Adakah wajib basuh telur sebelum masak? Mengikut penerangan dari Ustaz Azhar Idrus, ada dua perkara. Iaitu;
1. Wajib
2. Tidak Wajib
Kenapa ada yang wajib dan tidak wajib? Ianya wajib sekiranya anda menggunakan tangan anda selepas memegang tulur untuk masak seperti menguli tepung, menguli doh dan sebagainya.
Manakala tidak wajib sekiranya anda memasak dengan menggunakan sudu, senduk dan sebagainya seperti sedang menggoreng telur.
Tahukah anda, telur yang dibasuh juga tidak boleh disimpan lama? Ianya kerana kulit telur mempunyai lapisan pori-pori dan perlidungan selaput untuk mengelakkan sebarang kuman merebak dalam isi telur dan mengelakkan telur cepat busuk serta untuk mengelakkan dari penyakit keracunan makanan yang dikenali sebagai Salmonella.
Sebelum ni Reen juga tertanya-tanya, kenapa mereka tidak bersihkan dulu kulit telur sebelum dijual? Kan nampak kotor, dengan bekas tahi. Sekarang Reen tahu sebabnya dan waktu bila yang wajib atau tidak wajib dibasuh. Untuk degar penerangan lebih lanjut dari UIA, klik sini dan lihat durasi 1:06.
Singgah sini biasanya basuh jugak x kira nak goreng telur pon hiii
ReplyDeleteSama hihihi lebih yakin untuk makan bila basuh dulu :)
DeleteTq reen.
ReplyDeleteKita mmg simpan telur dln peti ais xbasuh..
Masa nk guna ja baru basuh
Hihihi confident masak bila kita jaga kebersihan kan kan :)
Deletetetap basuh sebelum masak sbb geli,hahaha. tapi betul tu bab kalau basuh awal awal pastu biar lama, nanti boleh kena bacteria salmonella, lepastu cirit birit.
ReplyDeleteHahahaa betul! Geli. Kalau kat kulit telur tak nampak tahi, reen gosok gitu je. Tapi kalau ada, seboleh2 nak gosok dengan span basuh pinggan mangkuk atau yang jenis degil nak hilang, Reen akan guna basuh pinggan yang macam dawai tu. Haaaaa bersih. :p
Deleteassalamualaikum reen,
ReplyDeleteselalunya masa nak guna, baru saya basuh dan sebolehnya saya akan elakkan drpd letak dlm peti sejuk. so selalunya saya akan beli dalam kuantiti yg sedikit.
Waa'laikumsalam awak.. :)
DeleteAwak beli kuantiti sikit ya. Lebih kurang macam Reen, sebab berdua dengan En. Suami kat rumah ni. Kadang tu kalau beli sepapan, ada masa telur tak habis sampai dah expired. Heeeee :D
Samalah kita. Hihi.
Deletewalau mcm mn pun mesti nak basuh,dah terbiasa tgn tu mesti nak celup air,hihii
ReplyDeleteSama.. Hihi kadang tu tetap nak basuh tangan selepas pecahkan telur walaupun dah basuh..
Deletemasuk dlm peti tu xbasuh, tapi b4 masak mesti basuhkan dulu
ReplyDeletetp kdg konfius jugak, telur patut letak dlm peti ke xpe je ltk luar..huhu
Boleh letak luar.. Cuma kalau letak dalam peti ais lebih tahan lama.. :)
DeleteSelalunya memang akan basuh bila nak guna. Takut nanti bila pecahkan telur, kotoran pada kulit telur masuk sama :)
ReplyDeleteYup.. Setuju. kadang putih telur terkena kulitnya..
DeleteAkk simpan telur tak basuh, tapi nk masak baru basuh, peratikan org jual beger yg guna telur, akk kalo tgk telur kt bekas telur lagi, kansel tk jadi beli.
ReplyDeleteSebelum beli, akak akan tengok telurnya dulu samaada masih dalam bekas telur atau tidak ya..?
DeleteKena aware kan kak.. Tak semua gerai yang rajin untuk basuh telur terlebih dahulu sebelum masak..
Siqah basuh telur sebelum nak masak. Dan siqah simpan telur kat luar je. Bukan dalam peti ais. hEe
ReplyDeleteMacam Reen kalau masa zaman bekerja (sekarang seorang surirumah :p), telur wajib simpan dalam peti ais.
DeleteSebab reen jenis jarang masak kalau bekerja. Kui kui kui. Kadang tu agak2 dah sebulan.. Terus buang. Tak pun kalau baki telur masih ada 5 biji..
Dan salah satu biji dah busuk, semua reen akan buang. Uhuhu itu yang hubby akan beli telur rm2 je.
Sekarang dah jadi housewife.. Almost tiap hari akan masak menu yang menggunakan telur. Paling senang, telur dadar. Hahahaaaa :D
laa..baru ceq tauu..nasib baik x basuh semua telur yg bru beli tu..bkn apa..klo de yg kotor tu rsa cam x insecure nk simpan..ahaks
ReplyDeleteYup.. Hihi tp trpksa juga buat2 tak nampak masa nak simpan.. ;p
Deletemmg kena basuh...baru rasa sedap
ReplyDeleteHihihi setuju. Nak makan pun rasa bersih.. Dijamin 👍
DeleteKenapa cerita telur?
ReplyDeleteSebab kebetulan.. Waktu ni terfikir kena basuh ke tidak. Dah alang-alang research.. Itu yang share sekali.
Delete