Kita Hanya Merancang

Assalamua'laikum.. Hi..!

Korang tentu pernah dengar perkataan "Kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Ada banyak kategori dalam merancang.


Mungkin sedang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan..


Mungkin merancang untuk menyimpan duit.. Mungkin merancang untuk pergi kerja awal.. Dan banyak lagi.

Tetapi, sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebelum ni, entah kenapa. Mungkin sebab ego?

Atau mungkin sebab leka dengan duniawi? Jarang untuk Reen berfikiran positif yang betul-betul positif. Eh.. Macam mana tu?

Sebelum ni memang Reen positif, tapi terlalu sedikit. Begini ceritanya.. Bulan lepas Reen dapat free cash voucher bernilai RM100 dari Zalora.

Kalau boleh, Reen tak nak guna. Pada Reen, lebih baik Reen jual cash voucher tersebut dan duit yang Reen dapat..

Boleh Reen guna sebagai modal kecil-kecilan untuk perniagaan yang Reen jalankan.

Reen mula bertanyakan pada group whatsapp family dengan menjual serendah RM80. Tetapi tiada sambutan.

Kemudian, Reen bertanyakan pada group-group lain tetapi.. Tetap sama. Tiada sambutan. Kemudian, Reen beralih pula kepada Facebook, pun tetap sama.

Reen post lagi di Facebook dengan harga RM50 sahaja, tetap tiada pembeli. Beberapa minggu berlalu, semalam.. adalah hari lahir ayah Reen.

Rupanya, hikmahnya adalah Allah nak Reen beli hadiah untuk ayah dengan menggunakan voucher tersebut.

Kebetulan pula, hari lahir adik ipar pun bakal tiba pada akhir bulan ini. Voucher tersebut Reen gunakan untuk beli hadiah ayah dan adik ipar, Aida.

Semalam hari lahir ayah dan baru semalam juga Reen beli hadiah online untuk ayah dan Aida. Hehehee Dah lambat. Tapi tak apalah, yang penting ada juga hadiah untuk ayah dan Aida.


Baju untuk Aida. Memandangkan Aida sedang pregnant 4 bulan, in sya Allah baju ni sesuai untuk Aida.

Dia boleh guna cardigan untuk menutup bahagian lengan dan memakai seluar yang sesuai agar tetap menutup aurat.


Ini pula baju untuk ayah. Sesuai ke? Muat ke saiz yang Reen beli? Tawakal je lah. Hiihihi Ampun ya ayah kalau ayah tak suka design baju ni atau saiz yang anak ayah ni pilih terlalu besar untuk ayah. :D

Hadiah hari jadi ayah, Reen pilih dua helai baju kemeja berkolar. Lagi satu berwarna hitam. Reen tak dapat cari dalam laman web Zalora untuk letak gambar dalam entry ni. Mungkin stock dah habis?

Papepun, Reen bersyukur sangat. Sebab tak sangka dapat juga beli hadiah untuk ayah.

Sebelum ni pernah terdetik dalam hati, rasa sedih sebab hari lahir ayah kerap tiba waktu Reen tak berduit lebih untuk beli hadiah ayah, untuk buat makan-makan yang mewah sikit.

Waktu hari lahir ibu, pernah buat suprise. Ayah? Belum pernah lagi. Tetapi, malam tadi adik lelaki yang no 3, Azroy dah bawa ayah, ibu dan adik beradik serta ipar pergi dinner untuk hari lahir ayah.

Sayang Reen dan encik suami tak dapat join sekali kerana dalam perjalanan pulang ke kampung encik suami.


Hadiah dari encik suami untuk ayah..

Papepun, Reen nak korang tahu.. Yang Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk korang. Jadi, andai apa yang korang inginkan tetapi masih belum dapat.

Percayalah, tentu ada sebab yang hanya Allah saja tau dan sudah tentu ianya terbaik untuk korang.

Contoh macam Reen, bulan dua ni genap Reen dan encik suami berumahtangga selama 4 tahun. Tetapi, masih belum ada zuriat.

Reen percaya yang Allah nak bagi Reen zuriat yang terbaik untuk Reen dan encik suami.

Mungkin zuriat Reen adalah anak yang soleh dan soleha. Yang taat akan perintah Allah. Yang in sya Allah mungkin adalah seorang pendakwah? Amiinnn :')

Doakan Reen ya. :)

37 comments:

  1. InshaAllah reen akan dpt rezeki anak nti. Kakak reen pun same cam reen,xde anak lagi. Tp Allah bagi rezeki lain pulak. Bersangka baik selalu okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Banyak sebenarnya rezeki lain yang Allah beri. Alhamdulillah.. Kita je kadang tak peka dengan apa yang Allah bagi atau sebenarnya tidak bersyukur..

      Papepun, terima kasih Reen hihihi rasa cm panggil nama sendiri hahahaaa

      Delete
  2. dia menguji sebab Dia tahu kita kuat dengan ujian,,, kadang - kadang kita tak tahu pengakhirannya macam mana.. tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Sabar ya reen, mudah - mudahan suatu hari nanti tercapai hajat renn.. Allah lagi maha mendengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Terima kasih Wani. In sya Allah.. Reen setuju dengan komen Wani.. :)

      Delete
  3. Itu yang selalu dgr setiap yang berlaku pasti ada hikmah.. ALLAHMDULILAH, kita hnya merancang Allah yang menentukan segalanya, selamat hari jdi buat ayah reen n aida.. moga pnjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudhkn urusan dunia akhirat bgitu jg dengan reen.. btw lawa bawa aida tu memang sesuai tuk org pregnt,, baju llki Unni tak reti nak bgi komen.. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Unni.. Tentu ada hikmahnya. Utk baju laki pun Reen tak berapa pandai.. Ni pun tawakal je. Harap ayah suka..

      Papepun, terima kasih Unni :)

      Delete
  4. betul tu akak. kita hanya merancang, tp dia yang lebih tau mana yang terbaik. buktinya DIA nak akak belikan hadiah untuk ayah akak. msti ayah kak reen suka dengan baju tu. inshaAllah padan dengan badan. hehe. dan satu lagi adik doakan akak reen akan dapat anak suatu hari nanti. Allah itu maha adil dan bijak. adik yakin dia tau bila masa yang sesuai untuk berikan akak anak. adik nak kongsi satu cerita dengan akak ni. akak sulung adik dlu. sama macam akak 4 tahun kawen belum ada anak. dan alhamdulillah Allah dah bagi dia anak skrng ni. budak yang akak tanya adik dalam wasap haritu tu.. so jangan sedih2. sbb adik akan sentiasa doakan akak cepat2 dapat baby. mesti comel macam akak jgak. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik.. In sya Allah. Hihi wah. Akak adk pun tunggu lama untuk dapat first baby. 😍😍

      Betul.. Akk setuju dengan adk. Allah Maha Adil dan Bijak. :D

      Delete
  5. Betul tu, ada sesuatu dalam rancangan Allah yang kita tak sedar, tapi bila sampai ke waktunya, Allah akan ketuk juga hati kita untuk sedar...What will be, will be. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi betul. Akan sampai masanya Allah akan tunjuk pada kita apakah hikmah disebalik apa yang berlaku. 😍

      Delete
  6. Semoga panjang usia dalam iman buat ayah Reen.
    Semoga dipermudahkan urusan Reen duniawu dan ukhrawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Semoga dipermudahkan urusan WP juga :)

      Delete
  7. Betul...kita hanya merancang ttp Tuhan yg mnentukn yg terbaik utk kita...rezeki tu pasti dtg cuma awal atau lambat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju :) kita kena usaha, berdoa dan banyak bersabar. In sya Allah..

      Delete
  8. dapat beli hadiah kan? alhamdulillah

    mudah2an ALLAH permudahkan semua urusan sis. amin ;)

    ReplyDelete
  9. Mungkin belum ada rezeki lagi. Sahabat akak 10 tahun kawin baru dapat baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Lamanya. Tentu banyak juga dugaan kawan akak lalui kan kak..

      Delete
  10. Beeusaha, berdoa dan tawakkal, . Allah nak bagi pahala lebih tu, in shaa Allah. Dia akan bagi bila reen dan suami dah betul2 bersedia.
    Akk pun masih mencari hikmah kenapalah akk tk sampai ke santai resort hulu langat hari ni, entah sampai ke mana tah, terpaksa patah balik, huhu..

    ReplyDelete
  11. Dia tak kan menguji kalau itu bukan kemampuan kita...sentiasa bersangka baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sentiasa berfikiran positive. Eceh ceh hihihi

      Delete
  12. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
    Bersangka baik adalah yang terbaik buat kita.
    Mrs. A doakan semoga Reen dikurniakan cahaya mata dengna kadar segera yang penting jangan berhenti berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak.. In sya Allah.. Terima kasih :')

      Delete
  13. Betullah Reen...sebaik baik perancang tu kan perancangan Allah. Itulah hikmahnya agaknya Reen.
    Walau bukan utk kita, tp mungkin rezeki utk org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Kita ni je kadang nampak, kadang tak nampak hikmahnya.. Alhamdulillah

      Delete
  14. Hehe tu rezeki ayah namanya :) Allah sebaik-baik perancang hehe. Kita je yang kena selalu bersangka baik dengan Allah..

    ReplyDelete
  15. salam sis,kadang2 kita nak itu ,tapi Allah sediakan ini utk kita. Kita cuma kena bersabar sikit saja. walaupun kita tka tahu apa benda yang Allah nak bagi kita utk gantikan apa yang kita harapkan/hilang,tapi akan dapat juga,walaupun tak sama nilainya tapi bila kita dah belajar utk bersyukur,kita akan terima apa2 pun yg Allah bagi.

    kita ingatkan sis baru kahwin,huhu.. saya faham juga emosi akan terganggu bila dah kahwin tapi disoal tentang anak . kita pun berharap dan berusaha juga,tapi Allah tahan dulu. satu hari nanti Allah akan makbulkan doa harapan sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumsalam dear.. In sya Allah.. Aamiin.. Terima kasih dear :')

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete