Happy New Year 2017

Di kesempatan ini, Reen ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua rakan-rakan seperjuangan bloggers dan juga pembaca blog Reenri.


Malam tahun baru korang sambut di mana? Macam Reen, seperti biasa.. Duduk di rumah sambil baca novel. Macam bosan je aktiviti Reen malam tahun baru kan? Nak keluar.. tapi tak rajin untuk menempuh kesesakan. 

Jadi, apakah azam tahun 2017 korang? Reen tanya azam korang, tapi azam Reen pula?

Azam Reen, salah satunya adalah berusaha dengan lebih gigih untuk dapatkan zuriat. Mueheheheeeeeee ;p


Selain dari zuriat, iaitu untuk dapatkan pageview blog sehari 10k. Boleh ke? Jawapannya sudah tentu boleh. Cuma kena lebihkan usaha dan tukar beberapa strategi agar berjaya dapat pageview 10k sehari. Bloggers lain boleh, tentu kita pun boleh. 

Banyak lagi sebenarnya azam Reen tahun 2017 ini. Cuma, segan pula nak kongsi yang selebihnya. Yang penting, agar tahun 2017 ini lebih mendekatkan kita kepada Allah. Dari tinggal solat, kepada cukup 5 waktu dan dapat buat solat sunat.

Dari tinggal puasa, tahun ni berubah agar dapat berpuasa penuh dan in sya Allah dapat berpuasa sunat. Dari yang tinggal mengaji, tahun ini dapat meluangkan masa untuk mengaji. 

Reen doakan agar kita diberikan kebahagiaan, rezeki yang tidak putus-putus, bersihkan hati dan pemikiran kita dari perkara yang negative dan kuatkan iman kita sebagai hamba Allah. Amiin..

20 comments:

  1. Amin, amin..moga azam reen nak dapatkan zuriat tu tercapai. In shaa Allah, usaha, tawakkal. Pegilah urut dgn kawan akk tu, masa akk pi urut dgn dia aritu, ada sorang doktor ni dah sakit lama kat bhgian bahu, Alhamdulillah berkat urut dgn kwn akk tu, dia dah ok. Doktor ni kerja kat kpmc dan duduk di langat reen, sanggup drive mlm2 jumpa kwn akk ni demi nak sihat.

    ReplyDelete
  2. Reen,

    Semua azam Reen tahun 2017 boleh dicapai except the one. HE has the right on our fate thus our fare is in his hands. I believe that prayer changes things and we know that prayer changes us, and we change things.

    Keep on praying and i pray for you too. A friend is a friend.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. InshaAllah semua azam akan akan trcapai. adik sntiasa doakan. <3 amin.. yg bab pv tu. setuju! nak jgak mcm tu tahun ni. haha

    ReplyDelete
  5. Wah! banyaknya azam Reen semoga semuanya tercapai and happy new year.

    ReplyDelete
  6. Wah! banyaknya azam Reen semoga semuanya tercapai and happy new year.

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru Reen..semoga segala hajat & impian tahun 2017 tercapai, inshaa Allah, berusaha!!

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru dan semoga azam tercapai tahun 2017 ini...

    ReplyDelete
  9. Semoga apa yg dihajat reen tercapai...happy new year.

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun Kak reen tersayang.
    Semoga apa yang dihajati tercapai. Mai pun nak 10k pv, tapi skrg 500 pun dah tak sampai, hahaha.

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru reen. Semoga segala impian tercapai. Azam cik renex tahun ni nak kurus

    Hehe

    ReplyDelete
  12. Amin... amin... amin... moga dipermudahkan segalanya untuk penuhi azam...

    Saya pun belum pernah dapat PV sampai 10k... hahahaha padahal dah berblog dari tahun 2004. Nak buat macam mana saya tak aktif macam blogger lain... hehehe kena usaha lebih untuk capai PV macam tu... InsyaAllah slowly, boleh..

    Selamat tahun baru Reen....

    ReplyDelete
  13. Selamat tahun baru reen.. Moga tahun ni lebih baik dr tahun2 sblmnya.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  14. Selamat tahun baru Reen....Aaminn...semoga dipermudahkan segalanya....Akak follow sini....

    ReplyDelete
  15. Moga berjaya dilunaskan azam Reen tu ye.... Hakak malaslah nak berazam, sambung ajelah azam tahun lepas hihi....Tulah cadangnya nak ganti puasa, nak buat Isnin Khamis...Tapi tak berapa nak kuat semangat pulak

    ReplyDelete
  16. Dah dua bulan lewat wish kat reen --' Selamat tahun baru reen :) InsyaAllah klau rancang dengan betul (dengan izin Allah) akan trmkbul dan brjln dgn yg trbaik. Amin

    ReplyDelete