Pernah Terima Sms/Chat/Call Offer Sesuatu Dari No Tak Dikenali?

Assalamua'laikum.. 

Hi awak..! 

Reen baru dapat sms dari no yang Reen tak kenal. The best part is, dia offer something yang berunsurkan judi. Dan.. Awak pernah terima panggilan untuk offer awak insurance, promotion dan lain-lain? 

PERNAH DAPAT SMS/CHAT/CALL OFFER SESUATU DARI NO TAK DIKENALI?

Bila dapat sms macam ni dan kalau boleh masuk dalam hp dan keluar kat hp dia, lama dah Reen cekik orang tu. Heheeee

Pernah terfikir dari mana la mereka dapat no hp awak? Meh baca sini Reen nak cerita macam mana mereka dapat no kita.

Dulu masa zaman Reen habis sekolah, Reen pernah bekerja di satu syarikat ni. Syarikat dimana mereka memerlukan collector untuk call setiap customer dan promote satu card perlancongan dimana.. 

Bila customer dah terima card tersebut, customer boleh guna dimana-mana hotel, restoren yang disenaraikan untuk dapat offer serendah 80%.

Mereka akan bagi sekurang-kurangnya sehari 50 senarai nama, no talefon customer. Reen kena call setiap no yang diberi untuk offer. Sekiranya mereka tidak berminat, Reen kena click button "reject". 

Selepas Reen call 50 senarai nama yang diberi, then company akan topup lagi 50. Bila dah habis, topup... habis lagi dan topup lagi. Dimana company dapat no customer tersebut?

Rupanya.. Ada orang dalam yang bekerja, sama ada di bank atau syarikat telco mengambil senarai nama serta no tel customer secara senyap-senyap dan jual kepada syarikat yang berminat. 

Tapi kalau kantoi, habis. Boleh kena penjara dan denda. Reen share melalui pengalaman Reen bekerja disana. 

4 comments:

  1. Tu la selalu dpt sms promote itu ini, reen tau cmne nak block dorg? Serabut plk tgk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee aa serabut. Nak block boleh, cuma biasanya orang macam ni akan hantar sekali je. Esok lusa guna no yang berlainan.. >,<

      Delete
  2. pernah dengar. dorang beli database cust daripada orang dalam kan. semua benda boleh buat duit skrg ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul.. Macam-macam cara boleh buat duit skrg ni..

      Delete