Warisan Hati Rimba, Kemensah

Assalamua'laikum.. Hi!

Adakah korang sedang mencari review suasana di Warisan Hati Rimba, Kemensah? Reen nak share pengalaman Reen dan keluarga semasa bersantai di sana.

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Air didalam kolam buatan ni bersih dan suam. Senang cerita, bila mandi disini memang tak terasa menggigil kesejukan. Air di dalam kolam ini adalah air semulajadi yang mereka salurkan dari bukit. 

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Tempat ini sangat sesuai untuk yang ingin mencari ketenangan dengan bunyi air mengalir, udara segar kerana di kelilingi pokok-pokok, dengan alunan bunyi cengkerik.

Suami Reen sampai tertidur dan nyenyak pulak tu di kerusi rehat yang di sediakan berhampiran kolam. Isteri dia ni yang sibuk mandi dengan sepupu dan adik-adik. :p

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa di Warisan Hati Rimba. Bila semua dah meningkat remaja mahupun dewasa, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.

Dengan kerja, keluarga, kawan. Jadi, masa bercuti inilah kita gunakan masa dengan sebaiknya untuk merapatkan lagi silaturahim.

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Kolam kecil untuk si comel, anak-anak yang berusia lebih kurang 2 tahun ke atas. Tapi tetap kena perhatikan ya anak-anak mandi walaupun kolamnya cetek.

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Cantik, jernih dan nampak bersih air sungainya kan? Boleh juga mandi, tapi.... sejuknya. Mak aihhhh..! Reen berendam sekejap je kat sungai ni sebab sejuk.

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Warisan Hati Rimba, Kemensah

Sebelum korang datang ke Warisan Hati Rimba, korang kena call dulu untuk tempahan chalet atau untuk mandi saja. Kadang di Warisan Hati Rimba ada buat majlis hari jadi, hari keluarga.. Jadi risau tempat ni tutup pada hari tersebut.

Chalet Warisan Hati Rimba

Lot 1244 H-10 Jalan Bunga Ros,
Kampung Kemensah,
68000 Hulu Kelang,
Selangor
Elly +6013-324 5916 | +6011-2114 1708

Jalan untuk ke Warisan Hati Rimba mudah saja. Korang lalu jalan untuk ke Kemensah a.k.a belakang Zoo Negara dan terus je.



Lepas tu korang akan jumpa simpang seperti di atas. Belah kiri ni ada satu kolam untuk memancing, masuk simpang kiri tepi ni yang tersembunyi di sebalik kereta. Kemudian terus lagi sehingga korang jumpa signboard Chalet Rimba Jinbara seperti gambar di bawah.



Depan sikit saja dari signboard Chalet Rimba Jinbara, korang akan jumpa Warisan Hati Rimba. Dah sampai..

Warisan Hati Rimba, Kemensah


Ini adalah video kolam ke dua yang lebih besar dari kolam yang lagi satu.


32 comments:

  1. Bercuti sempena awal cuti tahun baru ke reen, cantiklah tempat tu, haa, akk rasa yg ni lebih senang dicari kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee saja kak jalan2.. Yup. Tempat ni lagi senang cari.. In sya Allah nanti Reen akan ke Singgah Santai untuk tangkap gambar dan update cara ke sana..

      Delete
  2. Menarik betul tempat ni. Dekat pun ya juga. Boleh set tarikh bercuti sini. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang best untuk bercuti.. Air pun nampak bersih kan?

      Delete
  3. Air sungai memang best sangat, sejuk..kalau kat Kedah selalu family mai bercuti ke Yan, mai lupa nama tmpat tu, tapi bestnya setiap rumah ada private pools sendiri, mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya setiap rumah ada private pool.. Tapi harganya pun mesti best juga kan Mai? Muehehee :p

      Tempat ni ada dua jenis air.. Satu air sungai lagi satu air dari atas bukit yang ada dalam kolam buatan mereka.. Air kolam rasa suam je. Mandi la lama2 pun tak sejuk..

      Tapi kalau air sungai die.. Brendam sekejap pun dah terasa menggigil.

      Delete
  4. Owh ya bagus share info lokasi menarik mcm ni.. Sy suka la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah ada masa nanti boleh buat percutian hari keluarga di sini :D

      Delete
  5. Damai nampak tempatnya... lama dah saya tak ke tempat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Damai sebenarnya terletak di hati.

      Delete
    2. Alhamdulillah.. Sangat damai. Dengan bunyi2 cengkeriknya.. Angin sepoi bahasanya.. Uda a segarnya.. Serius memang best.

      Delete
  6. , singgah sini,, lama x menyinggah... kat blog reen..alhamdulillah demam beransur kebah dah,,.tenangnya nampak.. best kalao buat berpiknik kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe xpe faham.. Wani pun tak berapa sihat.. Lagipun awal tahun ni tentu sibuk dengan kerja.. Personal.. Keluarga..

      Alhamdulillah.. Dah makin kebah demam wani..

      Yup best.. Ehehehe tengok video akhir sekali pun dah boleh rasa secara live macam mana environment di Warisan Hati Rimba..

      Delete
  7. Keterangan yg lengkap. Kalau ada yg sesat ke sana orang tu tak kenal papan tanda.

    Entah bila agaknya saya lepas ke sana, asyik sebok tak tentu pasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ramai yang call Reen bertanyakan no contact Warisan Hati Rimba ni.. Reen dah pergi lama sebenarnya tempat ni dengan family. Cuma reen up entry lagi sekali untuk menepati SEO dan update latest info tentang Warisan Hati Rimba..

      Itu yang letak keterangan lengkap. Sebab boleh tersalah masuk lorong kalau tak guna gps..

      Delete
    2. Saya dari dulu hingga sekarang tak tau apa itu SEO. Nanti bila lapang i'll ask reen directly, maybe via watsap or email.

      Delete
    3. Hari tu dah buat entry tentang SEO.. Tapi dapat karang sikit je. Tak tahu macam mana nak terangkan.. In sya Allah bila dah siap, reen publish ya..

      Delete
  8. Menarik.. Terasa suasana kampung tu.. sejuk jerk pemandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Rasa aman dan tenang je bila kat sini..

      Delete
  9. Tempat macam inilah yg best utk dikunjungi
    Mendamaikan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee betul.. Lagi2 yang duduk di kawasan bandar.. Lagi best bila datang tempat macam ni kan kak

      Delete
  10. selalu pergi Kemensah atas urusan kerja, ikut jln2 dalam Tmn Melawati..

    masih lg terpelihara alam semulajadi walaupun dah banyak pembangunan sepjg jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat mandi ni kawasan agak pedalaman.. Alhamdulillah masih terpelihara kak..

      Delete
  11. prnh pergi sini dulu, tak ingt tahun bila, natural smpi sekrang ye..boleh plan visit sini lg nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee boleh zie.. Bawak anak mandi manda di sini..

      Delete
  12. Cantik tempatnya,..damai lagi menenangkan 😊

    ReplyDelete
  13. Namanya pun Warisan Rimba ye Reen. Mmg sejuk dan redup mata memandang ni. Tapi hakak kurang suka gi tempat gini. Walaupun katanya org kampung. Akak lebih suka gi tempat moden moden Reen

    ReplyDelete
  14. bagaimana keadaan dalaman chalet? bersih?

    ReplyDelete
  15. menarik sangat tempat seperti ini. suasana kampung...memang kena dengan jiwa saya

    ReplyDelete
  16. Minta maaflah,saya kalau datang tempat macam ini,selepas mandi,mesti tidur pnya..

    ReplyDelete
  17. Best and tenang je. Kat kelantan bnyk tempay cam ni. Cuma tk pegi je. Padahal klau hang out sini weekend pun ok kan.

    ReplyDelete
  18. Menarik juga tempat, boleh la ke sini plak, asyik ke ulu yam je .. hihihi.. thankz sharing info tempat ini. -salam sayang kekja-

    ReplyDelete