16 Perkara Wajib Buat Sebelum Umur Meningkat Ke 30an

Pada usia 20an ini anda masih lagi muda dan bebas, tidak mempunyai tanggungjawab seperti usia anda apabila meningkat 30an.

Walaubagaimanapun, apabila usia anda telah memasuki 30an baru anda akan sedar yang sebenarnya masih ada banyak perkara yang anda boleh lakukan pasa usia 20an.


1. Bercuti luar negara

Masa Reen umur awal 20an, Reen jarang pergi bercuti jauh sebab duit tak cukup. Sekarang ni alhamdulillah ada, tapi masa pula tak cukup.

Kalau dapat kembali pada usia awal 20an, Reen nak kerja keras cari duit lebih untuk pergi bercuti. Dulu, Reen adalah penganggur paling berjaya sekali. :p

2. Buang atau tolak seseorang yang tidak berhak dalam kehidupan Reen.

Dulu.. Reen tak berani cakap tidak sebab nak jaga hati orang tu. Tapi akhirnya, tetap orang tu atau Reen sendiri yang kecewa.

3. Mohon pekerjaan yang Reen impikan walaupun gaji sikit.

Dulu Reen terlalu risau perkara yang tak penting sekiranya dapat gaji sikit.

4. Bercuti seorang

Sebenarnya.. Banyak lagi tempat menarik yang Reen masih tak dapat lawati. Didalam negara mahupun luar negara.

Bila kita dapat bercuti seorang, kita bebas pergi mana sahaja yang kita nak dan pengalaman ini akan mengajar Reen lebih berdikari dan berkeyakinan diri.

5. Belajar masak walaupun masakkan yang simple dan sihat

Reen mengaku yang Reen ni dahulu seorang yang tidak gemar belajar memasak dan malas masak. Bila dah kahwin, baru lah nak merangkak belajar. Heheheee

Kalau dapat balik ke usia 20an, Reen nak belajar masak masakan kegemaran Reen. Sekurangnya, masakan yang kita sediakan sendiri dijamin bersih dan sihat!

6. Bercuti atau melancong bersama kawan-kawan

Bercuti dengan kawan-kawan juga best. Banyak memori yang dapat dikumpul bersama.

Bila anda dah memasuki usia 30an, anda tentu akan teringat detik manis, gembira bercuti bersama kawan-kawan anda dan pada usia 30an, anda juga sukar mencari masa untuk jumpa mereka.

7. Buang jauh-jauh perasaan dendam

Perkara yang dah lepas, biarkan ia menjadi memori dan pengajaran untuk anda. Jangan simpan dendam, sebab ia adalah satu sifat yang tidak baik untuk diri anda.

8. Luangkan lebih banyak masa bersama ibubapa

Ibubapa anda juga hanyalah insan biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan. Luangkan masa bersama ibubapa anda sebanyak yang mungkin.

Percayalah, suatu hari nanti bila anda telah berkahwin dan tidak lagi duduk sebumbung, anda akan rindu sangat pada ibubapa anda. Anda akan rindu dengan suasana dirumah ibubapa anda.

9. Tingalkan dan buang jauh hubungan yang tidak baik

Jangan sesekali pertahankan sekiranya anda mempunyai hubungan dengan seseorang yang membuatkan anda tidak bahagia, stress, menangis dan lain-lain yang negative.

Mereka tidak akan berubah dan hubungan yang ikhlas tidak akan membuatkan anda berasa diri anda teruk.

10. Jujur dengan diri sendiri dan orang lain

Kehidupan anda akan lebih bahagia dan kurang tertekan apabila anda jujur. Penipuan selalunya akan membuatkan perkara itu menjadi lebih teruk.

11. Cari senaman yang anda enjoy

Senaman akan lebih menyeronokkan sekiranya anda buat senaman yang anda suka dan minat.

12. Rajin berus gigi

Anda diberi satu set gigi sahaja. Jagalah dengan baik. Jangan malas..!

13. Ambil lebih banyak risiko

Jangan takut untuk buat sesuatu perkara yang anda inginkan dan jangan takut untuk mengambil risiko. Beranikan diri anda!

Kehidupan anda akan jadi limited bila anda takut untuk mengambil risiko.

14. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan buat perkara yang anda suka seperti bersukan, beriadah, bercuti dan lain-lain.

15. Mula bayar hutang

Didik diri untuk berdisiplin bayar hutan dan langsaikan sebelum usia anda meningkat ke 30an supaya apabila anda memasuki usia 30an anda akan bebas dari komitmen hutang dan anda akan mempunyai duit lebih.

16. Luangkan masa untuk melihat bintang dilangit pada waktu malam

Dah lama Reen tak duduk atau baring kat luar rumah sambil tengok bintang. Sekali sekala pergi camping dengan keluarga atau kawan-kawan pun best juga!

Waktu malam berborak sambil bertemankan keindahan waktu malam.

No comments: