5 Cara Untuk Anak Dengar Cakap Anda

5 Cara Untuk Anak Dengar Cakap Anda

Pelbagai cara yang telah anda lakukan agar anak - anak anda dengar cakap anda, tetapi masih tidak berhasil. Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mendidik anak-anak. Ianya bukanlah perkara yang mudah.

Disini, Reen ingin kongsikan beberapa tips untuk anak dengar kata anda.

1. Pelbagaikan

Pelbagaikan cara anda bercakap atau berbual dengan anak-anak anda agar mereka tidak bosan. Salah satunya adalah dengan berbisik.


2. Terangkan

Daripada anda cakap kenapa anak anda buat perangai, atau bagitahu anak anda tidak boleh dan akan ada akibat bila anak anda buat sesuatu yang anda larang, atau anda beritahu anak anda yang anda tidak suka anak anda buat sesuatu yang anda larang atau lain -lain.

Sebenarnya, lebih mudah untuk anak anda faham dan dengar kata sekiranya anda terangkan saja pada anak-anak anda kenapa anda tidak membenarkan mereka buat perkara yang salah.

Contohnya ;
"Kakak, mama nampak kakak pukul adik."
"Boleh ke kakak pukul dan sakitkan adik?"
Sekiranya anak anda kata tidak, tanya pada anak anda kenapa tidak.
Tetapi sekiranya anak anda kata boleh, anda terangkan pada anak anda "Sebenarnya, kakak tidak boleh pukul adik macam tu. Kenapa mama cakap tidak boleh?

Anak anda akan diam selepas ditanya soalan. Ia tidak bererti anak anda mengabaikan soalan anda. Sebenarnya minda anak anda sedang berfungsi untuk fikir jawapan pada soalan anda.

Beri anak anda masa untuk berfikir.

Kata pada anak anda yang anda boleh tunggu. Kemudian selepas 2 - 3 minit, tanya anak anda apakah jawapannya.


3. Ketinggian

Berdiri dihadapan anak anda semasa anda sedang bercakap dengan mereka, kelihatan manakutkan pada anak anda lebih-lebih lagi semasa anda sedang marah.

Jadi, pastikan anda duduk agar paras ketinggian anda dan anak anda sama. Kemudian pandang mata anak anda.

Cara ini membantu anak anda focus dan biar anak anda tahu yang anda sedang bercakap dengan mereka. Ianya juga membuatkan anak anda hormat pada anda.


4. Tukar

Tukar tone suara anda selepas habis bercakap dengan anak anda. Malah, senyum dan gelak ketawa pada anak anda dan berseronok dengan mereka.

Ini akan membuatkan anak anda belajar cara untuk menangani masaalah dengan matang. Cara ini bagus untuk menjadi role model memaafkan pada anak-anak anda.


5. Mendengar

Belajar mendegar apa yang anak anda ingin cerita pada anda. Bila anak anda datang pada anda untuk ceritakan pada anda dimana dalam pada masa yang sama anda sedang sibuk tengok hp, buat kerja atau lain-lain.

Tolong ketepikan sebentar kerja yang anda lakukan dan beri perhatian pada anak anda. Dengar lah apa yang anak anda ingin cerita. Jawab lah soalan sekiranya anak anda bertanya. Pada masa ini, minda anak anda sedang berkembang.

Sekiranya anda tidak boleh ketepikan perkara yang anda sedang lalukan, beritahu anak anda supaya tunggu sebentar. Selepas anda siap, ucapkan terima kasih pada anak anda kerana menunggu dan tanyalah pada anak anda apa yang ingin di ceritakan.

Bila anda belajar dengar apa yang anak anda cerita pada anda, anak anda juga akan belajar dengar kata anda.

No comments: