Cara Semak Virus Malware Untuk Blog

Cara semak virus malware untuk blog. Pernah korang terfikir yang template korang berkemungkinan mempunyai virus? Lebih-lebih lagi untuk template yang didownload secara percuma. Bagaimana cara untuk tahu samaada blog ada mempunyai virus atau tidak?

Cara Semak Virus Malware

Malware atau lebih dikenali sebagai malicious software digunakan untuk mengumpul data sulit, mendapatkan akses yang tidak dibenarkan dari laman web dan juga merampas atau hack komputer korang.

Hampir satu juta ancaman malware yang baru dikeluarkan setiap hari. Terdapat pelbagai cara penjenayah cyber ini boleh menggunakan malware untuk hack blog korang. Ianya juga mempunyai pelbagai jenis malware yang berbeza fungsi dan tujuan.

Malware bukan saja boleh merosakkan blog korang malah ia juga boleh membahayakan pengunjung blog korang juga.

Kegunaan Malware


  • Merampas data/computer/blog
  • Mencuri data sulit seperti email, password, credit card.
  • Spam
  • Meningkatkan kedudukan SEO untuk laman web tertentu (selalunya untuk pesaing)
Apabila penjenayah siber dapat kesan kelemahan blog korang, mereka akan semak mengapa mereka perlu mengakses laman web anda dan kemudian mereka akan menentukan jenis malware yang akan digunakan untuk di hack.

Jenis Malware
Korang mungkin pernah dengar tentang "virus" blog atau website, tetapi adakah korang tahu bahawa virus itu hanyalah salah satu daripada beberapa jenis malware?

Virus → Boleh berjangkit ke blog korang/pengunjung, komputer atau website dan akan memberi kesan negative pada fail-fail korang seperti memaparkan iklan, email attachment dan crash blog/website/computer.

Trojan Horse → Jenis malware yang bijak. Ianya dapat menyamarkan dirinya sebagai fail atau sofeware yang nampak sah/original, boleh melakukan apa-apa tugas seperti menukar dan memadam fail korang.

Adware → Satu bentuk malware memaparkan iklan yang tidak diingini pada skrin. Ianya juga direka untuk mengumpul data browsing history korang dan kemudian mengesan laman web/blog yang korang visit dan menghantar maklumat kepada orang yang hantar hack ini.

Orang tersebut akan hantar atau paparkan iklan berdasarkan maklumat yang dikesan. Bayangkan betapa menyampahnya bila ada iklan yang tiba-tiba masuk dalam blog korang? Lepastu pula secara percuma. Amboi.. Biasa orang ni. Nak kena babab.

Selain itu ada juga jenis Rootkits, Worms, Spyware, Crimeware dan banyak lagi. Jadi, bagaimana cara untuk semak samaada blog korang ada malware atau tidak? 

Pertama → Pergi ke laman web https://sitecheck.sucuri.net/. Kemudian, masukkan nama blog korang dalam ruangan yang disediakan dan tekan scan website.

Kedua → Selepas keputusan dipaparkan, sekiranya nampak warna hijau (seperti gambar dibawah), tahniah! Blog korang clear dari sebarang malware. 

Cara Semak Virus Malware

Tetapi, sekiranya berwarna merah seperti gambar dibawah, korang kena upah yang pakar untuk buang malware tersebut atau boleh cuba buat sendiri (yang ni Reen masih belum belajar lagi.) atau pilih/cari template lain. Yang penting, sebelum edit sendiri.. Pastikan backup template dulu ya.

Cara Semak Virus Malware

Setelah korang test, adakah blog korang mempunyai malware atau clear dari malware?

19 comments:

  1. Nanti akak nak cuba jugalah. Thanks, Reen.

    ReplyDelete
  2. dh letak link blog.. ada virus malware lah.. macammana nk buang virus tu ? kalau dh belajar nnti boleh update ke blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat dalam website tu ade bg tau code mana yang disyaki ada malware.. Boleh cuba delete code yang mereka bg. Cuma, risau nanti akan ada yang missing.

      Mcm reen cuba buat.. Gambar hilang. Uhuhu Terpaksa tukar template lain..

      Delete
  3. hi reen. erin kan ada buat giveaway SandyTheme tu kan, so erin tanya seller dia pasal ni and dia reply: "Do not worry because that site detected the compressed code as malicious. If site has malicious, the first bot detect it must be Google, not a small site like that :)." fuh baru lega erin nak bagi template tu dekat the winner :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Erin.. Ada sorg kawan bloggers Reen yang dah kena. Detect kat web suri juga.. Reen pun sbnrnya ada beli template dari Sandy.. RosePin Template.

      After beli baru check dan ada unsur2 malware. Jadi, Reen tak guna pun template tu.. Erin blh je kalau nak teruskan guna atau beri as giveaway.

      Ianya hanya langkah berjaga2.. :)

      Delete
    2. erin rasa reen kena tanya seller tu dulu kot. sayang dah beli tapi tak pakai sebab guna website tu nak check kot kot tak betul ke. kalau template free takpelah kot kalau ada malware, dah nama pun free. kalau paid template ni mcm tak sedap pulak ada malware, of course lah seller tu kena make sure all template dia 100% free of malware.

      Delete
    3. Betul.. Sepatutnya mcm tu. Nanti Reen akan tanya seller. Thanks dear :)

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian... ada la sekor malware.. nk kena tukar template pula la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak beli template, pastikan untuk check malware.. Kalau tdk, rugi..

      Delete
  5. Hakak rasa malvare ni mcm bermusimlah Reen. Dulu dulu sekejap sekejap ada aje blog yg kena Malvare ni. Tapi sekarang ni mcm dah jarang dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab blog2 tersebut dah kurang active kot kak.. Dan betul juga cakap akak, sebab musim..

      Delete
  6. Dah lama tertanya2 mcm mana nak kesan virus dlm blog nih.. namti nak try pi check dulu.. berdebar raso huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi berdebar juga waktu nak check. Risau..

      Delete
  7. dah check juga walaupun pakai simple template, hehehehe, yeay clean!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya template akan clean yang ada di blogspot.. In sya Allah. :)

      Delete