Doctor Strange Review

Assalamua'laikum.. Hi!

Korang dah tengok filem Doctor Strange? atau korang nak baca dulu review filem Doctor Strange sebelum tonton di wayang? Haaaa. Reen nak kongsi tentang review Reen selepas menonton file Doctor Strange.

Doctor Strange Review

Sebelum tu, Reen info awal-awal. Reen sangat recommend korang tengok cerita ni. Berbaloi! Tak rugi duit habiskan tengok kat wayang. Nak tunggu online pun boleh. Cuma, sound dan filem tak berapa cantik sebab kebanyakkannya cetak rompak. Selepas beberapa minggu baru dapat tengok online kualiti original.

Filem Doctor Strange ini ditayangkan selama 1 jam 55 minit dan cerita ni serius tak bosan. Lebih banyak aksi dari berborak. Jalan cerita pada awalnya pun dah seronok. Cerita Doctor Strange ini juga agak kelakar sebenarnya. Lebih-lebih lagi aksi waktu hero dengan kain terbangnya.

Hero dan kain terbang? Kejap lagi Reen akan kongsikan sedikit jalan cerita filem Doctor Strange. Dr. Stephen Strange adalah seorang doctor pakar yang agak popular dalam bidang kedoktoran. Kemahiran dia ini menyebabkan dia menjadi seorang yang over confident, ego dan agak bongkak.

Kemudian.. Satu hari dia bawa kereta dan memecut laju sambil on call. Waktu itu rakan sekerjanya memberikan satu data pesakit, dalam pada waktu dia nak view data tersebut kat hp sambil memecut laju, tiba-tiba terlanggar sisi kereta lain dan keretanya terbabas jatuh lebih kurang macam gaung tepi laut gitu.

Jari yang dia gunakan dan mahir waktu pembedahan telah totally rosak sewaktu kemalangan dan tidak boleh di rawat. Dia tidak dapat menerima kenyataan jarinya tidak dapat digunakan lagi. Dia sanggup habiskan duit simpanan dia untuk buat pembedahan agar jari jemarinya kembali pulih.

Doctor Strange Review

Satu hari.. Dia putus asa sewaktu berlatih menggerakkan jarinya. Kemudian, pelatih tersebut beri semangat dan menceritakan tentang satu pesakit yang lebih kurang sama seperti dia iaitu tiada peluang untuk sembuh. Totally seperti lumpuh.

Kemudian pelatih tersebut cari document pesakit yang dah berjaya sembuh kerana Dr. Stephen Strange tidak percaya dengan cerita pelatih tersebut. Selepas dia menerima documen tersebut, dia pun mencari pesakit yang dimaksudkan untuk bertanya. Bagaimana pesakit itu boleh sembuh sedangkan mengikut maklumat yang disimpan, totally peluangnya adalah zero.

Pesakit tu pun bagi tahu... Dari situ bermula pencarian Dr. Stephen Strange untuk jumpa wanita ala sami yang diceritakan. Bila dah jumpa, dia tak percaya dengan apa yang wanita sami katakan. Kemudian, wanita tersebut tunjukkan perkara yang diluar jangkaan dia. Terperanjat dan tergamam Dr. Stephen Strange.

Selepas lihat sendiri, dia nak belajar caranya dan untuk sembuhkan semula jari yang rosak itu. Tetapi, disebabkan sikap ego, over confident.. Dia dicampak keluar dari tempat perubatan tersebut. Sampai sini je lah ya Reen cerita. Selebihnya.. Tengok sendiri baru best!

Doctor Strange Review

Nampak tak kain merah yang dia gunakan tu? Kain ni dipanggil cloak of levitation. Ianya hidup tau! Siap tolong Dr. Stephen Strange berlawan. Salah satu babak yang kelakar dan comel je tengok kain ni. Siap tolong lapkan pipi Dr. Stephen Strange yang tengah luka dan berdarah sikit. 

Kain ni sendiri yang pilih Dr. Stephen Strange untuk dipakai. Kain ni sangat unpredictable. Hanya yang terpilih je dapat pakai. Ianya salah satu sebab kenapa Dr. Stephen Strange dipilih untuk menjadi master. 

Dah boleh bersiap ni untuk tengok filem Doctor Strange di pawagam. Selamat menonton..!

23 comments:

  1. cam menarik je reenn.. tapi tengok ke gambar dengan besi cucuk sana sini.. macam seram lak hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita memang menarik.. Best. Waktu dalam gambar tu memang nampak seram.. Muka pun dah macam tak rupa muka.

      Jari jemari die.. Banyak jarum dicucuk macam acupuncture..

      Delete
  2. gantung la reen!! hahahaha... tgu online je la :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tunggu online.. Cuma lambat sikit :D

      Delete
  3. Wow.. Bestnya..
    Banyak review yang menyukai cerita ini..
    Tak sabar nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh kak tengok bila free dengan anak2 dan encik suami.. :)

      Delete
  4. tak sempat lagi nak tengok..nampak gaya macam best..dari marvel kan!

    ReplyDelete
  5. Wa... baca review Reen buat Mrs. A excited nak tengok.
    Buat alasan nak gi dating ke pawagam ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa tapi kalau bawak anak2..acano kak nak dating tu? 😜

      Delete
    2. Frustratedlah Mr. A busy time Mrs. A ajak tu (last friday nite) kebetulan time nih! kids kat kampung.
      Tunggu astro first/best aje kata dia.
      Sabar yolah

      Delete
    3. Hihihi sabar je lah.. Xpe. Tgk kat astro dpt tgk 1 fmly.. Kalau nak, leh tengok online juga. Rasanya skrg dh de yang clear movie untuk filem Doctor Strange ni.

      Delete
  6. menarik plot citer ni...ada elemen kelakar jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kak.. Ada kelakar juga.. Berbaloi tgk. :)

      Delete
  7. Tak tgk lagiiii... so tak baca lah details review reen nnt dah tgk nadia terjah balik sini ... kikiki

    ReplyDelete
  8. Avengers! satu lagi sebab Benedict Cumberbatch.

    ReplyDelete
  9. Mek tk tgk lg :) nnt nk tgk jugak la. Ni motivation jugak ni. Org ego mmg rugi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa betul. Nanti mek leh tgk online.. Dah keluar kat online. Cuma tak pasti gambar clear atau tidak..

      Delete
  10. Tak sempat tengok lagi...nanti ada Masa baru boleh tengok...nampak menarik...

    ReplyDelete