Cheezy Onion Crunch

Assalamua'laikum.. Hi!

Korang dah rasa product terbaru dari KFC iaitu Cheezy Onion Crunch? Reen baru rasa petang semalam. Puas dapat makan. ;p

Sebenarnya, dah 2 minggu Reen bagitahu suami tentang hasrat Reen yang teringin sangat nak rasa Cheezy Onion Crunch dan baru semalam suami berkesempatan untuk belanja Reen KFC. Kebetulan waktu tu Reen ikut suami pergi kerja.

Waktu suami hulur duit, bukan main happy. Senyum melebor. Seronok sebab akhirnya dapat rasa Cheezy Onion Crunch. Reen order 1 set Cheezy Onion Crunch yang dua ketul ayam untuk Reen dan suami 1 set snack plate. Dua-dua sudah semestinya ayam goreng spicy!

Cheezy Onion Crunch

Sudah menjadi kewajipan untuk Reen pesan ayam bahagian peha atau thigh. Psssst.. Bab ni memang Reen cerewet, sebab tu suami prefer Reen yang order. Kalau suami, dia memang tak kisah mana-mana bahagian sebab pada dia, sama saja. 

Rupanya baru Reen tahu.. ayam yang mereka guna untuk Cheezy Onion Crunch adalah ayam yang sama dengan snack/dinner plate. Reen ingatkan ayamnya rasanya lain..

First Reen rasa kuah cheese yang diberikan, sejujurnya. Tidaklah sesedap seperti jangkaan Reen. Korang bayangkan ya.. Cheese dicampur dengan onion, hah. Bayangkan rasanya bila dicombine. Untuk lidah Reen, rasa pelik. Mungkin sebab tak biasa.

Cheesenya pula.. tak pekat macam Cheesy Wedges. Kalau cheese kat Cheesy Wedges kaler pekat kan. Rasa pun ummpphh! Sedap! Sehingga menjilat jari. Manakala untuk Cheezy Onion Crunch, nope. Reen cuba juga ratah.. Pun nope. Tak leh masuk.

Lain orang.. lain rasa dan lidahnya. Jadi.. korang kena rasa dulu baru tahu sama ada sedap, biasa atau tidak. :)

42 comments:

  1. Mila dah rasa jugak 2 hari lepas terpengaruh iklan tv haha..not bad je rasanya....boleh je telan kalau dah lapar tp makan seketul je seketul lagi tak habis.sos tu makan lama-lama jadi muak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa setuju bab muak. Sebab tu Reen makan dengan sos cili thai. Haaaa lagi sedap :)

      Delete
  2. ramai jugak cakap sos dia tak berapa sedap, terus tak jadi nak beli. yang biasa punya dah la, makan dgn cili sos. puas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Fav Reen makan dengan sos thai.. Fuh. Sedap

      Delete
  3. haaa...singgah sini...
    betul lain orang lain rasanya...

    kalau selalu sangat makan KFC pun boleh boring...
    memandangkan ayam KFC semakin kecil

    ReplyDelete
  4. xdk ada specialnya...cheezy pun rada cam coleslaw...indah kabar dri rupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa macam coleslow ya. Rasanya coleslow lagi sedap ;p

      Delete
  5. kan.. Unni pun macam jgk time order.. rupanya hampeh ayam sama jak.. tpi kalau da lapar bedal jak la.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. Pendapat kita sama. kecewa tau makan igt sedap sos dia tu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trus hilang semangat nak makan bila rasa sos cheese tdk seperti yang digambarkan :)

      Delete
  7. Hihi Reen, dengar namanya -- Cheeze + Onion pun da x gemar. Apa lg nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Hahaha ok ni lagi hebat. Dengar nama pun dah tak suka. Hihihi

      Delete
  8. baru imagine sorang2 nak merasa .. hii jawabnya tak merasa gak la pon ..sebab satu kat kfc ni kalau order sekali dgn snack plate, mesti ada soft drink .. pelik nak tukar pun tak bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar air xbg? Kalau reen tu mau naik tanduk kerbau atas kepala ni.. Kalau reen pergi tempat2 cmni, air gas wajib tukar air lain..

      Tukar ke air ice lemon tea ke.. Kalau tdk, memang reen xakan minum. Xske air gas..

      Delete
  9. hye Reen, belum try lagi hat ni.. nampak macam sedap gak kan, singgah sini malam minggu yang dingin, hujannn huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..! Yup..! Nampak sedap.. Tapi bila rasa, gitu je. Heh :p

      Delete
  10. Akak dah try. Bagi akak not badlah sos cheese tu tapi siapa yang tak suka rasa bawang yang agak kuatmemang akan kurang gemar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen la tu agknya hahahaaa. Rasa pelik bila ada bawang.

      Delete
  11. sama la. suka thigh jgk.. hehe. tp adk belum penah cuba lg yg ni. akak yg akak ckp header adk tak sama tu kan. kalau dekat chrome okay ja view dia. dekat mozilla lain sikit. hehe. tak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thigh atau peha lebih lembut berbanding yang macam bhgian dada. Tak sedap..

      Delete
  12. Sama lagi kak! Hahahaha, mai wajib order peha or thigh sbb takleh telan ayam bahagian isi sampai pernah tak puas hati ngan pekerja kafe kolej dia ingat mai mengada dia letak ayam dada kat nasi tu, amboi.hahahaha.

    cheese tu bila dh makan bnyk rasa muak sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa kalau akak, suami akak la tlg habiskan. Tak pun tukar ayam ;p

      Yup. Muak hihi

      Delete
  13. chicken spicy tuh sedapnya kan reen! teringin pulak dah tetiba hehe :D
    tapi tuhlah fatin tak makan cheese pulak, kalau tak boleh merasa hehe :D

    ReplyDelete
  14. akak tak cuba lagi, anak-anak dah banyak kali ajak ke KFC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa bawa la kak bila free nanti. Kesian anak2.. Teringin tu.

      Delete
  15. Siqah tak pernah cuba lagi yang ni. Ramai jugak cakap sos nya tak sedap. So tak nak lah cuba. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa betul. mmg xsedap seperti yang dibygkan

      Delete
  16. ayam yang mereka guna untuk Cheezy Onion Crunch adalah ayam yang sama dengan snack/dinner plate.


    sy x rs lagi tp sy ms tgk iklan mcm dah dpt agak daa... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya iya je Reen ingatkan rasa ayamnya berbeza. Tipah tertipu

      Delete
  17. Hakak pun suka bahagian peha dengan thigh Reen....Ohhh Reen kurang suka ye. Hakak pulak suka Cheezy onion ni. Mungkin sebab akak ni penggemar bawang putih kot. KFC ni kalau dah lama tak makan mcm teringinkan...tapi kalau dah makan, boleh muak jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa kak.. Blh muak lebih2 lg kalau slalu makan..

      Delete
  18. saya memang tak minat nak makan onion ring tak kiralah cheezy ke tak...tak boleh telan

    ReplyDelete
  19. Dah rasa...
    Okla not bad...hari tu sebab lapaq mlm2..sruh husband tapaukan...
    Kita makan dengan nasi...
    Ok la...
    Sebab lapar sama kot...
    Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slalu makan waktu lapar rasa sedap hihi tp terpulang pada orang juga kan kan. Citarasa berbeza..

      Delete
  20. Spouse mek yg try. Mek cuit cuit je yg dia punya. Mek same pendapat dgn reen. Tekak mek tak bleh telan. Spouse pn tk prefer sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih prefer yang set biasa tanpa onion cheese kan mek

      Delete