ABC Tembikai Parit Ismail

Assalamua'laikum.. Hi!

Sejak dua menjak ni ramai yang viral tentang ABC Tembikai. Alang-alang dah kat kampung ni, Reen dan suami pun tidak melepaskan peluang untuk merasa ABC Tembikai.

Kat area Simpang Renggam ni ada dua gerai yang jual ABC Tembikai. Satu tempat yang Reen, mertua dan suami pergi iaitu di Parit Ismail dan lagi satu di Kampung Keremoyang.

ABC Tembikai Parit Ismail

Amacam, nampak menyelerakan tak? 1 hidangan ni sesuai untuk dimakan 4 orang dengan harga RM12. Dari segi hiasan, memang nampak menarik dan menyelerakan. Tetapi, bagaimana pula dengan rasanya? Sedap ke?

Pada Reen, rasa sangat biasa. Korang bayangkan ya, ABC lepas tu tambah buah tembikai. Hah! Gitulah rasanya. Heh :p

ABC Tembikai Parit Ismail

Ada dua pilihan iaitu korang boleh makan di sini atau korang boleh takeaway. Kami memilih untuk makan di sini. Jadi, sebelum mengambil tempat duduk, kami beratur dulu untuk order.

Selepas order, terus ke meja dan menunggu hingga ABC Tembikai sampai. Bayar? Waktu kami pergi, bayar selepas makan.

ABC Tembikai Parit Ismail

ABC Tembikai Parit Ismail

Waktu ni orang kedai ingatkan Reen sedang merakam untuk diviralkan. Kemudian ada sorang abang ni tegur tak boleh ambil video.

Reen terfikir juga, kenapa ya? Adakah kerana tak nak bagi orang meniru cara mereka menghias ABC Tembikai ini? Sekiranya tak nak, kenapa buat hiasan ni dekat tempat yang open?

Kan sama.. Pelanggan yang datang dapat tengok dan kalau mereka nak, mereka boleh mencuba buat sendiri juga. Cuma bezanya, kalau video.. Ramai yang akan tengok dah tahu. Tetapi kalau depan mata, hanya pelanggan.

ABC Tembikai Parit Ismail

ABC Tembikai Parit Ismail

Mak dan abah, macam pasangan bercinta. Eceh ceh ceh. Hihihi Habis je makan, kami terus ke kebun mak dan abah. Alang-alang lokasi ni dekat dengan kebun.

ABC Tembikai Parit Ismail

Muka orang excited tengok ABC Tembikai. Kalau korang, yang mana korang ambil dulu untuk masuk dalam mulut korang? Reen ambil tembikai bulat-bulat ni dulu. Nyum nyum.

ABC Tembikai Parit Ismail

ABC Tembikai Parit Ismail

Rumah mak dan abah untuk berehat bila tidur di kebun. Anak-anak semua bawa haluan masing-masing, jadi di rumah hanya tinggal beberapa orang saja.

Bila ada waktu lapang, mak dan abah akan ke sini untuk mengisi masa mereka. Menanam.. Membersihkan itu dan ini.


Tugas Reen di sini hanya mengacau mak dan abah. Hahahaa Tengok, mak abah sibuk memetik. Reen pula sibuk menangkap gambar untuk dijadikan sebagai memori indah untuk masa tua Reen nanti. Eceh!

Al maklumlah, Reen ni pelupa. Bila tengok gambar, automatik Reen akan teringat oh! Kenangan waktu ni.



Ini namanya buang tebiat.. :D Reen letih berdiri tunggu mak, abah dan suami jalan-jalan dalam kebun. Jadi, Reen duduk tepi jalan ni.

Seronok, sejuk sebab banyak pokok dan sebab angin sepoi-sepoi bahasa. Lepas tu adalah satu makcik ni lalu depan Reen naik moto, dia cakap ko buat apa tu duduk tengah jalan sorang-sorang.

Reen pun erkk.. Tak sempat nak jawab sebab makcik tu dah jauh.


Gambar pemandang waktu malam di rumah mertua, tak berapa jelas kan. Line internet di rumah mertua agak lemah walaupun menggunakan perkhidmatan Celcom.

Alhamdulillah di felda mertua ni ada menyediakan free wifi. Cuma line wifi ni akan senang untuk connect dan laju bila ada di tingkat atas.

Oh ya. Waktu ni Kak Roha, biras Reen yang sulung datang rumah mertua dan bawa balik ABC Tembikai dari Kampung Keremoyang.

Bezanya? Yang Kak Roha beli saiz lebih besar dan ada ais krim keladi tau. Lagi sedap ABC Tembikai ni bila combinekan sekali dengan ais krim keladi.

Kalau korang berpeluang ke sini, jangan lupa singgah dan rasa ya.

19 comments:

  1. sweet je tengok mak cik dengan pak cik berbual .. hehe

    ReplyDelete
  2. Yang kt Parit Semail ni belum pernah try test rasa.
    Kalau yg di Keremoiyang tu selalu juga sebab dekat dengan rumah.
    Lagi pun ada pasar minggu kt situ setiap petang Rabu.
    Kira okaylah, tapi kalau makan sorang memang X abis.

    ReplyDelete
  3. sedapnya akak. terliur dah ni. hehe.. bnyk lak tu abc dia..

    ReplyDelete
  4. akak tak dapat bayangkan lagi rasa abc dgn tembikai... nak kena cuba ni.

    ReplyDelete
  5. bestnya !!!! tapi unni x penah makan lagi tembikai abc tu, nmpak meyelerahkan reen :( sweet mak abah reen

    ReplyDelete
  6. hai org johorian..iso ngomong jawo orak..hahah
    tenangnya bila berada di kampong, mcm banyk je isi abc tembikai tu, sedap ye

    ReplyDelete
  7. Pelik pon ya jugak ,, kita nak viralkan tempat die ok la tu nak suruh ramai lagi yg datang kan...penuh satu tembikai abcnya.. tak pernh merasa...

    ReplyDelete
  8. Tu yg paling win tu dok melanguk tepi jalan, pastu ada org lalu tegur buek po duduk situ pastu terus belah tak tunggu jawapan, hahaha..kelakar betul.
    Tapi biasala owg kg mng camtu, mcm manis mulut tanyo yo.

    ReplyDelete
  9. Tgh viral ke Reen sekarang ni? Kenapa hakak tak tau hihi...ketinggalan sungguh.

    Benda benda viral ni kadang tu bukan sedap mana cuma plating je yg cantik kot, tu yg org teruja tu nak try.

    ReplyDelete
  10. Huwaaaa boleh pulak dia bersila dekat jalan raya tu.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Kakak asal org Pontian tau Reen. Sekolah pun di Sekolah Dato Penggawa Barat
    Tapi jarang ke Benut sebab tak ada saudara. Lain kali balik Batu Pahat kalau ikut jln Pontian boleh jumpa ni. Nak rasa ABC dia - nampak menggoda betul tu:)

    ReplyDelete
  12. hmmm..drooling..bubuh dlm buah tembikai, kreatif..

    ReplyDelete
  13. Ya Allah sedapnyaaa! *tatap gambar ABC pukul 2 pagi*

    ReplyDelete
  14. kat kelantan tahun lepas viral pasal abc ni kat tumpat. tapi time tu mek tengah pantang so tak dapat merasa --' rase mcm sejuk and sedapp je tekak.

    ReplyDelete
  15. kita benda viral2 macam ini jarang ambil port sangat.. uhuhu.. dah lama2 baru teringin nak makan la apa la..
    kalau kita,akan makan stick (*tak tahu la orang panggil apa ) sebab nanti dia lemau..
    tapi susah juga kan kalau dah cair habis melimpah,sebab dah penuh sumbat dlm tembikai tu ,pinggan pun tak dpt menampung air

    hahaha... awat duduk tepi jalan,masa tu reen sorang2 ke ? kalau saya tka mahu tegur! senyum ja la..takut juga bukan manusia yang duduk.. hahaha.. itu agaknya makcik tu pelik..(*gurau saja)

    reen nampak macam bebudak ja,mcm belum kahwin. huhu

    ReplyDelete
  16. nampak menarik..dan banyak dah abc tembikai kemudianya

    ReplyDelete
  17. Hebat blog ni..done follow first ya

    ReplyDelete