8 Perkara Tentang Lelaki Yang Wajib Wanita Tahu


Kadang-kala wanita kurang faham beberapa perkara tentang lelaki. Kerap makan hati atau merajuk pada pasangan. Jadi, jom kita baca untuk memahami beberapa perkara tentang pasangan awak!


1. Kurang bercakap

Pernah tak masa tengah rancak bercerita, pasangan awak hanya senyum bila awak ketawa, dengar cerita yang awak sampaikan tetapi dalam pada masa yang sama tengok hp atau buat benda lain?

Kadang-kadang lelaki ni malas nak bercakap atau bercerita. Jangan kecil hati ya pada pasangan awak. Yang penting, kita cerita je. :p


2. Ingatan

Ingatan lelaki ini tidak hebat seperti wanita. Wanita boleh ingat tentang tarikh penting dalam hidupnya seperti harijadi pasangan, keluarga wanita atau keluarga pasangannya, tarikh ulang tahun merisik, bertudang, akad nikah dan pelbagai lagi.

Manakala lelaki, hanya mengangap tarikh penting itu seperti tarikh hari biasa. Mereka kurang rajin untuk ingat tentang tarikh ni.

Jadi, bila tiba tarikh istimewa, bagilah hints pada pasangan awak.


3. Single-Minded

Lelaki ni single-minded dimana mereka hanya suka buat sesuatu perkara dalam satu masa.

Manakala wanita, boleh buat banyak perkara dalam satu masa seperti sambil gosok baju sambil menonton tv, basuh pinggan mangguk sambil memasak dan pelbagai lagi.


4. Focus

Ada satu masa, pasangan awak akan focus buat sesuatu kerja seperti basuh kereta, menukang dan lain-lain dan kadang-kala tidak memberi perhatian pada awak.

Pasangan awak bukan sengaja untuk mengabaikan awak. Cuma, dia tidak suka diganggu bila sibuk buat sesuatu.


5. Gembira

Setiap lelaki yang sayang dan cintakan pasangannya ingin pasangan gembira. Tetapi, tidak semua lelaki yang tahu cara untuk gembirakan hati seorang wanita yang bernama isteri/tunang/teman wanita.

Jadi, dalam perkara ini juga awak hendaklah beri hints pada pasangan.


6. "Kenapa ni sayang..?"

Bila pasangan tanya awak, "Kenapa ni sayang...?"

"Tak ada apa-apa." Jawab awak. Dan kemudian dia hanya akan menganguk dan abaikan saja seperti tiada masalah.


7. Tidak Pandai Baca Minda Wanita

Kekurangan pasangan awak yang tidak pandai baca minda wanita tidak bermakna pasangan tidak mengambil berat tentang awak.


8. Jadi Diri Sendiri

Bila awak menonton cerita seperti Mr. Arrogant, tentu awak pernah terfikir alangkah bagusnya sekiranya pasangan awak seperti hero cerita itu.

Jangan berharap untuk pasangan awak berlakon atau berubah seperti didalam minda fantasi awak.

No comments: