6 Tanda Isteri Memerlukan Perhatian Yang Lebih Dari Suami


Kebanyakkan suami sering kali terlepas pandang tanda-tanda bahawa isterinya inginkan perhatian yang lebih dari suami. Pernah dengar pepatah ayat "A Happy Wife Is A Happy Life"?

Ianya betul! Luangkan sedikit masa awak untuk memenuhi kehendak isteri.


1. Isteri anda tegur sesuatu yang tidak seberapa penting.

Bila Reen rasa macam kurang kasih sayang walaupun sebenarnya pada hubby dia dah bagi cukup! Hahahaaa Kadang-kadang Reen saje je cari pasal. Masa hubby kerja, Reen faham dia sibuk dan tak banyak masa untuk tengok hp sambil layan facebook dan search internet.

Jadi, bila hubby balik rumah.. Selesai dinner semua, waktu tengah tengok tv, masa tu juga dia akan layan hp. Reen ni pulak bila rasa nak perhatian lebih, Reen akan jeles tengok hubby lebihkan hp dia tu. Hahhahaaha

Mula la ayat ni keluar "Untung la hp tu lagi penting..." Hahahaa

Contoh lain, bila hubby belai kucing.. Reen akan cakap dengan kucing tu "Untungnya jadi Kecik kena belai dengan papa. Jom kecik tukar tempat." Mueehehehee

Memang agak menyampah dan menjengelkan bila isteri kerap menyatakan setiap yang suami lakukan adalah salah. Isteri sanggup cari cara untuk mendapatkan perhatian dari suami walaupun perkara tu tidak masuk akal. Isteri cari masalah walaupun sekecil kuman pada suami hanya untuk dapakan respond suami.


2. Isteri mula menganggu 'privacy' suami.

Suami sukakan 'privacy' sendiri. Adakalanya cara isteri seolah-olah seperti awak tidak berhak untuk dapatkan 'privacy' sendiri. Sebenarnya, isteri awak rindukan awak dan ingin merasai dirinya juga penting dalam kehidupan suaminya.

Sebab itu kadang-kadang isteri kerap ganggu suami. Contoh, isteri akan call setiap kali awak tengah tengok bola sepak dengan kawan-kawan atau semasa awak main hp.

Bila isteri kurang perhatian dari suami, isteri akan kerap fikir 'Dia sebenarnya lebih mengambil berat tentang aku atau hp?"

Nampak seolah-olah isteri awak terlalu sensitif sedangkan awak tidak bermaksud seperti itu. Cara seorang wanita yang inginkan perhatian memang pelik dari lelaki. Kemungkinan besar isteri awak mempunyai perasaan jeles bila tengok awak lebih suka main hp dari luangkan masa dengannya. (Macam Reen! Wakakaka)


3. Isteri buat suami rasa serba salah.

Isteri awak mungkin akan bagitahu yang awak terlalu banyak luangkan masa dengan melepak atau main game. Imbangkan masa awak bersama dengan isteri serta masa untuk awak berseorangan. Isteri awak cuma nak awak adil sebab dia sayang dan cintakan awak.


4. Isteri suka gaduh atau marah-marah tanpa sebab.

Bila situasi ni terjadi, awak mungkin akan fikir yang isteri suka bergaduh atau marah. Sebenarnya tidak!

Ingat seronok ke bergaduh dan marah-marah? Bila isteri awak tengah marah, jangan buat tak tahu, diam atau angguk sahaja. Cara ni isteri awak tidak akan berhenti marah atau bergaduh.

Cara untuk mengatasi masaalah ni senang je. Bila isteri tengah marah atau bergaduh dengan awak tanpa sebarang sebab, peluk isteri awak seeratnya! Cium mulut dahi, pipi isteri awak! In sya Allah, terus terdiam isteri. Sejuk hatinya,


5. Isteri kerap bagi tahu yang dia rindukan awak.


Tolong jangan terasa seolah-olah terbeban dengan cara isteri anda awak ni, dia cuma inginkan perhatian dan kasih sayang dari suaminya!

Mungkin awak tidak memerlukan perhatian yang kerap seperti isteri awak.


6. Isteri kerap cakap yang awak tidak sayang dan cintakan dia.

Seorang isteri memang sukakan kasih sayang dan perhatian yang banyak dari suaminya. Kalau bukan dengan suami, dengan lelaki mana lagi?


Kesimpulannya, isteri awak hanya inginkan perhatian dari awak. Bila ada masa terluang, bawalah isteri bercuti. Selalu peluk dan cium isteri. Lagi best kalau peluk dan cium secara tiba-tiba. Jangan pernah biarkan pasangan anda rasa sunyi walaupun anda duduk serumah.

No comments: