yg lace tu lawa. bleh msuk wishlist. tgu sales skit nk beli :)
ReplyDeleteWah... Mek jahit sendiri. Mek tak up entry baju yang mek jahit sendiri? Mana tau ada pembaca berminat.. Nak tempah kat mek. :D
DeleteKalaulah hakak yg pakai haha....mmg orang cakap dah buang tebiat agaknya....Orang kurus mcm Reen cantiklah pakai...
ReplyDeletesuka cutting yg nombor dua tu kalau x off shoulder pun cantik
ReplyDelete