Pusat Internet Satu Malaysia Di Felda Layang-Layang

Assalamua'laikum.. Hi!

Minggu lepas Reen ke kampung belah suami di Felda Layang-Layang, Simpang Renggam, Johor. Reen nak kongsi dengan korang tentang Pusat Internet Satu Malaysia Di Felda Layang-Layang.

Line internet di Felda Layang-Layang sememangnya agak perlahan walaupun menggunakan Celcom. Pada mulanya niat di hati Reen hanya nak pergi ke kawasan yang berbukit sedikit untuk dapatkan line sebab waktu itu ada beberapa customer Reen kena attend dalam Whatsapp dan Instagram.

Kemudian, adik ipar Reen bagitahu yang kat atas (kawasan berbukit sedikit) ada Pusat Internet Satu Malaysia. Terus bulat mata Reen bila mendengarnya. Suka! Dalam fikiran dah terbayang boleh la tengok movie sekali. Hehehee

Reen pun pinjam motor Abah dan merempit ke sana. Dekat je lokasi dari rumah mertua. Kalau naik motor lebih kurang 3 - 5 minit. Jom tengok gambar yang sempat Reen tangkap semasa di Pusat Internet Satu Malaysia.

Pusat Internet Satu Malaysia Di Felda Layang-Layang

Pusat Internet Satu Malaysia Di Felda Layang-Layang

Kaunter yang berada betul-betul di hadapan pintu masuk. Berapa agaknya bayaran untuk menggunakan internet di sini? Murah sangat. Kalau daftar, RM5 (pendaftaran seumur hidup) dan lepas itu bayar RM1 untuk satu jam.

Harga biasa RM2 untuk 1 jam. Sama harga dengan cc dekat dengan rumah Reen. Kalau Reen main 2 jam, Reen jimat RM2. Banyak tu!

Kalau kat kawasan rumah Reen, selalunya Reen akan ambil package yang RM5 untuk 3 jam. Tapi, kalau kat Pusat Internet Satu Malaysia hanya RM3 untuk 3 jam. Terbaik!

Selalunya Reen akan pergi cyber cafe waktu nak tengok online movie. Dari Reen tengok kat hp, dengan menggunakan data hp, lebih baik Reen pergi cyber cafe. Kalau guna hp, selamat tinggal dengan pantas data internet Reen. Rugi.. Rugi.

Pusat Internet Satu Malaysia Di Felda Layang-Layang

Selain dari murah, bersih dan tempat pun selesa tau. Dengan aircornnya.. lepastu pula tak boleh smoking dan tak boleh bawa makanan dari luar.

Pusat Internet Satu Malaysia Di Felda Layang-Layang

Cyber cafe ni pada Reen, ada baik dan buruknya. Sama seperti internet hp, games dan lain-lain hiburan. Masing-masing ada kesan baik dan buruknya. Terpulang pada kita sendiri sebenarnya untuk guna ke arah kebaikkan atau sebaliknya.

Papepun, Reen suka di tempat membesar encik suami ada internet free dan Pusat Internet Satu Malaysia. Mudah untuk Reen, ye lah. Bila bosan, boleh lari ke sini. Hihihihi

8 comments:

  1. bersihnya akak... selesa kalau mcm ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi btul.. Sangat selesa dik. Cuma kerusi je biasa. Kalau kat cc kawasan umah akak, kusi ala ala office gitu hehee. Banyak pula cekadak akak ni hahahaa

      Delete
  2. waaa hebat reen ada pusat internet satu malaysia.. semoga makin banyak dibuka outletnye dikawasan pendalaman ni.. tak usah la bagi pencawang internet wifi 1 malaysia percuma tu tak leh guna pun.. bagus buat pusat internet begini atleast ada juga orang monitor untuk maintenance.. hehe. .

    main game online ke tu dik.. haha..

    fuh punca clean dan teratur tempat tu.. macam pejabat pula tgknye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaa aa awak.. Cuma kerusi ke. Wifi 1 malaysia free dalam felda ada 7 tak silap saya.

      Mana yang sampai kat rumah mertua, boleh pakai. Tapi kena duduk lepak tingkat 2 baru line umpphhh.

      Kalau kat bawah.. Ada tak ada. Kui kui kui

      Delete
  3. bersih yang amat ! mek tk pernah singgah pusat internet kg mek. entah ape rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa ape lagi mek. Nanti singgah kalau balik kg.. Lepas tu share dalam blog. 😍

      Delete