Cak Cak Blog Bloggers

Assalamua'laikum.. Hi!

Sejak mengiatkan diri dalam dunia blog, banyak info-info menarik yang Reen baca dari blog bloggers yang awesome! Banyak ilmu yang Reen perolehi dari mereka salah satunya tentang tempat menarik yang Reen baru tahu dan banyak lagi!

Kemudian, ramai ahli bloggers yang rajin singgah blog bloggers yang lain. Ada yang hanya jadi "silent reader" dan ada juga yang meninggalkan jejak mereka didalam ruangan komen.

Reen minta maaf pada yang jadi "silent reader" kerana tak dapat detect untuk jejak dan singgah blog anda. :(

Bagi yang meninggalkan jejak korang di ruangan komen, Reen berfikir bagaimana caranya untuk Reen aware akan blog korang semua. Supaya mudah untuk Reen singgah dan tinggalkan jejak di ruangan komen blog korang.

Supaya bila Reen nampak je update dari blog korang, sepantas kilat Reen singgah blog korang. Pernah Reen buat satu list didalam post draft Reen, list yang follow blog Reen dan blog address korang. Tapi.. cara ni susah untuk Reen tahu siapa yang dah update. Kena klik satu persatu untuk tengok, leceh kan?


Kadang tengok kat dashboard, ada yang terlepas pandang... Kemudian, Reen buat circle Top Commentor dalam Google+. Reen akan beri priority pada Top Commentor untuk Reen cak cak blog mereka bila ada latest update.

Tapi.. still cara ni tak memudahkan Reen kerana bagaimana pula dengan bloggers lain yang rajin komen dan tiada Google+? Bagaimana caranya untuk memudahkan Reen aware blog mereka bila ada latest update?

Kemudian... Akhirnya! Reen jumpa satu jalan penyelesaian yang sangat mudah. Terima kasih pada Bloglist Gee Lion. Hihihi Serius, cara Gee sangat memudahkan Reen untuk cak cak blog bloggers lebih-lebih lagi yang rajin tinggalkan komen.

Cer tengok gambar diatas atau kalau tidak jeles, klik je sini dan tengok betapa cantik dan kemasnya bloglist Gee. Yang mana latest update akan auto blog paling top. Senang kan kan. Sekarang, tiba masanya untuk Reen edit mengedit blog khas untuk cak cak. Terima kasih Gee! Sayang Gee! :D

12 comments:

  1. haah lah.. menarik gayanya ni.. Tapi camne nak buat? Hee. reen nanti buat tutorial boleh? hee. cantiklah bloglist camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen tak pandai buat macam Gee punya. Gee punya semua widget, Gee nyorok post body. Pandainya! Tu nampak kemas. Lepas tu satu page je. Tak perlu nak scroll panjang lebar.

      Memang cantik dan sangat smart! Reen jatuh cinta dengan blog blogwalking Gee.

      Delete
  2. Oh ini rupanya yg dikatakan Reen dlm email tu ^_^ Banyak dah bloggers yang buat cara macam nih. Mengasingkan bloglist dengan main blog atas tujuan meringankan blog. Sebab bila terlalu banyak link dlm satu blog, besar kemungkinan blog jadi berat jadi nak loading pun ambil masa yg lama. Blog list banyak pulak tuh kan, camne nak sumbat dalam satu page.

    Cero, Maria, Mas, Shikin, Yana Yani antara blog yang saya perasan asingkan blog utk bloglist dengan main blog. Tak sabar pulak nak tengok bloglist Reen nanti. Ada tak link blog Gee agak-agak? Heheh.

    Terima kasih jugak kepada Reen. Cayunk awak jugak ^_^

    Kalau nak bloglist macam Gee, jangan segan silu bertanya lagi. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan.. Blog bloglist Gee cantik, smart, kemas. Cer tengok Reen punya, simple teramat. Mueheheee :p

      Reen setuju, banyak link dan akan slowkan pagespeed blog dan.... nampak kurang kemas bila letak terlalu banyak link kat sidebar, untuk yang takde scroll..

      Delete
    2. Buat yg simple dulu pun okay. Nanti dah master coding, macam-macam style boleh buat kat template tu tau ^_^

      Delete
  3. Bestnya bila pandai godek2 sendiri ni, terus-trang akk tak pandai. Malas pun ye, sbb blog byk citer santai je. Hrmmmm...mudah2an akk pun bole serius cam reen dan kwn blogger lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai sangat kak. Reen punya simple. Cer tengok. Hihihi Reen letak link kat entry terbaru tentang blog khas. Reen pun malas, tapi kena juga buat sebab mudah untuk Reen blogwalking..

      Akak boleh upah seseorang yang pandai buat. Haaaaa. Lagi senang kak.. Cuma kena keluar sedikit ongkosnya.

      Delete
  4. Menarik idea ini, dah tengok nampak kemas kalau macam tu kansss... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi btul kak. Alhamdullilah.. Skrg lebih senang utk alert bila bloggers update entry.. Dan redah :)

      Delete
  5. mmg senang wt bloglist cmnie ann tp klo yg rjin update tu mmg x terkejar nk komen..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa betul. Kadang tu berenti sat dari blogwalking. Rehatkan jari.. Pastu baru sambung. Hihi

      Delete