Perasaan Isteri Bila Suami Makan Masakannya Sehingga Menjilat Jari!

Assalamua'laikum..

Hi awak..!

Perasaan Isteri Bila Suami Makan Masakannya Sehingga Menjilat Jari!
Sumber gambar dari Google.

Menu masakan Reen hari ni sangat simple iaitu ikan masak kicap dan nasi putih. Simple gile kan..! :p Tak sempat snap, dah masuk perut dulu.

Rasa macam tak confident nak bagi hubby makan sebab rasa macam masin sikit. Kuang... Kuang... Kuang. Rezeki Reen dapat seorang suami yang tak cerewet bab makanan. Apa yang ada, dia makan je.

Lepas habis makan, alhamdulillah.. sampai menjilat jari. Reen goreng ikan dulu sampai garing, then baru buat kuah kicap dan campurkan dengan ikan goreng. Hubby makan tadi sampai berbunyi krupp.. krupp.. krupp.. Ikannya sampai tinggal tulang.

Bila tengok suami berselera makan masakan air tangan isteri ni, rasa happy dan berkobar-kobar nak masak lagi untuk esok, lusa, tulat, tunggang dan langgang. Hahaha

Buat para isteri diluar sana, walaupun awak sibuk dengan kerja awak sendiri, tapi at least please..... luangkan masa awak beberapa minit masak untuk suami. Memang betul dari masakan dan air tangan seorang isteri juga akan membuatkan suami bertambah sayang & cinta pada isteri!

Nenek Reen pernah bagi tips, nak masakan sedap.. Selawat setiap kali basuh bahan-bahan masakan. Masa masak baca al-fatihah dan doa pada Allah. :)

In sya Allah..


1 comment:

  1. jangan kata suami, sesiapa je yang makan apa yang kita masak dengan seleranya memang seronok...

    ReplyDelete