Jangan Ada Hubungan Istimewa Dengan Suami/Isteri Orang. Kenapa?

TOLONG JANGAN DAN JANGAN ADA HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG. KENAPA?

Assalamua'laikum..

Hi awak..!

Hari ni Reen terfikir tentang topic ni. Zaman sekarang ni acap kali kita dengar atau baca berita tentang kes curang.

Suami bersama dengan wanita lain begitu juga sebaliknya. Dalam Islam tiada istilah karma. Ianya dipanggil Kifarah. Karma ni untuk Hindu.


Apa itu Kifarah?

Kifarah adalah balasan di dunia dari Allah S.W.T kerana dosa hamba-Nya.  Untuk maklumat lanjut tentang Kifarah, klik sini.

Percayalah, sekiranya awak mempunyai hubungan tidak sah dengan suami/isteri orang, awak juga akan mengalami perkara yang sama apabila awak telah berumahtangga nanti.

Reen nak kongsi beberapa kisah tentang curang. Ianya kisah benar..

Kisah 1
Lina (bukan nama sebenar) berkenalan dengan seorang jejaka yang hensem dan pandai mengambil hatinya.

Lina pun berikan no hp pada jejaka tersebut. Apabila 2 minggu saling berjumpa dan chat, jejaka tersebut terus terang dengan Lina yang jejaka tersebut telah mempunyai isteri.

Lina terkejut dengar pengakuan jejaka tersebut. Sambung jejaka itu lagi, isterinya mengandung 8 bulan tetapi jejaka tersebut ingin ceraikan isteri nya dan berkahwin gn Lina.

Jejaka tersebut terangkan pada Lina yang isterinya bukan isteri yang baik, kerap mengamuk padanya, kurang ajar dan pelbagai lagi.

Lina pun percayakan jejeka tersebut. Tidak Lina tahu isterinya jadi begitu sebab banyak kali kantoi jejaka tersebut ada perempuan lain.

Lina pun teruskan perhubungan dengan jejaka tersebut, percaya akan kata-kata jejaka itu.

Selepas beberapa hari, Lina dan jejaka itu lepak minum di kedai makan. Dengan mengejut isteri jejaka tersebut meluru ke arah jejaka itu.

Isterinya dengan perut yang sarat mengamuk sehinggakan tidak dapat menahan kemarahan, isterinya ambil helmet yang paling dekat dengan isteri dan kemudian isteri jejaka baling ke arah jejeka tersebut.

Ramai yang melihat kejadian tersebut.

Dekat situ juga jejeka itu melepaskan talak.

Selepas anak jejaka itu lahir, tidak Lina tahu semasa jejaka itu menyampaikan hajat hati ingin menjadikan Lina isterinya, dalam pada masa yang sama jejaka itu meminta rujuk pada bekas isteri.

Bekas isteri tidak menerima jejaka itu dan kemudian Lina berkahwin dengan jejaka itu.

Awal perkahwinan sememangnya indah... Selepas perkahwinan Lina genap setahun, suaminya mula menunjukkan perbuatan yang mencurigakan.

Rupanya Lina dapat tahu suaminya jumpa isteri lama senyap-senyap dan minta rujuk.

Kemudian Lina terbaca mesej mesra suaminya dengan wanita lain.

Lina sedar, ini adalah Kifarah yang dia terima atas perbuatan dia sebelum ini.

The end.


Kisah 2
Suatu hari Kira (bukan nama sebenar) berkenalan dengan Din (bukan nama sebenar) di dalam laman social Facebook. Umur Din 29 tahun dan katanya masih bujang.

Kemudian mereka berdua berjumpa.. Sejak dari pertemuan pertama, Kira dan Din makin kerap berjumpa.

Seminggu boleh dikatakan 3, 4 kali jumpa. Jarak tidak menghalang mereka untuk berjumpa. Kira tinggal di Ampang manakal Din di Subang.

Lepas Din balik kerja, Din akan terus datang ambil Kira di rumah dan mereka keluar dating. Pada hari kelahiran Kira, Din berikan hadiah Iphone 6s untuk Kira.

Din adalah seorang yang mengambil berat, romantis, egonya tidak tinggi, pandai ambil hati Kira dan orang tua Kira.

Tetapi selepas beberapa bulan, Kira merasa pelik. Kenapa setiap kali waktu malam, Din susah nak chat dengan Kira. Bila waktu kerja, kalau Kira tak hantar chat dulu.. Din lah yang akan hantar chat "assalamua'laikum syg.. Dh breakfast..?"

Tetapi kenapa bila waktu malam Din diam membisu. Kalau call pun sangat jarang. Fikir Kira entah-entah Din dah ada isteri..?

Kira pun makin lama makin kurang layan Din, bercakap pun nak tak nak sehingga lah satu hari tu Din ajak berjumpa. Kata Din ada hal ingin diberitahunya.

Din menjemput Kira di rumah kemudian bawa Kira dinner. Selepas selesai dinner, Din mulakan bicara.

"Syg.. Abang sebenarnya nak terus terang dengan syg.." bicara Din sambil memandang tepat wajah Kira.

"Ok.." Jawab Kira.

"Sebenarnya.. Umur Abang bukan 29 tetapi 35." Din memerhati riak rajah Kira. Kira yang dengar penjelasan Din terkejut. Kira percaya sekiranya 29 kerana wajah Din memang tak nampak seperti 35tahun. Wajah awek muda.

Kira diam. Kira tau ada perkara lagi yang ingin disampaikan oleh Din.

"Dan.. Abang sebenarnya dah berkahwin.." tanpa Kira sedar, air mata Kira mula bertakung. Tetapi Kira cuba kawal.

"Dah berapa lama Abang kahwin..?"

"7 tahun.." Jawab Din.

"Dah berapa orang anak..?"

"Dua orang.."

"Lelaki..? Perempuan..?"

"Dua2 lelaki.."

Walaupun Kira telah tahu akan status Din, Kira tetap meneruskan hubungan dengan Din selepas Din mengatakan yang Din sayangkan Kira juga dan ingin Kira jadi isteri keduanya. Cuma Din perlukan masa untuk yakinkan isterinya.

Tidak Kira tahu.. Keputusannya untuk teruskan akan memberi impak dalam rumahtangga nya kelak.

Selepas beberapa bulan, Din beritahu isterinya mengadung. Kira pun mengatakan kali ni Din akan dapat anak perempuan.

Selepas setahun.. Isteri Din selamat melahirkan bayi perempuan.

Selepas 6 bulan.. Din tanya isterinya.

"Ayang.. Kalau Abang nak kahwin lagi...?" Isteri Din memang dah lama rasa suaminya ada perempuan lain. Gerak hati seorang isteri. Isterinya hanya mampu berdoa pada Allah agar melindungi rumahtangganya.

"Abang ceraikan saya.."

Keesokkan harinya.. Din beritahu Kira. Kira beri tempoh legi 6 bulan.. Kalau masih sama, Kira undur diri.

Selepas 6 bulan.. Mereka berpisah.

Kemudian.. Kira berkenalan dengan Rif (bukan nama sebenar). Dua bulan kenal.. Kira selamat diijabkabul dan sah menjadi isteri Rif.

Awal perkahwinan sungguhnya indah belaka. Selepas 2 tahun masih tidak punya zuriat, Rif senyap-senyap daftar beetalk dan chatting dengan awek2 yang seksi dan cantik.

Suatu hari, Kira keluar bilik. Ternampak Rif terkejut dan cepat2 cover hpnya.

Kira rasa tak sedap hati. Kira minta izin utk tgk tetapi Rif tidak bagi. Kira cuba rampas, tetapi Rif lebih kuat dan menarik hp dari gengaman Kira.

Kira malas nak bertengkar tentang hal ini sebab Kira tahu suatu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenaran. Kira cuma perlu bersabar.

Selepas 3 tahun perkahwinan.. Rif menggunakan Kira untuk dapatkan janda yang diminatinya.

Dimata Rif, janda tu adalah ibu yang tabah. Membesarkan dua orang anak 7tahun dan 5 tahun dengan usia yang muda 24tahun.

Cantik.. Manja. Rif beri alasan utk ambil anak angkat dan menggunakan Kira sebagai orang tengah agar caranya tidak ketara yang Rif nak kan janda itu.

Akhirnya satu per satu perkara bongkar.. Memang Rif sukakan janda tu. Selepas kahwin, tidak pernah Rif puji Kira. Tetapi dengan janda itu, siap di puji ibu yang terbaik dan sempurna..

Menggunakan anak - anak janda tu untuk memikat janda itu.

Kira sedar, ini adalah balasan yang diterimanya atas perbuatan dulu. Andai boleh diputar masa, Kira tak kan teruskan hubungan dengan Din selepas dapat tahu Din suami orang.

Tetapi apakan daya, nasi telah menjadi bubur.

The end.


Allah beri kita pilihan sama ada untuk pilih jalan yang benar atau jalan yang salah. Pilihan itu ditangan awak.

Agar cerita ini menjadi tauladan buat awak diluar sana.

Reen nak tanya pada awak. Amacam..?  Reen ade bakat untuk jadi novelist..? :p

No comments: