Pengalaman Reen Beraya Tahun 2016

Assalamua'laikum..

Hi..!

Terlebih dahulu Reen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada bloggers..! Macam mana raya tahun ni..? Hihihihi

Pengalaman Reen Beraya Tahun 2016

Tahun ni giliran beraya di rumah parents Reen. Jadi.. Malam raya Reen dan hubby terus packing pakaian dan gerak.

Perjalan dari rumah Reen ke rumah parents kalau naik kereta lebih kurang dalam 10 minit. Hahahahaaa. Dekat sangat :p

Malam raya baru perasan tudung untuk raya pertama tertinggal kat rumah, sempat Reen merempit balik rumah jap ambil tudung. Hihihi

Keesokkan pagi, bersiaplah kami untuk beraya..


Inilah keluarga kecil Reen. Hihihi Dari kanan, adik lelaki no 3, Azroy dan isterinya, Aida. Kemudian anak sulong iaitu Reen dan suami, Maman. Adik no 2 iaitu Atika dan suaminya Shahir. Adik no 4, Ikrok dan adik no 5 iaitu Misha.

Budak kecik yang mengada tu adalah anak buah kesayangan kami, Eyya. Hihihi Tidak lupa juga Ayah dan Ibu Reen. :)

Baju Reen warna yang sangat lah berbeza dari adik beradik lain. Haahahaa Selepas bersalaman dan sesi bagi duit raya, kami sekeluarga pun gerak ke Klang iaitu rumah adik beradik ayah.








Yang pakai baju merah hitam, in sya Allah bakal jadi adik ipar Reen. Tunang Ikrok iaitu Aina. Ikrok tengah bekerja keras kumpul duit untuk kahwin. Adik Reen, Ikrok ni ikut perangai Ayah. Pandai jimat dan menyimpan.



Ini je gambar yang sempat Reen ambil untuk raya pertama. Selepas habis beraya, Reen dan hubby terus gerak balik Johor, rumah parents hubby. Sepanjang perjalanan, kerja Reen tidur je, Hihihi Kesian hubby drive sorang. Nasib la bie.. Hihihi

Sampai rumah mertua dalam pukul 8 macam tu, alhamdulillah jalan tak jem. Pastu terus cari makanan kat dapur. Hahahaa lapar walaupun dah makan kat RNR. Rindu masakan mertua :p

Hari kedua Reen, hubby dan family belah hubby beraya ke Muar, rumah kakak Abah. Lepas tu gerak ke Rengit iaitu rumah bakal biras Reen yang akan berkahwin dengan adik ipar bulan 8 ni.

Reen masih tak boleh lupa macam mana excitednya rupa adik ipar lelaki Reen bila kami semua dah sampai rumah keluarga bakal isteri dia. Hahahahaa Habis kena bahan dengan Reen. Hehehe

Hari raya kedua ni memang sangat meletihkan. Pergi beraya dua buah rumah, tapi perjalanan... Fuh. Dengan jemnya lagi. Baru namanya beraya.. Hihihih

Hari raya ke tiga kami duduk rumah je. Hari raya yang ke empat kami pergi kebun.. Reen nak mengikut sebab kebun ni Reen tak pernah pergi lagi. Nak juga tengok macam mana environmentnya.


Seronok anak buah Reen duduk atas kereta, satu kebun dengar suara budak dua ni nyanyi. Hihi Nampak tak pakcik pakai topi kebun depan tu.

Haaaa Tu hubby Reen tengah duduk kat atas kereta bahagian depan. Reen nak duduk sebelah hubby, tapi nanti pemandunya tak nampak depan. Hahahahaa Berjalan kakilah kami.


Reen dan biras. Cantik biras Reen ni.. Akak Sham ni masak memang  sedap, tip top dan marvelous. Kak Sham sangat ringan tulang bab memasak.





Sejujurnya, ni first time Reen lihat buah kelapa sawit real kat pokok. Hihihi Orang bandar jakon tengok. Reen la tu! Lalalalaaaa


Abah... Hihihi Boss melawat kawasan. Nyamuk kat sini boleh tahan tak makan saman. Nasib baik Reen pakai sweater, jadi nyamuk dapat gigit kat muka atau kat tangan je. Muahahahaaaa


Ni lah adik ipar Reen yang akan berkahwin awal bulan 8 ni. Hihihi Sebenarnya, kami sabaya. :p Keluarga hubby ada 11 orang adik beradik dan hubby anak no 4. Adik ipar Reen ni kami panggil Yas, dia anak no 8. Haaaaaa nampak tak, ramai tak ramai. Belum masuk anak isteri lagi.. Hihihi

Memang meriah bila raya pertama kat rumah mertua. Waktu makan semua berkumpul makan sekali.


Mak mertua Reen tengah tuang air dalam jug sebab cucu mak dua orang ni nak ais je. Hihihi Alhamdulillah.. Rezeki Reen dapat mak mertua yang memahami. Tak cerewet. :p


Ni bodyguard Abah. Dari kanan iaitu adik ipar no 5, Dbob. Pastu hubby Reen.. Makin buncit dah hubby. Hihihi Dan adik ipar no 8, Yas.




Ini suami kak Sham, iaitu abang ipar Reen anak no 2, Abang CD. Berakhirlah beraya di kampung mertua.


Ni gambar raya pertama tahun lepas. Hihihi

36 comments:

  1. meriahnya raya beramai ramai. sonok kan family dekat ni, takyah susah tempuh jem. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa betul. Minyak dan duit tol pun jimat! Hihihi

      Delete
  2. Meriah dan seronok nampaknya.
    Salam kenal singgah sini jalan-jalan raya ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  3. wahh..happeningnya raya kalau family ramai-ramai ni..salam ukhuwah reen..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi kalau raya pertama kat kampung hubby lagi meriah.. Sampai pening kepala Reen. Wakakaka Salam ukhuwah juga sis.. :D

      Delete
  4. Yusrina amat teruja dengan suasana ladang kelapa sawit tu.. Best Gitu la awak.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya & maaf zahir batin.
    Maaf lambat balas komen.. :)

    ReplyDelete
  6. Meriah nampaknya sambutan raya. Mesti best bika dapat berkumpul dengan adik beradik dan sanak saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best..! Borak-borak.. Gurau senda. Hihi

      Delete
  7. wah memang beraya sakan tu . ehem ... rengit tu kan kg sis tau ... heh heh heh ... thanks follow blog sis . sis cuma blh follow guna google+ je . tak blh nak follow kat followers sbb asyik kena sign in je dgn mr google ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa xpe fhm..trme ksh sis..! Waa kg sis.. Felda juga? Bakal biras Reen tak pasti renggit belah mana. Hihihi

      Delete
  8. Selamat Hari Raya, Reen! Akak datang beraya sambil balas kunjungan dan follow balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kak..! Hihihi Terima kasih kak.. :D

      Delete
  9. Comelnya sis ❤ selamat hari raya.

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya reen.. Wah jalan sakan ye..
    Siap ke kebun sawit..

    ReplyDelete
  11. Meriahnya raya kalau berkumpul ramai-ramai kan.
    akak dah bertahun-tahun tak masuk kebun dah. Jalan pun dah lupa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi mmg boleh lupa.. Nak cam sepadan tanah.. lagi reen lemah.. Hihihi

      Delete
  12. Assalam reen, sori tau baru dpt balas singgah, eh..taik lalat kita samalah, cuma akk rasa akk punya lagi besar, hihi
    Wah meriahnya beraya, mmg seronok bila ada adik beradik ramai kan, riuh rendah bila berkumpul.

    ReplyDelete
  13. Akk try follow back, tapi bila sign out, jadi takde lak, buat 2,3 kali pun jadi camtu gak, so akk tinggalkan camtu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk terus sign out ya.. Hihihi reen kalau follow slalunya bia gitu.. Kadang-kadang auto sign out.

      Boleh geng ni kak tahi lalat sama. Hihihi

      Delete
  14. wahhh..meriah!selamat hari raya! salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  15. slmt hari raya reen :) walaupun keluarga kecik yg penting meriahhh :)

    ReplyDelete
  16. Singgah sini.
    Selamat hari raya Reen....

    ReplyDelete
  17. Slmt hari raya reen.. Meriah dia raya tau, hehe~

    ReplyDelete
  18. wow meriahnya raya
    singgah n follow back

    ReplyDelete
  19. seronoknya nampak. btw salam lebaran reen ;)

    ReplyDelete
  20. wah syok la ke kebun.
    org ada kebun ler katakan...
    gi ramai2, meriah...
    beraya di kebun kata ko :)

    ReplyDelete