Lebih Gembira Bila Anda Berfikiran Positif

Sudah menjadi lumrah setiap manusia kerap berfikir. Perbezaannya, ada yang berfikir dengan bijak dan ada yang kurang bijak. Kurang bijak bukan bermaksud bodoh. Tidak..

Kurang bijak maksud Reen dimana kita terlalu fikir perkara yang sia-sia. Kajian mendapati bahawa 47% seseorang fikir tentang perkara lain daripada aktiviti semasa mereka. Contohnya, semasa sedang mengemas rumah, fikiran kita kebanyakkannya ke arah lain.

Mungkin sedang fikir;

"Apa agaknya suami aku tengah buat sekarang? Dah makan ke?".

Atau semasa sedang menaip di pejabat, mata, jari jemari sedang focus buat kerja tetapi dalam pada masa yang sama, fikir dan tertanya-tanya;

"Anak aku dah makan ke? Dah tidur ke? Rindunya".


Selagi persoalan tidak terjawab, selagi tu lah perlbagai perkara yang difikirkan dan ada kala ke arah negatif. Ada juga hal kecil, tetapi jadi besar sehingga menyebabkan pergaduhan, cerai berai bila fikir negatif.

Kajian juga mendapati bahawa jika anda terlalu banyak berfikir, terdapat 85% kemungkinan bahawa anda tidak berpuas hati dengan kehidupan anda.

Reen suka baca satu ayat dari Adam Corrie, iaitu;

Senyum selalu,
Selalu bersangka baik,
In sya Allah hati tenang.

Ayat yang sedikit, tetapi memberi makna yang mendalam. Pernah juga suami Reen berkata;

"Tidak perlu pening kepala dan menyusahkan diri fikir tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah dan membuatkan kita sakit hati."

Berfikiran positif, in sya Allah bahagia.
Kurangkan fikir tentang perkara tidak berfaedah, in sya Allah bahagia.

Perkara yang diluar jangkaan kita, diluar kudrat kita. Serahkan pada Allah. Berdoa. Biar Allah yang tolong kita dan percayalah pada Allah.

Jujur Reen cakap, Reen juga tidak terlepas dari berfikiran yang mengarut-ngarut. Kadang tu suami hanya on call dengan kawan sekerja, bahasa berawak saya. Mula lah Reen fikir, suami aku ni ada apa-apa ke dengan perempuan tu?Eh.. Sopan lain macam pula. Eh.. Eh.

Itu baru sikit. Belum lagi perkara-perkara lain. Tak ke sia-sia je fikir benda mengarut. Buat pening kepala je. Lepas tu stress. Diri sendiri yang fikir negative, pastu letakkan kesalahan pada orang lain. ;p

Lepas baca ayat Adam Corrie dan dengar kata-kata suami, baru la ada akai nahhh nak fikir dengan lebih matang. Kui kui kui.

Alhamdulillah, Reen makin bahagia bila berfikiran positif dan ada masa malas nak fikir. Berdoa je pada Allah, kan senang, aman dan tenteram.. :)

41 comments:

  1. setuju 200%....fikir positif klu nak idup bahagia..besangka baik dgn Allah..Allah kan mengikut sangkaan kita....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Semoga kite sentiasa berfikiran positive.

      Delete
  2. Nak salin ayat adam corrie tu & tampal kat dinding.
    Kalo terase down baca ayat tu..
    Thanks share.

    ReplyDelete
  3. pasal suami reen on call dgn kawan tu kelakar hahaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlu Reen gitu la. Pantang dengar suami on call ckp lembut, dah mula pasang telinga sebesar gajah. Over sungguh ;p

      Delete
  4. betul. kalau nak positif, senyum jaaaa. nanti aura positif akan datang sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah.. Cuma ada masa tersungkur juga. Hihihi dan bangun semula.

      Delete
  5. agree

    yap semua org pernah berburuk sangka, berfikiran negatif etc... masalah ni boleh atasi dgn cara mendidik hati... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anies.. Semoga kite kuat untuk didik hati. 💪

      Delete
  6. betul la tu kena sentiasa fikir positif baru la hidup happy.. ooo kena senyum selalu la eh dgn bersangka baik baru tenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita senyum walaupun tengah sedih, automatic otak kite set happy.. Dan akan rasa much better.. In sya Allah.. :)

      Delete
  7. Sesetengah orang laki nih kan, fikiran dorang simple sangat. Malas nak fikir hal remeh temeh. Tak semak macam kepala kita, orang perempuan nih. Memang banyak perbezaan lelaki & perempuan kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa betul gee. Reen setuju. Tu kadang reen cukup jeles dengan lelaki.. Acano la dorg boleh kurang atau tak fikir perkara2 yang kite fikir..

      Delete
  8. Berfikiran positif itu tidak dapat disangkal lagi terlalu banyak kebaikkannya.
    Berfikiran positif kita akan rasa happy selalu dan nampak muda selalu ;-)

    Nak tanya Reen kenapa agaknya dekat readinglist blogger dashboard Mrs. A entry Reen tak up-dated. Entry kat sini last 3 weeks punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Setuju. Hihihi Reen tak pasti kak.. Cuba akak buat lagi sekali. Mungkin code template reen ada masalah..

      Delete
  9. Bak kata guru akk, kita ni selalu risau dgn benda mendatang, apa akn jadi masa depan, padahal semua tu Allah dah susun cantik utk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Kadang kite terlepas pandang perkara macam ni.. Terlalu ikutkan perasaan.. Sampai fikir bukan2.. Tentang hari mendatang..

      Delete
  10. Setuju2..
    Fikir negatif ni memang memenatkan.. Kaklong pun gitu juga dulu, last2 penat malas nak pikir sangat. Pikir benda kita mampu kawal je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju gn kaklong juga.. Pengalaman mematangkan kite.. :)

      Delete
  11. setuju sangat dengan kak reen :) Walau macam mana pun, kita perlu sentiasa berfikiran positif, kalau tak kita yang terganggu, tak boleh tidur, semua kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul.. Lepas tu stress.. Buat penat badan je. ;p

      Delete
  12. setuju. memang bila berfikiran positif nie lebih menenangkan. berfikiran negatif atau overthinking nie tak elok sebenarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Boleh mendatangkan pelbagai penyakit juga bila fikir negative..

      Delete
  13. Kita org pompuan ni mmg gitu pun reen...
    Jap2 pikir itu...jap2 pkir yg ni pulak...sentiasa bebankn otak kita sdri..hihihi...
    Tp btul ckp adam corrie tu...
    Kena selalu brsangka baik...
    In Sha Allah everything will b ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa otak wanita ni agak complex kan.. Kadang reen pelik dengan otak sendiri. Ye lah.. Dah tak de kje nak berfikir. Kalau fikir positif tak pe.. Ini, ish ish ish. ;p

      Delete
  14. Semuanya mesti bermula dgn mendidik hati. Hati yang sentiasa bersangka baik, jiwa pun akan mejadi lebih tenang. Ya Allah, semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam setiap perbuatan/perlakuan /pemikiran yg baik..inshaallah...

    ReplyDelete
  15. suka entry ni... mai pun tak lari dari pemikiran negatif macam takut nak kedepan bila dalam kelas, takut nak menonjolkan diri, takut masa presentation, tapi mai selalu lawan perasaan tu, sebab kalau benda nk jadi,pasti akan terjadi, tapi belum tentu jugak akan terjadi...buat penat je fikir negatif, redah saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa betul mai.. Kadang kite yang over berfikir.. Kui kui kui ;p

      Delete
  16. anda di tag

    v
    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/10/pencarian-bloglist-november-by-aisyhah.html

    ReplyDelete
  17. eh saya tekan boleh je . nah link nya

    http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/10/pencarian-bloglist-november-by-aisyhah_16.html

    ReplyDelete
  18. haha..thnks 4 sharing sis..ala kite pompuan beselah pikir mcm2..bnyk benda nk kena handle tauu.hahaha..but seriously tenangkan hati dn sentiasa bersangka baik..insyaAllah all is well.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul. Lumrah perempuan yang suka sangat berfikir. Kadang perkara tak faedah pun difikirkannya. ;p

      Delete
  19. kakak setuju tang nih.. bila kita boleh control ape yang kita fikir, kita boleh contol iman jugak.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi betul kak.. In sya Allah. Kena kuat 💪

      Delete
  20. Yelah.....setuju sangat dengat ayat tu. Bila kita bersangka baik ni, rasa ringan jer minda kita kan Reen. Tak serabut. Kurang sikit kedut kat dahi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Dapat jadi awek muda gitu. ;p

      Muka pun berseri2 macam anak dara. Heh. Over Reen ;D

      Delete