Si Kecik, Kucing Yang Bijak


Assalamua'laikum..

Hi..!

Siapa di rumah ada bela pets..? Berapa ekor..? Pets ape tu..? Di rumah Reen, hanya ada 2 ekor kucing betina dewasa, 2 ekor anak kucing dan 4 ekor arnab. Jom ikuti kisah Si Kecik, Kucing Yang Bijak.

Si Kecik, Kucing Yang Bijak



Hari ni Reen nak cerita sedikit sebanyak tentang Kecik, iaitu salah satu kucing betina dewasa yang ada dirumah.

Reen jumpa Kecik kat tepi kereta. Masa tu Kecik tengah termenung seolah-olah sedang memikirkan tentang masa depannya.

Reen pun ambil bawak balik. Sampai je rumah, Reen bagi makan makanan kucing yang jenis macam biskut.

Mulanya risau Kecik tak makan makanan keras, sebab tengok dia masih kecik. Tapi.. Alhamdulillah dia makan juga.

Si Kecik, Kucing Yang Bijak

Ini adalah gambar kecik 3 tahun lepas. Gambar ni Reen tangkap selepas 3 hari dia tinggal dengan Reen dan hubby.

Alhamdulillah.. Kecik membesar dengan sihat dan sangat active. Kalau dia berlari, sampai terhantuk kat dinding atau pintu sebab tak sempat break.

Waktu pagi, dia dengan adik dia si Teh kerap main kejar-kejar. Sampaikan berlari atas badan Reen atau hubby masa kami sedang lena dibuai mimpi indah.

Sabar je lah. :p

Si Kecik, Kucing Yang Bijak

Gambar setelah beberapa bulan tinggal dengan kami. Suka sangat dia main dalam plastic.

Kecik ni faham apa yang Reen dan hubby cakap. Cuma Kadang-kadang tu dia degil. Bila Reen marah dia, mula la dia akan buat muka innocent dia tu.

Dia sangat manja dengan hubby Reen, sebab hubby Reen tak garang dengan Kecik. Hihihi Kecik selalu kena marah dengan Reen, degil.

Banyak kali kecik bawak balik bangkai tikus. Reen suh letak kat depan pintu, jangan letak dalam rumah.

Mulanya, dia dengar. Lepas 2, 3 kali.. Bawak masuk lagi dalam rumah. Bila Reen marah, dia akan lari. Hahahaaa

Hubby selalu tersengih tengok gelagat Kecik cuak bila kena marah dengan Reen. Si Kecik ni, bila Reen atau hubby panggil nama dia.. Automatic dia akan pandang kami.

Kalau kami tengah makan.. Kecik tak berani datang dekat dengan Reen. Sebab dia tau nanti dia kena marah.

Selalunya dia akan duduk sebelah hubby.. Dia akan tengok je hubby makan. Kadang tu bila hubby tengah ratah tulang ikan atau ayam, terus muka dia betul-betul dekat dengan mulut hubby.

Sebab dia nak dan dia tau hubby makan dah nak habis. Cuba kalau dia buat cam tu kat Reen, memang kena puk. Hohohoho

Reen ni seorang yang mudah kesian tengok haiwan terbiar. Reen suka bawak balik anak kucing yang tak ada mak dan adik beradik.

Cuma.. Majoriti anak kucing yang Reen bawak balik, susah nak hidup. Even anak kucing yang Kecik dan Teh pernah lahirkan pun tak hidup lama.

Bila tanya doc vet, doc cakap mungkin sebab rumah Reen ada satu virus yang tak semua kucing boleh bertahan melainkan antibodi kuat seperti Kecik dan Teh.

Anak kucing dalam gambar atas sekali tu, anak kecik batch yang ke 5 rasanya.

Si Kecik, Kucing Yang Bijak

Kecik lahirkan dua ekor kitten yang comel. Cuma.. Yang kelabu tu dah pergi selamanya. Sempat tahan lebih kurang sebulan je.

Namanya Abu.. Reen sayang sangat kat Abu sebab muka dia Ya Allah.. Kalau tengok, teramat lah cair. Sangat comel. Dan sangat innocent.

Si Kecik, Kucing Yang Bijak

Menangis Reen bila Abu pergi tinggalkan kami selamanya. Alhamdulillah Allah masih beri kesihatan untuk anak kecik lagi sekor.

Reen panggil dia sayang. Perangai si syg ni lebih kurang macam Kecik. Active.. Tapi tak teruk macam Kecik. Hihihi Syg tak lari satu rumah macam Kecik dan Teh.

Lagi satu, perangai si syg ni suka jelir lidah. Gambar kat atas sekali dia tengah jelir lidah. Geram Reen tengok.. Comel. Hahahaaa

Si Kecik, Kucing Yang Bijak

Tengok muka nakal syg. Hahahaa Main dengan bag laptop. Sempat Reen snap walaupun gambar kabur. Comel :p

Si Teh sekarang tak duduk dengan kami. Dia balik bila dia lapar je. Lepas tu keluar. Sebab tak suka dengan kitten lagi sekor ni kot.

Selepas beberapa hari Abu pergi, Allah ada bagi kami lagi seko kitten. Tiba-tiba je dia datang masuk rumah dan buat macam rumah dia sendiri.

Bila tanya jiran, katanya tak tahu kucing siapa. Reen namakan dia Black. Hihihi

Si Kecik, Kucing Yang Bijak

Reen risau dengan Black ni.. Sebab dia tak active. Main dengan Syg pun macam malas nak layan Syg.

Selalunya Black akan tidur.. Makan.. Minum.. Buang air.. Lepak baring.. Tu je lah kerjanya.

Hopefully mereka sihat..

14 comments:

  1. Comelnya.. Ni kalau mertua kite tengok mesti dia geram, hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Screen shots dan anta image kt whatsapp hihihi

      Delete
  2. pernah ada arnab lama juga belanye.. ia sepasang.. sampai la hingga akhir hayyatnye.. feveret dia kacang panjang... :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arnab sepasang tu ada tinggalkan zuriat? 😳 Reen dan hubby tak berani bagi arnab makan carrots.. sayur.. Dah terbiasa dengan pallets..

      Delete
  3. Akak rasa si black tu bukan tak aktif tapi tak berapa rajin nak mengerakkan diri dia.. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap memang sebab tak berapa rajin.. Hihihi 😄

      Delete
  4. comelnye lahai... dah lama gile tak bela kucing

    ReplyDelete
  5. comel anak kucing tu
    suka gak kucing

    ReplyDelete